Saturday, May 7, 2011

Oh hari ini HARI IBU~

Assalamualaikum.

I LOVE U MAMA! ;)

Bila nak start typing mulala tak berhenti. Maka terjadilah second entry di pagi hari nie kan.ehee. Ok just teringat hari ini hari ibu sedunia. For me, nothing much special for official mother's day coz hari-hari pun hari ibu kan. Hari-hari kalau boleh kita nak iktiraf ibu kita adalah ibu yang terbaik di dunia nie kan. :). Hari-hari kita sayang ibu kita kan. :) Oh kat atas tu gambar mama aku. cantikkan ;)

Of course la aku nak cerita sikit pasal my mother kan. Aku panggil mama. Yeah! my mama is the great mom. Semua orang akan rasa ibu kita ibu yg terbaik kan. For me, mama adalah insan yang paling tabah n sabar kat muka bumi nie. Sanggup buat apa saja untuk aku dan adik-adik. Gigih bantu abah cari rezeki untuk kiteorg semua. Since family aku takla berada pun, just sederhana but i really love my family. Kami bahagia je.;) Tahun nie mama dah 47 tahun tapi still kuat lagi buat kuih untuk jual kat warung. Effectnya, tangan selalu lenguh dan kebas. Aku rasa sedih jugak bila tengok mama berjaga malam buat kuih. Bila aku, abah and adik2 suruh berhenti buat kuih mama tak nak. Mama cakap nanti siapa nak bagi adik2 duit sekolah lebih. Lagi 1 memang dah jadi minat mama suka memasak, suka buat kuih-muih. Takpela mama asalkan mama tak sakit. Mama tak pernah marah kiteorg teruk-teruk. Tak pernah pukul kiteorg. Kalau mama nak marah atau terasa hati dengan kiteorg mesti mama yang nangis. So, bila aku nak buat salah aku mesti fikir dosa kalau aku buat mama nangis. Tak sampai hati weh!  Mama sanggup berkorban apa sahaja untuk kiteorg adik-beradik. Kalau mintak itu, mintak ini mama seboleh mungkin akan tunaikan. Kalau kita agak-agak boleh tak buat macam tu untuk ibu kita?

Semalam before tidur aku terfikir camne kalau mama dah takde. sebak weh, terus je menangis. Ini tulispun dah touching nie.huu. Seriusly tak ready lagi untuk kehilangan mama. Mama ada sorang je.  Takkan ada pengganti. Tak boleh bayangkan kalau mama dah takde, nak panggil siapa hari-hari?.korang perasan tak even canepun hari-hari kita akan pangil ibu@mak@mama@ummi kan?? tak boleh nak bayangkan kalau aku dah tak berkesempatan nak panggil mama lagi. 

Tak kesah apa jua panggilan ibu@mak@mama@ummi, yang penting ia adalah anugerah yang paling mulia Allah berikan untuk kita. So selagi terdaya hargailah dan berbaktilah untuk ibu kita. SEBAIK-BAIKNYA kita cuba jaga hati ibu kita, tunaikan keinginan ibu kita selagi berkesempatan. Kepada kawan-kawan yang sudah kehilangan ibu, jangan bersedih sebaliknya istiqamah mendoakan kerahmatan mereka di sana. InsyaAllah kat sana nanti dapat bertemu dengan mereka. :). Bagi kita yang masih ada ibu sentiasalah doakan kerahmatan ibu-ibu kita ok.:) Buat mama, kakak akan sedaya upaya memberi segala apa yang kakak ada untuk bahagiakan mama. insyaALLAH.

titipan doa buat mama ku; 
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 
 

Apa kita nak tulis ek?

Assalamualaikum semua!

Eh hidup lagu rupanya kau Anis.hehe. Mestila hidup lagi tak cukup amalan lagila. Bangun pagi tetiba teringat blog aku nie yang dah hampir mencapai tahap usang.hehe. So tanpa menggosok gigi dan mencuci muka aku terus on laptop dan terus ke www.blogger.com.haha. Senonoh sungguh. :)). Seriusly tak de idea nak tulis pasal ape. Is it ok if i story about myself? hehehe.( Laa blog aku sukahati akula nak tulis apa kan) :p. Sekarang nie banyak tertumpu cerita masa hadapanla ok.

  • First sekali kena bagitau aku dah officially tamat belajar.yeszzzzaa! :)). BUT dah rasa rindu time menjadi student.huhu 
  • Second, aku officially dah jadi penganggur terhormat kat rumah. haha. takde la duduk goyang kaki je, tolong mama  apa yang patutla.
  • Third, dalam masa menjadi penanam anggur, aku berusaha gigih menjadi job hunter. Kalau duduk tanam anggur je dapat hasil takpela jugakan.tapi ini apa pun tak boleh.hehe. Lagipun usaha tangga kejayaan kan. :))
  • Fourth, Alhamdulillah setakat nie dah pergi 3 interview. Hari ini bangun pepagi pun sebab terperanjat dapat call suruh pergi interview. Kalau tak, tak bangun lagi kot.haha. So my next interview will be next week. Dah mula nervous lagi.
  • Fifth, ini paling penting yang ceq tak tau patut habaq ke tak. :p. Sebenarnya ceq pun tak tau ceq nak kerja apa.haha. Truthly, I have no soul to become a chemist.lalalala. Boleh ke macam tu??. Hey, habis tu buat apa kau hamek Bachelor of Chemistry(Forensik Analysis).ngeh3. Alaaaaaaaaaaaa aku nak kerja yang tak payah duduk lab. Boring kot. Aku nak kerja yang boleh pergi jalan2.;p. Jadi CSI team best but kena apply jadi polis jela kan. Kat Malaysia tak develop sangat lagi forensik. Weh tak masuk kepala dah kawadtu.huhu. Kalau jadi suri rumah je boleh tak? lalalalala. ada sesiapa yang nak masuk pinang saya tak? ;p but make surela you are able to give me atleast RM5000 per month. LOL! kidding je okay.


Ok enoughla tu. Kalau dah start membebel memang panjang jelakan. So itu je kot yang nak update.hehe. Korang ada idea kerja apa suitable untuk aku? hehe. Tapi aku takdela tak berminat langsung kan nak jadi chemsit. Aku apply je kerja-kerja berkaitan dengan bidang aku. Kalau Allah dah tentukan kat situ rezeki aku, aku kenala teruskan jugakkan. I'll try my bestla kan to be a good chemist :). kerja tak boleh memilih sangat kan. Yang penting Pening oi fikir kerja!!!! huuu

To all my friends doakanla aku senang dapat kerja ye :) Cepat boleh kumpul duit cepat boleh tolong mama and abah DAN cepat jugak boleh kahwin.hehe. Tak salahkan niat aku yg suci murni nie :p. Nanti kalau aku dapat kerja aku belanja korang.hehe. Ouh lupa, for the next interview please wish me luck okay. ;)

OK. Wassalam.


Adakah aku akan menjadi seperti ini? hehe.


Thank you for reading this `picisan blog'. ;)