Saturday, December 11, 2010

Terlepas segala gundah gulana ;)

One more entry untuk hari ini.hehe. Apa yang gundah gulana nie ek? Haa sebenarnya hari ini perkara yang aku paling takuti selama aku bergelar student telah pun berakhir. Korang yang jadi student or yang pernah jadi student faham tak? huhu. Agaknyala apa yang korang paling takut sekali? Alah, janganla kerut-kerut muka, mestila menanti result exam keluarkan? betol ke tidak? tipula kan kalau korang tak risau. Bila tau date result nak keluar mesti korang semua jadi gundah gulana kan? mesti tidur pun sampai termimpi-mimpi result la.haha.

First, Alhamdulillah syukur Ya Allah sebab makbulkan doa aku. Alhamdulillah aku pass semua paper. Walaupun result tak de la gempak sangat sampai nak dapat 4 flat kan tapi yang paling penting sekali lepas semua dan cgpa maintain. Tu je yang aku duk doa hari-hari. Takut beb kalau kena repeat paper and yang paling takut kalau kena extend. Fuuh! memang selisihla. Dah last sem nie, tahun depan praktikal then insyaAllah habisla pengajian aku. Takkan la aku nak extend kan, dah tua dah bila pulak nak habis belajakan. Tak sabar dah nak balas jasa ma abah.

Walaupun result degree aku tak secantik diploma tapi aku redha sebab itu apa yang Allah dah tentukan untuk aku. Mungkin ada hikmah semua nie kan :). Lepas nie tak de exam dah, terlepas dah sengsara takut nak dapat result. huhu. Apapun kita sentiasa kena lengkapkan diri kita dengan ilmu. Sampai bila-bila pun kita kena belajar. Bukan setakat belaja kat sekolah, kat universiti je tapi belajar benda-benda lain yang dipanggil ilmu yang berguna jugak.

Ok, itu saja untuk kali nie. Alhamdulillah. :)

No comments:

Post a Comment