Monday, November 27, 2017

HSG kali kedua

Assalamualaikum.

Maybe short entry sahaja. Just nak update last Friday buat HSG X-ray untuk kali kedua. Sebenanya dah 3 kali postpone HSG ni. hehe. Supposedly awal bulan 10 dah buat tapi aku sendiri rasa tak ready plus fobia mengenangkan pengalaman 1st HSG. hihi. Padahal dah setahun dah berlalu buat HSG yang dulu tu.

So bulan ni rasa dah tak boleh nak postpone jadi ku gagahi jugala untuk buat kali ke dua. For those yang terbaca entry ni(kot ada yang bacala) jangan takut nak buat HSG. hehe. Mostly orang yang aku tanya kata tak sakit buat HSG ni cuma aku dulu buat tu rasa sakit sebab a few factors. Tak payah ceritala kenapa nanti panjang pulak. haha. So, guys don't worry. Nak anak kenala positive sentiasa. :)

2nd HSG ni aku buat di Klinik Daya X-ray Centre. Klinik ni lebih kurang macam klinik panel untuk patient under Klinik Dr Hamid dan juga LPPKN. Doktor lelaki ye. Aku takde choice lain sebab follow up dgn Dr Hamid memang dapat referral letter untuk buat di Klinik Daya. Kalau ikutkan daripada pengalaman kawan2, nurse perempuan yang akan handle. Dr just monitor je tapi masa aku buat tu Dr sendiri yang in-charge. So nak buat macammana, redha jelah anggap je niat kita untuk berubat. huhu.

Debar jugaklah masa nak buat tu sebab duk terkenang2 sakitnya masa 1st HSG dulu. huu. tapi alhamdulillah everything went well. takla sesakit yang dulu tu. Ouh yee,  kalau korang tak tau HSG tu apa, macammana procedure korang google jelah. hehe. Sekarang ni kan dunia tanpa sempadan, nak apa google je semua keluar. haha. Kang kalau aku explain tak jadila short entry ;p

So the result is;
1. Normal uterine cavity
2. Bilateral para-fimbrial adhesions.

Dapat result terus ke Klinik Dr Hamid untuk review result. Masa dalam perjalanan dah fikir macam2 dah sebab ada perkataan adhesions tu. Daripada apa yang aku baca adhesion ni senang jadi kalau kita pernah buat operation. Adhesion tu kekadang disebabkan parut operation. Risau jugak fikir adhesion ni la agaknya telur tak boleh nak keluar. huhu. but my husband said takde apala tu. Normal je tu.hee

Dalam pukul 11 mcmtu sampai klinik Dr Hamid, harini Dr Hamid ada memang ramaila patient tunggu turn. Selalu aku pergi klinik Dr Hamid pagi je, tak ramai orang lagi. Tak sangka rupanya ramai patient Dr, dah macam kat klinik kerajaan. hehe. Since aku just nak review result je tak perlu jumpa Dr Hamid, just jumpa Dr lain. Lupa nama Dr perempuan tu tapi muda lg. Rasanya lagi muda daripada Iolls. Alhamdulillah Dr cakap result aku normal, takde apa2 masalah. Gembira dan lega dengar. Banyak kali aku tanya pasal adhesion tu, dia kata tu normal je. Kalau tak normal, tube akan blockage. Tu yang aku risaukan, Alhamdulillah Allah permudahkan.

So Dr cakap since result HSG aku normal Dr suggest untuk ambil clomid(ubat subur) for next cycle dan kalau setuju proceed dgn IUI. Ni yang aku and husband duk tunggu2. Lama dah plan nak buat IUI. huhu. InsyaAllah bulan 12 ni akan proceed dengan IUI. Tapi fikir2 macam nak tunggu bulan 1 next year. Yela, tahun baru azam baru semangat baru, mana tau rezeki. hehe

By the way cost untuk HSG is RM 250, review result kat Klinik Dr Hamid is free of charge. Baguskan Dr Hamid, sangatlan pemurah dan baik hati.

Wehhhhhh bajet macam nak buat short entry je, tapi ni dah berjela jugak ni. haha. Okla sampai sini dulu. Korang yang baca ni doakan aku yek dan akupun doakan semua wanita yang berusaha nak miliki zuriat sendiri dipermudahkan segala urusan :)

Wassalam..