Saturday, September 28, 2013

Yeay dah kawen..

Gedik tak tajuk.hehe. Statusku seorang dah bergelar seorang isteri. Hari nie dah genap 4bulan 4hari aku telah menamatkan zaman bujan. Actually masa genap 4bulan hari tu kononya nak post entry pasal anniversary gituww tapi i bz u olls.hehe.

Ada orang tanya best ke kawen. Nak tau best ke tak nanti korang kawen korang rasala sendiri.hehe. Ada part yang best and ada jgk part yang tak berapa best. Biasalah dua manusia yang Tuhan cipta berbeza daripada segi perangai, tingkah laku duduk dalam satu rumah. Nak jadi saling lengkap melengkapi, saling faham memahami take time jugakkan. Even korang dah bercinta bertahun-tahun pun, korang tak payah nak tipula nak cakap dah kenal pasangan korang sangat-sangat. Dusta semua tu der.hehe. Nah, cuba duk seumah baru tau perangai manis dan masam pasangan memasing.

Dulu sebelum kawen, kau tau ke bilik laki kau cane? laki kau makan cane? bini kau make-up berapa lama? mandi berapa lama? tak tau kannn.hehe. Haa bila dah start kawen tu all out kau akan tau and kau kena belajar cara dia and dia pun kena belajar cara kau. Contohla, laki kau bila nak mandi suka bukak baju seluar merata-rata, baju kat bilik seluar kat ruang tamu. Kau rasa cane? rasa macam nak hentak je kepala dia kat dindingkan.hehe. Cubala buat kalau nak dapat status isteri derhaka.hehe. Ok tak best, lagi contoh lain. Laki kau bila siap makan suka tinggal sisa makanan dalam sinki. Tolong basuh bagus dah cuma sisa tu dia tak reti letak dalam tong sampah. Bengang tak? hehe. Lagi pulak kalau dapat laki yang malas tahap gaban, tak de nak tolong-tolong sikit kita buat kerja rumah. Mesti sebal je rasa.hehe

Kalau dapat laki yang ringan tulang tu sila bersyukur la ye hawa. Ingat senang ke nak dapat laki yang rajin tolong kemas rumah, tolong masak bila kau penat, tolong jemur kain, tolong lipat baju. Tapi selalu org perempuan nie ada je nak membebel tak puas hati bila laki dah tolong. Aku pun macam tu jgk kekadang.hehe. Contoh bila laki kau tolong lipat baju dengan pelbagai bentuk dan cara. Korang sabar jela tak yah nak berbulu sangat mata tengok.hehe kira dah bersyukurla dia ada rasa nak tolong.

Macam aku, nie bukan nak puji ke hape ok. Alhamdulillah aku dapat laki yang ringan tulang. Dia suka masak. Kekadan berebut nak masak.haha. Tapi aku selalu rasa tak boleh bla sebab dia suka masak ikut resepi dia sendiri. Asal boleh je.haha. Oh bab-bab mengarut nie memang pass kat dia je.hehe. Tapi aku pelik dan musykil sebab mengarut-ngarut pun tetap jadi and sedap. Tapi aku selalu tak puji depan diala.:p. Makan buat muka macam tak de perasaan je.haha. Tapi bab basuh and mengemas memang fail la.huhu. So akula kan yang kena buat. Masa memula dulu aku selalu bengang jugak dah masak tak reti nak kemas ke. Pastu lagi satu kadang-kadang dia kemas tapi sudu letak kt tempat pisau, senduk letak kt tempat sud, pinggan letak kt tempat periuk dll. Sakit je mata aku tengok.huhu. Aku memang tak suka dapur aku kotor and serabut ok. Membebel la jgk dulu, pastu bila pk2 balik takpela dia dah tolong masak apa. So sekarang kalau dia masak, aku tukang kemas. Kalau aku masak, aku jugak tukang kemas.hewhewhew.

Dah tu takkan laki aku je kurangkan. Aku pun ada jugak kurang. Okla aku mengaku aku paling tak suka, paling pemalas nak sapu rumah.haha. Aku tak suka sebab aku rasa leceh. Samala macam laki aku rasa leceh bila nak kemas and basuh pinggan mangkuk.haha. So? laki akula yang sapu rumah.hihi. Dia memang particular sikit, dia tak leh kotor-kotor, ada habuk-habuk nie.pantang. Dulu membebel jugak kt aku sebab jarang nak sapu rumah pastu dah lama-lama aku tengok dia yang buat.hehe. Fair la kan. Laki aku memang pembersih, kadang-kadang bilik tidur, ruang tamu dia yang kemas. Alhamdulillah. :).

Dalam hidup nie, lagi-lagi dalam kehidupan berumahtangga kita tak bolehla nak orang ikut kita and ikut cara kita je. Tolak ansur tu penting. Kalau laki kau tak suka macamtu, kau tryla tak payah buat apa yang dia tak suka. Kalau kau pun ada benda yang kau tak suka laki kau buat, tegurla elok-elok. Nanti lama-lama dia akan faham apa yang kau tak suka. Tu pun kalau jenis yang makan samanla.hehe. Tapi selalunya dieorg akan cuba faham jugak sebab tak nak cair taik telinga dengar bini membebel.hehe. Nie konsep memahami dan melengkapi la nie. Kalau kau tak cuba faham and TAK NAK faham, benda-benda simple pun boleh jadi sebab bergaduh. Aku ingat dulu masa g kursus kawen, ustaz yang bagi ceramah tu cerita ada pasangan suami-isteri nak bercerai disebabkan ubat gigi je. Ha kau tak rasa pelik ke.huu. Kesnya laki dia suka picit ubat gigi kt bahagian tengah pastu suka biarkan meleleh-leleh keluar. Bini dia pulak sakit mata tengok. Tegur sampai bergaduh teruk. Boleh bayangkan? hee. Macam-macam lagila kes bercerai yang bila kau dengar kau rasa macam tak logik je.

Macam kami pun sekarang nie masih dalam proses memahami. Orang kata nak betul-betul kenal ambil masa dua ke tiga tahun. Lama lagi weh. Banyak lagi nak kena belajar. Aku rasa semua orang yang dah kawen semua dah facing fasa-fasa yang macam aku cerita kat atas. Yang penting tolak ansur, iman pun kena kuat. :)
Tak de apa yang aku harapkan melainkan perkahwinan yang terbina nie berkekalan hingga ke jannah.

Okla aku rasa macam terpanjang je entry kali nie.kihkih. Syok sangat bercerita.hehe. Sebelum tu nak tepek sikit gambar-gambar kawen. :D









Thursday, September 26, 2013

Cuba teka

Sambil buat kerja duk layan lagu nie. Macam syok je jugak.hehe.




Sedap jugak suara Tasha Mansahar nie. Ala-ala Yuna gituu. Yang laki tu pulak muka macam kawan aku.haha. Sambil tengok sengih2 sesorang teringat kat kawan aku sorang tu.hehe.

Tempuh

Kadang-kadang hidup nie kita kena tempuh je
Tak payah nak pikiran sangat
serabut kepala otak
kalau hari-hari kau nak pikiran
lama-lama muka pun tak de seri
lama-lama orang yang simpati pun jadi tak simpati
lama-lama orang pun lari

Hidup nie, tak de orang pun yang tak ada masalah
semua ada masalah
cuma bezanya berat ke tak je
cuma bezanya kau boleh control ke tak je
cuma bezanya kau nak pikiran je sepanjang masa
atau kau chill je cari jalan penyeselaian
kalau kau asek pikiran je tak buat pape
tak cari jalan peneyselaian tak de guna jugak

Nak tak nak kena tempuh jugak
yang penting usaha cari jalan
bukan duk menangok meratap kenang nasib je
sampai mati pun kau macam tu je
sedangkan dalam Islam pun cakap
usaha yang utama selebihnya tawakal
dah tu apa lagi.




Tuesday, September 24, 2013

Syabas.

Tepuk untuk diri sendiri. tahniah, tahniah. Celik je mata pagi terus terfikir nak masak mee hoon goreng.  Apa kes.haha. Biasalah dah jadi bini kan, hari-hari kena fikir nak sediakan breakfast apa untuk sang suami. So dengan muka sememeh terus ke dapur dgn bebaju kelawar, tak pergi toilet cuci muka gosok gigi dulu ok! haha. Nampak tak Excited kat situ. *_*. Aku pun sediakan barang-barang keperluan untuk masak mee hoon. Selalunya aku goreng mee hoon putih, bukan yang warna merah yang pedas tu sebab kami berdua lagi suka yang putih drp yang merah.hehe.

Korang-korang yang baca nie(tu pun kalau adala.hihi), mesti macam pehal dia nie nak cerita masak bagai, macam tak de motif kn.hehe. Sebenarnya nak cakap je aku dah pandai dah masak mee hoon goreng tak hancur, putus-putus macam selalu.haha. Selalu mesti fail,  takde la nk feeling-feeling macam makan maggi, kalau panjang sangat siap kemam dengan bibir nak putuskan.haha. Tak de okay macam tu sebab mee hoon aku selalu dah jadi macam nasi. Tula akibat rajin sangat nak g kacau, balik, golek dan sebagainya mee hoon tu bebanyak kali.

Ofcoz la excited kan sebab dh banyak kali try and error. :). Setakat nie tu jelah masakan aku yang aku fail, yang lain sume superb. eceh! haha. Cooking is one of my favorite tapi laki aku lg 'kreatif' bab-bab masak nie.haha. Dia pun suka masak-memasak jugak, yang tu nantila cerita.hehe. Chow dulu nak p tolong sang suami kat dapur tu tgh nak buat pizza katanya.hihi.


Wahai diri,

Janganlah engkau menjadi seorang yang suka meminta-minta.
Belajar bersyukur dengan apa yang ada.

Friday, September 20, 2013

apa yang kau rasa?

Apa yang kau rasa bila terpaksa susahkan orang lain? Kalau aku, rasa diri tak boleh pakai, rasa macam hei teruknya aku nie. Ingat. Tuhan takkan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu dilalui oleh hambaNya. Maknanya, ujian yang mwlanda masih boleh diharungi cuma mungkun jalannya agak perit.Mungkin juga ini satu cara Tuhan membalas dosa-dosa lampau. Hei bukan jenis aku mintak simpati orang. Tapi apakan daya aku dah tak terdaya. Maaf. Ya Allah,hanya engkau mengetahui. Hanya Engkau perancang terbaik.

Andai kau tahu :)


Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah
Takkan terpisah

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,


So meaningful

Jom layan


Thursday, September 19, 2013

Wednesday, September 18, 2013

Throwback

Baca semula post2 dulu..
rasa macam kelakar pun ye jugak..hehe
rasa macam 'eh aku ke yang tulis macamnie?'..haha
Betullah orang cakap usia mematangkan kita.

Macam-macam rupanya aku dah cerita dalam blog ni
Tapi yang paling aku tersentuh bila baca comment
Orang yang paling rajin comment setiap entry aku
Arwah Farah Shamira..
yang telahpun kembali ke Rahmatullah
kadang masih tak percaya lagi arwah dah tak de

Walau kita tak rapat mana
tapi kita pernah sekelas, serumah
Walau tak banyak tapi tetap ada memori bersama

Moga kau damai di sana wahai sahabat
Al-Fatihah~


MUNGKIN

Mungkin
Aku akan menulis kembali
meluahkan isi hati, suka dan duka
sebab aku tak pandai meluahkan melalui kata-kata
sebab aku mmg tak pandai berkata-kata
sebab aku mmg seorang perahsia

Tapi tu semua mungkin
hehe