Friday, March 23, 2018

Pengalaman Acupuncture

Assalamualaikum and hye semua :)

Baru rasa ada mood nak update blog. Latelty ni(last week) emosi tak berapa nak stabil + ada negative thinking about zuriat. Ya Allah ampunkanlah aku sebab tak yakin dengan Qada' dan qadar yang telah Kau tentukan. huhu. Okay tapi perasaan tu sekejap je, normal ka kan, I'm human too. Tapi kena banyak lagi muhasabah diri ni supaya betul2 redha dengan ketentuan Allah.

03-March-2018 - First appoinment 
Appoinment pukul 9 pagi. Aku sampai pukul 8.50 macamtu, kedainya baru buka. hehe. So since ni first time kena isi borang dulu. Dalam borang tu kena tulis apa tujuan kita nak buat acupuncture dan ada juga kena tulis details medical history. Macam aku tujuannya ialah infertiltiy la kan. hehe. Ok dah siap tu masuk bilik untuk rawatan acupuncture, tak silap kat situ ada 6 bilik semuanya. Di suruh baring kat katil, macam kat hospital tu. Madam Ju(owner therapy centre) masuk dan tanya beberapa soalan-dah berapa lama kahwin, period sakit ke tak, regular ke tak, husband ada problem ke tak etc.
Then, dia guna generator yg ada current, tak sure apa nama dia(sorry bukan budak fizik. hihi) untuk cek condition body kita. Madam Ju cakap "your body looks like stress". Hehe. Lepas tu baru start acupuncture, dia letakkan beberapa jarum di point2 tertentu, since aku pergi sebab fertility so kat perut paling banyak sekali, ada 6 jarum kalau tak silap. Kat kaki 2 jarum, tangan 2 jarum, telinga 2 jarum, leher 2 jarum. So total lebih kurang12/13 jarum. Dia akan sambungkan setiap jarum tu pada generator yang ada current tu kemudian dia akan panaskan jarum tu. Kita akan rasa berdenyut2 macam kena current tu. Tak sakit pun rasa macam kena gigit semut api je. hehe.

Haa macamni lebih kurang. Not my picture ye ni.
Ehsan google.
Rawatan ni lebih kurang dalam 20-30 minit je. Sempatla kita nak lelap mata dengan suasana bilik pun sayup je sebab dia pakai lampu oren yang malap tu. hehe. Dah siap tu Madam Ju bagi ubat herba dia cakap untuk suburkan keadaan rahim, yang ni aku was-was nak makan(tak makan sampai sekarang :p) sebab Dr Hamid ada pesan pesakit endometriosis, fibroid & cyst tak digalakkan ambil herba sebab kita tak tau apa kandungannya kan.

TOTAL : RM135 (registeration + acupuncture + ubat)


10-March-2018 - Second appoinment 
Kali ni sampai lambat sikit dalam pukul 9.10 a.m macamtu. hehe. Tak dapat bilik sorang macam haritu, dapat bilik berdua dengan sorang kakak ni. Dia pun buat acupuncture sebagai persediaan nak buat ivf. Kali ni macam biasa juga, cuma ada tambahan jarum kat dahi. hehe. Kali ni Madam Ju guna dua generator yang berbeza sebab dengar dia suruh pekerja dia ambil yang high & medium. hehe. Kat bahagian perut & kaki yang tinggi current, rasa kuat berdenyut smpi bergerak-gerak perut & kaki. hihi. Kali ni tak tidur sebab duk berbual-bual dengan akak kat sebelah. Share pengalaman masing-masing. Akak tu dah 3x operation, laparoscopy 1 time, open surgery 2 times. huhu. Dah 11 years kahwin. Dia ada masalah endometriosis+adeonmyosis. Last operation Doc dah buang both fallopian tube. That's why chance dia nak pregnant hanya dgn ivf. Banyakla lagi yang kitaorang bersembang. Bagus akak ni very positive. Satu benda yang aku dapat kadang aku fikir masalah aku teruk dah  sebab takde anak lagi padahal baru nak masuk 5 tahun kahwin sedangkan ada orang masalah dia lagi teruk daripada kita. Nampak sangat kurang rasa bersyukur kita ni. Kali ni buat acupuncture terasa lama mungkin sebab syok berborak dengan akak tu. hehe.

TOTAL: RM70 (acupuncture)

Apa yang aku perasan lepas buat acupuncture badan rasa lebih ringan dan bertenaga. Daripada segi pain management tu tak dapat nak dikenal pasti lagi sebab baru 2 kali pergikan. Next appoinment pada 31 March ni. Madam Ju dengan yakin cakap "you must do acupuncture 6 times and after that you can get pregnant". Hehe Aamiin InsyaAllah

Kalau ada sesiapa nak try pergi, ini details;
Health-wise Therapy Centre
77 Ground Floor
Jln SS22/23, Damansara Jaya
47400 Petaling Jaya
Selangor
Tel: 03-7727 0263

Boleh google/waze. Tempatnya bersebelahan dgn Atira Mall. Kena call dulu untuk set appoinment ye. Kat sini kena speaking London tau. Hehe sbb Madam Ju and all the staff speaking 😁

Ok itu je nak share. Aku doakan semua yang tengah TTC pregnant tahun 2018 ni :)

Wassalam..

Friday, February 9, 2018

Assalamualaikum,

Now tengah period 2nd cycle after IUI. Alhamdulillah takde period pain teruk2 macam sebelum ni. Kalau sebelum ni skala pain 9/10. Happy je rasa bila takde senggugut ni. Ini dah 2 times tak senggugut teruk, last month pun sama juga. Alhamdulillah ni salah satu nikmat juga tau. Harap-harap selepas ni pun takde period pain teruk dah. huhu.

Takde apa nak update pun sebab nak berehat dulu for 2 months, lagipun appionment dengan Dr Hamid pun aku postpone. Sepatutnya 26hb Jan haritu tapi aku minta tukar, so dapatla tarikh 30 March. Its okay, malas nak pressure kan diri fikir tentang TTC ni kan. Sementara nak tunggu jumpa Dr semula ni, actually dah plan dah nk ikhtiar cara lain pulak. Salah satunya Acupunture, anyway dah set appionment dah untuk ni iaitu pada 24 Feb nanti. Hehe.

Actually lama dah nak try buat acupuncture tapi tak berkesempatan. Biasanya kalau kita nak buat sesuatu tu Allah yang lorongkan jalan untuk kita. So, the time has come. Kita follow the flow jela kan. Nanti aku update tentang acupuncture tu.

Okla ni jela kot nak cerita. Will update soon..

Wassalam.

Sunday, January 14, 2018

The result is BFN

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru 2018. Harapnya belum terlambat nak wish. Haha. Mesti ada yang trtunggu-tunggu result iui kan. Hee. So tulis directly the result sebagai tajuk  entry. Yes the result is negative, 1st iui failed.

Masa dpiui14(selasa), pagi2 lagi dah buat upt hehe. Buat awal tu sbb if upt negative dh blh prepare mental. My period tak pernah lewat. Selalunya mmg akan dtg tepat2 on CD27/28. Since dpiui14 tu CD28 & upt negative I dh bersedia tunggu period. TAPI sampai ke malam tak muncul2.huhu. So esoknya(dpiui15) tunggu lagi & tetap tak dtg juga, masa ni tak nak buat dh upt sebab tak nak mengharap. Perut mmg rasa tak selesa mcm nk period tu(that time fikir jugak ke tanda2 pregnant ni).

dpiui16 still tak period juga & DH(husband) keep asking 'eh tak period lagi'. Haha. Aku pun nervous dah eh kenapa ni tak period lg ni, siap doa lagi 'Ya Allah kalau iui ni tak berjaya datangkanlah period aku, janganla lambatkan mcmni membuatkan aku mengharap'. Huhu. Terseksa jiwa raga oii. I believed that anyonye yang pernah buat iui mesti rasa berdebar-debar kalau period tak datang on time kan? Masa ni dah start google dah is clomid make period delay. hihi. Gigih baca tau. Drp pembacaan tu, boleh dikatakan daripada 10 org yg makan clomid, 7 org yg period delay. So masa ni aku pun ok, aku siap sedia jela, bukan tak nak fikir positive tau yang kekonon pregnant, tapi korang faham tak kalau korang sgt2 mengharap then tetiba period datang. Haa tak ke kita kecewa nanti. Itu akula, so aku mmg dh prepare mental biar kuat.

Dpiui17, lagi sekali aku buat upt & the result still negative.huu. So takpela, tunggu jela kot harini period. Yes, tengahari mcm tu dh ada spotting sikit. Tapi mcm still nak fikir ke implantation bleeding ni. Hihi. Takpe2 just wait & see. Maghrib tu ada lg spotting so dah ckp kt DH 'dah period dah ni, sorry'. Then dia tanya 'yeke baru kluar sikit je kan, blom period lg tu'. Haha kesian dia. Mcmmana aku mengharap macam tu jgkla dia. Tapi my husband is very positive person, dia yang selalu bagi kata2 semangat kat aku. Even aku bukanlah jenis yang suka tunjuk perasaan sedih tp mungkin dia tahu deep inside my heart gitu. Hee.

So semalam pagi my AF is coming, sangat heavy & suprisingly takde senggugut yang teruk macan selalu. Selalunya stiap kali period mmg kena ambil ponstant but not this time. Pepagi tu mmg sakit jgkla tapi aku buat tak layan je, lepas sarapan tu tetiba hilang dah senggugut. Aku pun mcm tak percaya. Terus bersangka baik kat Allah  'Allah tak nak bagi aku beban ni dahla iui tak jadi pastu senggugut pula  mesti aku kecewa nanti, sebab tula tak senggugut'. Hehe. Seriously masa ni aku takde rasa nak nangis mengenangkan iui failed. Serious takde. Mungkin aku dah berjaya belajar erti redha. DH pun cakap 'takpe nanti kita cuba lagi, orang lain pun ramaikan sampai 2/3 kali buat iui kan. Allah belum nak bagi kita rezeki lagi'. Yes betul. I is redha & daripada start buat iui haritu dah janji dgn diri sendiri akan terima apa sahaja keputusannya dgn hati yg terbuka. Yelah, siapala kitakan untuk mempersoalkan ketentuan Allah 😊. Mungkin juga Allah belum puas mendengar rintihan hambaNya yang kerdil ni.

So inilah cerita iui aku. Maafla kalau dah start menulis tu memang panjang berjela. Haha. Kepada semua yang tengah berTTC, satu je nak pesan sentiasalah bersangka baik dgn Allah. Nak berTTC jangan ada rasa stress sebab stress tu pun boleh menganggu sistem badan kita. Tipula kalau kata aku tak pernah kecewa, sedih semua tu. Tapi kita cuba sentiasa positive, believe that everything happens for a reason. Good luck kepada semua yang akan buat IUI & good luck juga kepada yang tengah berTTC. Teruskan usaha & jangan putus asa.

Wassalam..