Friday, August 27, 2010

Kekosongan

Rasa mcm dah lama aku tak update blog. Kekosongan dan ketandusan idea utk berblogging. Nak kata busy sgt tak juga, rutin harian mcm biasa. Pergi kelas, balik kelas, masak utk buka, terawih(kadang2).Balik terawih duduk bersenang lenang, nmpk mcm tak ada kerja pdhl dah beratur kot kerja-kerja menunggu. Lab report, thesis final year project, assignment, presentation. Haa amek kau, tu pun tak sedar-sedar lg Anis.huu. Nanti dah nak dekat final baru nak siapka semua. Tak insaf-insaf ke mak cik.
Aku rasa normal la tu jadi student, suka buat kerja last minute. Btol kan? rasa mcm tak ada feel je kalau nak buat awal-awal. Rasa mmc tak ada idea nk buat kerja-kerja yg bertambun-tambun tu. Tapi cuba kalau buat last minute aku berani kerat jari mesti kerja semua jadi mudah dan for sure la akan siap jugak. Hee. Sampai sanggup tak tido malam nak siapkan kerja-kerja, time tu tak rasa penat pulak kan.Tu namanya tekanan. Otak dah set kena siapkan juga, so barula dpt idea nak buat kerja. Tapi tak semua student mcm tu, ada yg rajin yg suka buat kerja awal-awal. Orang yg mcm nila kita nak.hehe. Tapi boleh kira dgn jari kot berapa ramai je yg mcm tu. huu. Aku harap-harap akupun akan jd mcm tu juga.Aamin.

ok, dah kekosongan idea balik ni, nnt bila idea dtg membuak-buak aku akan mencoret lg.

=)

Monday, August 23, 2010

budak jahat

Hari ini aku sgt mngntk pergi kelas. Nak tau aku kt mana ni?.kat dlm kelas.haha. Jahatkn aku? lecturer ajar kt dpn aku online kt blkg.hehe. Lagi plak ni dlm kelas food Chemistry. Mmg terbaik la. Huu. Mintak maaf Dr. :D

Wednesday, August 18, 2010

Pucuk dicita ulam mendatang =)

Akhirnya, aku dpt juga memiliki apa yg aku impikan selama ini..yeah sgt sukaa =). 
my new bf :D
sesungguhnya objek inila yg aku impikan selama ini. Nak beli fikir lima, enam kali kot. Duit tak berapa nak cukup. Tapi kali ini mcm pucuk dicita ulam mendatang.hehe.Along anaakanana offer slr ini dgn harga yg brpatutanla jgk, siap boleh byr monthly.mcm kt courts mammoth.huhu. So aku apa lg tanpa berfikir pnjg terus je nak.hehe. Dah lama aku impikan, so tak salah klu kita korbankan sikit duit kita pd sesuatu yg kita impikan. Tak sabar rasanya nak menelek dan membelai bf baru aku ini.hehe.
Kalau ada rezeki lebih nanti bolehla aku tambah accessories lain, baru gmbr nmpk mantap. Tapi buat masa sekarang dpt yg biasa-biasa dulupn dah ok =)

Friday, August 13, 2010

:: SELAMANYA ::

cinta adalah misteri dalam hidupku
yang tak pernah ku tahu akhirnya
namun tak seperti cintaku pada dirimu
yang harus tergenapi dalam kisah hidupku


ku ingin slamanya mencintai dirimu
sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
ku ingin slamanya ada di sampingmu
menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku
ku berharap abadi dalam hidupku
mencintamu bahagia untukku
karena kasihku hanya untuk dirimu
selamanya kan tetap milikmu
di relung sukmaku
ku labuhkan sluruh cintaku
di hembus nafasku
ku abadikan sluruh kasih dan sayangku

=)

Monday, August 9, 2010

:: RAMADHAN ::

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.

Lafaz niat :

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lebih kurang lg 24 jam kita akan menyambut bulan ramadhan. Berpuasa dan berterawih. Tak sabar rasanya nk berterawih. Esok malam InsyAllah klu tiada aral yg melintang bolehla kita sama2 menunaikn terawih. Harap2 Ramadhan tahun ini dpt disempurnakan sebaik yg mungkin. Memperbayankkan amalan dan beribadah kpd Allah.

so, Marilah kita sama2 menunaikan rukun islam yg ke-3 sebaik yang mungkin. Tingkatkan amal ibadah. InsyAllah.


=)

Wednesday, August 4, 2010

Dirogol beramai2..

Terkejut ke dgn entry kali nie? mmg sungguh kejam, tak de hari perut betul. Sanggup merogol secara beramai2, di tempat awam pulak 2.
Siap ada tukang ambil gmbr lg. Meh kita tgk sikit aksi2 mangsa dirogol.


Terperanjat.hehe

Si Hitam mcm marah je org yg ambil gmbr nie.
Si kelabu bg peluang pada yg lain.
Terperanjat? hehe. Kesian aku tgk mangsa, tak mampu melawan. Tak taula nie nnt bunting brape byk anak dia.huhu.

p/s : Ingatkan manusia je mengalami masalah sosial, rupanya haiwan2 pun sama jgk. Biasala dunia dah maju.

=)