Sunday, January 14, 2018

The result is BFN

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru 2018. Harapnya belum terlambat nak wish. Haha. Mesti ada yang trtunggu-tunggu result iui kan. Hee. So tulis directly the result sebagai tajuk  entry. Yes the result is negative, 1st iui failed.

Masa dpiui14(selasa), pagi2 lagi dah buat upt hehe. Buat awal tu sbb if upt negative dh blh prepare mental. My period tak pernah lewat. Selalunya mmg akan dtg tepat2 on CD27/28. Since dpiui14 tu CD28 & upt negative I dh bersedia tunggu period. TAPI sampai ke malam tak muncul2.huhu. So esoknya(dpiui15) tunggu lagi & tetap tak dtg juga, masa ni tak nak buat dh upt sebab tak nak mengharap. Perut mmg rasa tak selesa mcm nk period tu(that time fikir jugak ke tanda2 pregnant ni).

dpiui16 still tak period juga & DH(husband) keep asking 'eh tak period lagi'. Haha. Aku pun nervous dah eh kenapa ni tak period lg ni, siap doa lagi 'Ya Allah kalau iui ni tak berjaya datangkanlah period aku, janganla lambatkan mcmni membuatkan aku mengharap'. Huhu. Terseksa jiwa raga oii. I believed that anyonye yang pernah buat iui mesti rasa berdebar-debar kalau period tak datang on time kan? Masa ni dah start google dah is clomid make period delay. hihi. Gigih baca tau. Drp pembacaan tu, boleh dikatakan daripada 10 org yg makan clomid, 7 org yg period delay. So masa ni aku pun ok, aku siap sedia jela, bukan tak nak fikir positive tau yang kekonon pregnant, tapi korang faham tak kalau korang sgt2 mengharap then tetiba period datang. Haa tak ke kita kecewa nanti. Itu akula, so aku mmg dh prepare mental biar kuat.

Dpiui17, lagi sekali aku buat upt & the result still negative.huu. So takpela, tunggu jela kot harini period. Yes, tengahari mcm tu dh ada spotting sikit. Tapi mcm still nak fikir ke implantation bleeding ni. Hihi. Takpe2 just wait & see. Maghrib tu ada lg spotting so dah ckp kt DH 'dah period dah ni, sorry'. Then dia tanya 'yeke baru kluar sikit je kan, blom period lg tu'. Haha kesian dia. Mcmmana aku mengharap macam tu jgkla dia. Tapi my husband is very positive person, dia yang selalu bagi kata2 semangat kat aku. Even aku bukanlah jenis yang suka tunjuk perasaan sedih tp mungkin dia tahu deep inside my heart gitu. Hee.

So semalam pagi my AF is coming, sangat heavy & suprisingly takde senggugut yang teruk macan selalu. Selalunya stiap kali period mmg kena ambil ponstant but not this time. Pepagi tu mmg sakit jgkla tapi aku buat tak layan je, lepas sarapan tu tetiba hilang dah senggugut. Aku pun mcm tak percaya. Terus bersangka baik kat Allah  'Allah tak nak bagi aku beban ni dahla iui tak jadi pastu senggugut pula  mesti aku kecewa nanti, sebab tula tak senggugut'. Hehe. Seriously masa ni aku takde rasa nak nangis mengenangkan iui failed. Serious takde. Mungkin aku dah berjaya belajar erti redha. DH pun cakap 'takpe nanti kita cuba lagi, orang lain pun ramaikan sampai 2/3 kali buat iui kan. Allah belum nak bagi kita rezeki lagi'. Yes betul. I is redha & daripada start buat iui haritu dah janji dgn diri sendiri akan terima apa sahaja keputusannya dgn hati yg terbuka. Yelah, siapala kitakan untuk mempersoalkan ketentuan Allah 😊. Mungkin juga Allah belum puas mendengar rintihan hambaNya yang kerdil ni.

So inilah cerita iui aku. Maafla kalau dah start menulis tu memang panjang berjela. Haha. Kepada semua yang tengah berTTC, satu je nak pesan sentiasalah bersangka baik dgn Allah. Nak berTTC jangan ada rasa stress sebab stress tu pun boleh menganggu sistem badan kita. Tipula kalau kata aku tak pernah kecewa, sedih semua tu. Tapi kita cuba sentiasa positive, believe that everything happens for a reason. Good luck kepada semua yang akan buat IUI & good luck juga kepada yang tengah berTTC. Teruskan usaha & jangan putus asa.

Wassalam..

1 comment:

  1. Still positif.. InsyaAllah akan ada rezeki jika usaha tak putus..

    ReplyDelete