Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Diduakan.

Ku tak habis fikir
Kurangku di mana
Kau tega melepaskan aku

Jauh ku menatap
Namun terlalu jauh
Imaginasiku terberai
Terdiam aku
beku tanpamu
Di manakah letak hatimu

Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir


Astrid : Mendua
----------------------------------------------------------------------------------
Pernah tak korang lalui macam lirik lagu nie? diduakan? pedih tak? hehe. Mana lagi sakit? sakit berpisah sebab tak sefahaman dengan sakit berpisah sebab pasangan kita curang? Aku rasa semua orang setuju kot sakit lagi berpisah sebab pasangan kita curang. ye ke tidak?

Aku pun ada pengalaman macamnie. Dulula.hehe.Tetiba dengar lagu nie teringat. Sakit woo bila dapat tau pasangan kita ada perempuan lain. Rasa macam ahhh tak tau nak cakap cane.hee. Orang-orang yang pernah mengalami je tau. Lagi pulak kalau kau memang jenis sayang gilos tahap tak pandang orang lain dah, kira macam setia hujung nyawala. puiii. Macam aku dulula. :p. Bila kau kena macam nie mesti kau rasa down gila. Aku dulu rasa macam serik sampai tak nak bercinta lagi konon.haha. Betol weh? Orang cakap jgn jadi bodoh nangis sebab cinta. Ok meh cuba rasa kat batang hidung sendiri. Mula-mula kantoi mestila akan nangis meraung jugakkan. Tapi tak yah nak lelama sangatla. Tak yah sampai 'aku tetap akan cinta kau walaupun kau dah bahagia dengan orang lain'. Ahh pleasela. Macam aku, lepas peristiwa tu almost 2 years jgkla aku menyolokan diri bukan sebab cinta lagi ok tapi sebab takut, fobia dan tak nak rasa lagi sekali. Perit woo.

Tapi tukan semua ketentuan tuhan, last2 Tuhan temukan jugak dengan lelaki paling annoying dalam hidup aku.sapa lagi kalau bukan husband aku sekarang nie.harharhar. Aku pun pelik pehal aku boleh suka and jatuh cinta and paling tak percaya boleh kawen dengan orang paling annoying sekali.haha. Jodoh weii. Kita pun xboleh nak bajet. Tapi husband aku selalu bajet, dia cakap aku admire kat dia. Ahh pleasela.haha
Papepun harap-harap this is truly jodoh samapi ke syurga. Aaamin.

Mr. Annoying :P


Nie cerita sekadar cerita je ok bukan sebab teringat kat pakwe lama eh. Ini cerita sebab dengar lagu nie so teringat kisah lama. Tu je.hehe. Papepun I love my husband. Auww. Gedik gituwww.

Haha. Peace!

Saturday, February 26, 2011

Mimpi tak best~

Assalamualaikum.

Mimpi tu mainan tidur kan. Dah lama aku tak mimpi tapi malam tadi boleh pulak mimpi. Mimpi sedih pulak tu. Mimpi Mr. Bf aku meninggal. :(. Dalam mimpi tu siap meraung-raung lagi tau. Rasa macam nangis betol-betol. huhu. Tersentak terus daripada tidur. Langsung aku call dia. Risau beb!. Nasib baik dia angkat phone, terus tersenyum lega mak cik :)). sihat walafiat rupanya. Diapun macam pelik kenapa tetiba call dengan suara sememeh baru bangun tidurkan.ehee. :p

Itu je nak cerita. tak de motif sangat pun.tehee : D.

Eh, tapi aku baru sedar. Ouh rupanya aku sayang dia. LOL. 
Baru realize tak tau macammana kalau tak de dia dalam hidup aku.huu. Selalu dengan angkuhnya aku cakap tak kesahpun kalau kita takde apa-apa, tak kesahpun kalau b tak de, bla bla bla.....(tyme gaduh jela).
Cuba kalau jadi betul-betul, comfirm menangis tak berlagu.

So, only ONE word
>>>APPRECIATE

thanx for reading this 'picisan' blog. :)

Saturday, December 4, 2010

+Realiti+

Tadi tengah baring-baring dengar lagu Aiman- cinta terakhir. Rasa macam tersentuh dengan lirik lagu tu. Sesuai untuk remaja-remaja macam kita. Remaja lagi ke aku? hehe.

Antara lirik-lirik lagu tu bagi aku sangat bermakna ;

Mungkin kan terputus di tengah jalan,
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan,
Usah ragu dengan takdir,
Mungkin kita kan berbeza haluan,
Berakhirnya cerita percintaan,
Segalanya ketentuan Tuhan.



Betulkan? Kita bercinta bagai nak rak tapi belum tentu dia jodoh kita kan. Kadang kita rasa dia jodoh kita, kita rasa kita nak kahwin dengan dia  tapi tup tap putus macam tu je. Sedih siapa yang tak sedihkan. Tapi kita kena ingat  itu semua Tuhan dah tentukan untuk kita. Kita tak boleh ragu dengan takdir yang Tuhan dah tentukan sebab Tuhan dah janjikan yang terbaik untuk kita. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk diri kita kan. Kita kena terima dengan hati yang terbuka.

Sebab tu mak-mak kita selalu pesan kan kalau bercinta jangan terlalu memberi, jangan terlalu sayang sebabnya nanti kalau berisah kita jugak merana. Tapi nak tunaikan tu yang susahkan sebab bila kita dah sayang semua kita nak tunaikan. Betul tak kawan-kawan? hehe. So kawan-kawan, saya ingin ingatkan kepada kamu-kamu semua dan jugak untuk diri saya sendiri jangan terlalu mengharap sesuatu yang tidak pasti kerana kita yang akan kecewa bila hasrat tak kesampaian. Kalau kita rasa dia jodoh terbaik kita, jangan berhenti berdoa ok. Itu yang penting :). Kalau kecundang jangan menyesal, jangan sampai tak nak makan, tak nak mandi, melalak hari-hari sebab kita kena balik kepada realiti bahawa jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan Tuhan. 

Beremosi pulak entry kali nie kan. huhu. Tapi nie memang apa yang aku nak sampaikan sebab inilah realiti kehidupan :)


whatever happen just smile ok :)