Wednesday, October 16, 2013

Hidup ini tak kan pernah habis

Hidup ini macam tula
penuh dengan pelbagai soalan yang tak henti-henti
soalan-soalan daripada orang-orang yang sibuk
sibuk nak tahu pasal hidup kita
Kalau untuk mendoakan yang baik-baik
Alhamdulillah la jugak
tapi lagi banyak yang sebaliknya

Bila kau tak jumpa lagi pasangan hidup kau
orang akan sibuk tanya
macam-macam soalan
eh tak takde orang nak, memilih ke
bla..bla..bla..
sampai kau sendiri jadi rinas dan risau

Bila kau dah jumpa pasangan hidup kau
orang akan sibuk tanya
bila nak kawen
sampai kau naik risau
apatah lagi yang tak jumpa pasangan lagi
orang tak henit-henti tanya
lagi 1000x ganda risau

Bila kau dah kawen
orang akan sibuk tanya
bila nak dapat anak
bila kau dah ada anak sorang
orang akan sibuk tanya
bila kau nak tambah anak
bila kau dah ada anak perempuan
orang akan tanya pulak
bila nak tambah anak lelaki pulak

bila bila bila bila
kalau kita tahu bila dan bila dan bila
pasti senang dan mudah je
nak jawab soalan-soalan orang

Hidup ini macam tula
memang tak kan pernah habis
dengan pelbagai persoalan





Banyak benda nak tulis
tapi tak tau nak cerita yang mana dulu
semua duk kt dalam draft
ahh stress

Thursday, October 3, 2013

Sabah here I come..dalam kenangan. :(

Korang tau tak patutnya pada waktu dan ketika ini aku tengah ber honeymoon kat Sabah tapi malangnya....



Boikot la air-asia macamnie. Kteorang dah booked daripada bulan February lagi tau. Booked masa tengah promotion. RM 442 untuk 2 orang. Price dah include tax, baggage bagaila. Murah dah tu weii! Tup-tup dapat email  flight cancel.Sobss :(. Sedih betol.huhu. Pulak tu nak re-schedule semula date flight. Masalhnya tak tau lagi bila!.

Kteorang dah siap plan ari tu nak  pergi round-round Pulau Sapi, Pulau Manikan, Pulau Mamutik, nak pergi Mount KK and macam-macam lagila. 3 hari 4 malam tau tak. Macam-macam wei boleh buat. Dah siap deal dengan cousin yang kerja kat sana suruh dia bawak g jalan-jalan, siap dia offer pinjam kereta dia semua. Save sikit. Tapi tu semua tinggal kenangan jelah nampaknya. :(.

Actually masa baru kawen aritu dah pergi dah pun honeymoon.hehe. Ala tapi tu macam pre-honeymoon je sebab kteorg dah set kat kepala sebelum kawen lagi nak pergi Sabah tu sebab nak honeymoon. So masa pre-honeymoon ari tu tak de feel honeymoon sangatla.hehe. Gediik tak. :p.

Aku memang tak de rezeki la dengan air-asia tak pun air-asia memang anti dengan aku.hehe. Dulu plan pergi Langkawi dengan kengkawan pun last minute aku tak dapat pergi, burn macam tu je tiket. Yang nie air-asia plk cancel flight. Anti dengan akula tu.huh. Oh, aku dah refund semula duit untuk nie tapi sampai sekarang still tak dapat lagi. Katanya 30 working days. Still waiting. Hemm tengah plan nak g lain pulak dengan duit refund tu.



Tuesday, October 1, 2013

Diduakan.

Ku tak habis fikir
Kurangku di mana
Kau tega melepaskan aku

Jauh ku menatap
Namun terlalu jauh
Imaginasiku terberai
Terdiam aku
beku tanpamu
Di manakah letak hatimu

Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir


Astrid : Mendua
----------------------------------------------------------------------------------
Pernah tak korang lalui macam lirik lagu nie? diduakan? pedih tak? hehe. Mana lagi sakit? sakit berpisah sebab tak sefahaman dengan sakit berpisah sebab pasangan kita curang? Aku rasa semua orang setuju kot sakit lagi berpisah sebab pasangan kita curang. ye ke tidak?

Aku pun ada pengalaman macamnie. Dulula.hehe.Tetiba dengar lagu nie teringat. Sakit woo bila dapat tau pasangan kita ada perempuan lain. Rasa macam ahhh tak tau nak cakap cane.hee. Orang-orang yang pernah mengalami je tau. Lagi pulak kalau kau memang jenis sayang gilos tahap tak pandang orang lain dah, kira macam setia hujung nyawala. puiii. Macam aku dulula. :p. Bila kau kena macam nie mesti kau rasa down gila. Aku dulu rasa macam serik sampai tak nak bercinta lagi konon.haha. Betol weh? Orang cakap jgn jadi bodoh nangis sebab cinta. Ok meh cuba rasa kat batang hidung sendiri. Mula-mula kantoi mestila akan nangis meraung jugakkan. Tapi tak yah nak lelama sangatla. Tak yah sampai 'aku tetap akan cinta kau walaupun kau dah bahagia dengan orang lain'. Ahh pleasela. Macam aku, lepas peristiwa tu almost 2 years jgkla aku menyolokan diri bukan sebab cinta lagi ok tapi sebab takut, fobia dan tak nak rasa lagi sekali. Perit woo.

Tapi tukan semua ketentuan tuhan, last2 Tuhan temukan jugak dengan lelaki paling annoying dalam hidup aku.sapa lagi kalau bukan husband aku sekarang nie.harharhar. Aku pun pelik pehal aku boleh suka and jatuh cinta and paling tak percaya boleh kawen dengan orang paling annoying sekali.haha. Jodoh weii. Kita pun xboleh nak bajet. Tapi husband aku selalu bajet, dia cakap aku admire kat dia. Ahh pleasela.haha
Papepun harap-harap this is truly jodoh samapi ke syurga. Aaamin.

Mr. Annoying :P


Nie cerita sekadar cerita je ok bukan sebab teringat kat pakwe lama eh. Ini cerita sebab dengar lagu nie so teringat kisah lama. Tu je.hehe. Papepun I love my husband. Auww. Gedik gituwww.

Haha. Peace!