Saturday, December 4, 2010

+Realiti+

Tadi tengah baring-baring dengar lagu Aiman- cinta terakhir. Rasa macam tersentuh dengan lirik lagu tu. Sesuai untuk remaja-remaja macam kita. Remaja lagi ke aku? hehe.

Antara lirik-lirik lagu tu bagi aku sangat bermakna ;

Mungkin kan terputus di tengah jalan,
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan,
Usah ragu dengan takdir,
Mungkin kita kan berbeza haluan,
Berakhirnya cerita percintaan,
Segalanya ketentuan Tuhan.



Betulkan? Kita bercinta bagai nak rak tapi belum tentu dia jodoh kita kan. Kadang kita rasa dia jodoh kita, kita rasa kita nak kahwin dengan dia  tapi tup tap putus macam tu je. Sedih siapa yang tak sedihkan. Tapi kita kena ingat  itu semua Tuhan dah tentukan untuk kita. Kita tak boleh ragu dengan takdir yang Tuhan dah tentukan sebab Tuhan dah janjikan yang terbaik untuk kita. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk diri kita kan. Kita kena terima dengan hati yang terbuka.

Sebab tu mak-mak kita selalu pesan kan kalau bercinta jangan terlalu memberi, jangan terlalu sayang sebabnya nanti kalau berisah kita jugak merana. Tapi nak tunaikan tu yang susahkan sebab bila kita dah sayang semua kita nak tunaikan. Betul tak kawan-kawan? hehe. So kawan-kawan, saya ingin ingatkan kepada kamu-kamu semua dan jugak untuk diri saya sendiri jangan terlalu mengharap sesuatu yang tidak pasti kerana kita yang akan kecewa bila hasrat tak kesampaian. Kalau kita rasa dia jodoh terbaik kita, jangan berhenti berdoa ok. Itu yang penting :). Kalau kecundang jangan menyesal, jangan sampai tak nak makan, tak nak mandi, melalak hari-hari sebab kita kena balik kepada realiti bahawa jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan Tuhan. 

Beremosi pulak entry kali nie kan. huhu. Tapi nie memang apa yang aku nak sampaikan sebab inilah realiti kehidupan :)


whatever happen just smile ok :)


No comments:

Post a Comment