Wednesday, March 9, 2011

Bila tak de kes (part 2)......

Assalamualaikum.

Kan aku udah bilang, orang Selangor baik-baik semuanya. Maka aku kebosanan jika hanya duduk di rumah. Oleh yang sedikimian telah berlaku aktiviti yang tidak dirancang lagi.hehe. Kali ini lokasinya jauh sikit, di IKEA and The Curve. The purpose is to makan meatball (maklumla aku tak pernah makan  meatball IKEA kan) dan juga jalan-jalan tangkap gambar, itu semestinyala kan. :)

First time makan kat IKEA so macam jakun sikitla kan.hehe. Nasib ada Yanti yang bagi tunjuk ajar. Kiteorg makan dengan penuh rasa teruja okay.haha. Meh kita tengok muka-muka orang teruja. ;p

Teruja nie nak makan.
Ini terlebih teruja.hehe.
Ini kakak Yanti kita :)
Ini Nana comel. Semua dah kenal kot. My soulmate :)
Ini tunagan orang. :)
Ini kakak panjang. :)
Setelah berhempas pulas menghabiskan makanan masing2, haruslah berjalan-jalan supaya makanan yang dimakan tidak berkumpul menjadi lemak.hehe. 


Teman sejati. :D
Bila kenyang, ngantukla semuakan.
Nice pic. :)




Okay, bila kepenatan berjalan kamipun melepak tak de tujuan kat ruang legar The curve sambil tengok orang lalu-lalang. Tujuannya mencari artis.haha. Bak kata Yanti kat The Curve tempat artis selalu lepak. And suddenly, sungguh tak dirancang kami ternampak lelaki Malaya yang hensem yang sgt wow! sape-sape? korang jangan jeles okay. ;p. Ini dia ;


Jeles tak? ehee! yg girl tu sila abaikan. Anuar Zain lah.
Then, ada nampak beberapa artis lain lagi. Rupanya ada tayangan perdana Filem Hikayat Merong Mahawangsa. So dengan excitednya lah kiteorang nak tengok artis mana lagi yang ada.hehe. tapi sayangla tak dpt nak amek gambar dengan Anuar Zain sebab peminatnya ramai sangat-sangat!. Aku malasla nak serbu-serbu nie.hehe. Dapat amek daripada jauh jela. handsome! .:). Yang nie pun comel jugak ;

Sharifah Amani sgt peramah.

Kami balik degan hati yang riang gembira.hehe. But ond the way balik tetiba rasa lapar balik.hehe. ;p .Uishhh dasat kan.ehee. So, untuk mengelakkan makan yang bukan, aku minum air masak banyak-banyak then terus ketiduran.ehee. Cerita ini berlaku pada 7 Mac 2011. Lambat update akibat kesuntukan masa.hehe.

Gambar nie tak de motif pun. Cuma aku suka sebab ala2 pinky, comey2 gitu. So kita bagi besar.tehee. :D
OKdone!

Thanx for reading this `picisan' blog. :)

Bila tak de kes........

Assalamualaikum.

Orang dekat Selangor baik-baik belaka sekarang.*bagus*. Tapi bagi aku tak berapa nak bagusla kan sebab aku kebosanan bila tak de benda nak buat. Memandangkan last weekend aku on call so nak pergi jalan jauh2 takut tetiba ada kes pulak. Nak duduk rumah je lagi bapak segala bosan kan. Lagi satu, nak pergi makan tempat sama kat seksyen 6 tu dah bosan jugak. Balik-balik situ. Lauk kat situ pun dah bosan agaknya tengok muka aku.hehe.

Memandangka hari ahad, takkan nak duduk rumah je kan.tak chill la beb.hehe. Pastu tak kan nak makan tempat sama je kan. So aku, Nana dan Hanim decide nak pergi makan best2 sikit. Tak mainla pizza, Kenny Rogers, Subway, etc fast food yang lain. Tak menepati selera untuk kenyang tahap gaban. Kita kan orang Malaysia, makan nasila yang paling kenyangkan. :). Tempatnya takla jauh mana pun, kat Shah Alam je jugak.hehe. Macam aku cakap kalau ada kes susah nanti.

Tak yahla cerita panjang2 sangat kan. Tengok gambar lagi bestkan.hee.

Muka excited yg tak boleh bla.


Mata sembap akibat tengok cerita Jepun.
Ini bila makanan tak sampai lg.
Mee rebus Hanim punya.

Honey roasted rice saya puya. :)
Black pepper rice Nana punya.
Dim Sum 1.
Dim Sum 2.
Bubur pulut hitam.
 Dan inilah hasilnya :p.

Licin !
Katakan tak nak!
Muka kekenyangan 
Haha nie namanya melantak ok. Bila kenyang makan kena exercise bagi turun makanan supaya tak menjadi lemak-lemak terkumpul. Good therapy kan?. dan inilah hasilnya.ehee.

Bajet mcm shopping kt sini je.tehee.
Teruja ok.
Kejadian ini berlaku pada hari Ahad yang lepas. Terdelay update sebab internet macam siput.huhu. Anyway, thanx to Hanim and Nana kerana melayan aku amek gambar. :)

that's all.

Thanx for reading this `picisan' blog. :)

Saturday, March 5, 2011

Berbicara tentang arak.

Assalamualaikum.

Setuju atau tidak semakin ramai yang menganggap minum arak itu perkara biasa? Minum tanpa rasa bersalah. Semakin maju negara kita semakin teruk anak-anak bangsa kita.Setuju? Gejala sosial semakin berleluasa terutama di kalangan anak-anak Melayu yg IC nya terpampang perkataan ISLAM. 


Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Semua tahu kan arak tu ibu segala maksiat. Arak penyebab berlakunya perbuatan keji yang lain seperti rogol dan bunuh. Arak perosak akal fikiran dan kesihatan. Arak juga merosakkan akhlak dan akidah seseorang. The worst parts of arak>> menimbulkan kebencian dan permusuhan diantara manusia dan juga memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara

Realitinya arak itu lebih banyak keburukan daripada manfaatnya. Antara keburukannya :
  • Boleh merosakkan selaput lendir perut serta menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian lain tubuh manusia, terutama jantung dan buah pinggang.
  • Menjadikan seseorang sesak nafas kerana alat pernafasan terganggu
  • Minum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan menyebabkan barah perut.
  • Boleh menyebabkan kematian mengejut akibat tekanan kuat alkohol kepada hati dan jantung.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Kita hidup sebagai hamba Allah. Perkara lain kita boleh tunaikan tapi adakalanya hukum Allah kita abaikan.
Kita bangga menjadi orang Islam tapi apa gunanya kebanggaan jika Islam itu sekadar nama sahaja. 


p/s : Aku hanya insan biasa yang tak pernah lepas melakukan kesilapan.
p/s/s : Kalau ada salah dan silap tolong tunjukan. Terima kasih.:)

Teruskan bersujud pada yang ESA.

Thanx for reading this `picisan' blog. ;)

Wednesday, March 2, 2011

Terima kasih.

Assalamualaikum

The only simple words 'terima kasih'. Entry nie khas untuk seseorang yang bergelar sahabat.

Pertama sekali aku nak manzahirkan rasa syukur kepada Allah kerana membuka pintu hati kami dan memberi kami peluang untuk bertegur kembali. Kami takla bergaduh sampai bertumbuk, tarik2 rambut. Oh bukan macam tu. Ada masalah dari hati ke hati yang membuatkan hubungan kami terputus hampir dua tahun. Tak tau siapa yang harus dipersalahkan. Bagi aku, kami berdua tak de siapa yang salah. Mungkin takdir yang tentukan macam tu.

Sebenarnya aku spechless, sebak, terharu, tak percaya dan segala bagai perasaan. Bukan aku tak nak tegur kau dulu, tapi sejak peristiwa itu kau menjauhkan diri daripada aku, tak seperti biasa and finally selama dua tahun kita lost contact terus. Tipula aku tak sedih. Aku rasa ralat. Aku sayang kau. Kadang ada jugak aku message kau tapi respon tiada. Dalam hati aku rasa sedih sebab kau boleh terus lupakan aku. Dan akhirnya aku redha dan aku terima dengan apa yang jadi. Tipula kalau dalam masa dua tahun nie aku tak ingat kat kau langsung. Tipula kalau aku tak nak tahu pasal kau lagikan. Kalau aku nak tau khabar kau aku suruh Nana tanyakan, kadang aku tengok Facebook kau. Nak tegur lagi rasa takut, kecewa kalau  tiada respon daripada kau.

Hari ini aku rasa nak jerit satu dunia, nak bagitau semua makhluk2 yang ada kat atas bumi nie yang kau tegur aku. Finally terbuka jugak pintu hati kau nak tegur aku. Walau tegur dekat Facebook chat je, aku dah rasa seronok. Banyak kali aku tengok betul ke nama kau yang tegur aku nie.huu. serius tak sangka. Kau terangkan kenapa kau menjauhkan diri daripada aku. Yang paling aku sebak bila kau cakap sampai bila kau tak nak tegur aku, rindu sangat2 dah kat kau. Perghh! memang sebak gila. Tak sangka rupanya kau tak pernah lupakan aku macammana aku yang tak pernah lupakan kau. Rasa macam nak print je chat tu, simpan buat kenangan.

Terima kasih Allah kerana memberi peluang kedua untuk kami bertegur kembali. Walau lepas nie kita tak mungkin baik seperti dahulu tapi aku sangat bersyukur kau dah tegur aku. Itu tandanya kau dah maafkan aku. Terima kasih jugak kerana kau memahami situasi sebenar. Terima kasih sekali lagi kerana kau maafkan kesilapan aku. 

Cinta tak semestinya bersatu.
Mencintai tak bererti memiliki.


Terima kasih wahai sahabat :)