Wednesday, December 27, 2017

IUI Done!

Assalamualaikum,

Yess seperti yang dijanjikan, saya telahpun selamat melalui proses iui semalam. Alhamdulillah everything went well 😊. Berbalik kepada previous post kann aku ada cakap pening tak tau nak proceed ke tak kan. Hehe. Last2 husband yg decide proceed dgn iui setelah wifenya dilanda kemurungan, datang perasaan sedih tetiba sebab takde anak lg. Masa tu tgh lunch kt kenny rogers sambil borak pasal our futures. Pastu tak blh tahan perasaan sedih tu terus iolls menangis. Hihi. Ouhh ini sangat tak bagus ye kawan2 yg tgh berTTC. Elakkanla diri daripada stress & negativity. Yes faham kita ni manusia sometimes ada perasaan macamtu tapi we need to overcome that feelings. Happy2 je okay..

So semalam dalam pkl 8 baru gerak dari rumah. Saje je gerak lambat sebab kami mmg ambil cuti tahunan (selalunya half day je)& rasanya jln tak jem sgt sbb ramai yg masih bercuti. As expected jln mmg clear, pukul 8.30 dah sampai klinik. Selalunya sejam ye. Macam biasa terus letak kad untuk register, dalam setengah jam macamtu baru nama dipanggil utk cek bp & timbang berat. Then tunggu turn utk tvs pula, nak cek telur dah matang atau tak utk proceed iui. As mention before, ni CD14.

Lama jgkla tunggu turn, yelah dah dtgpun lambat takkan nak expect dpt turn awalkan. Hehe. Masa menunggu ni mmg nervouslah duk fikir memacam. Dalam pukul 9.40 macamtu baru nurse panggil, macam biasalah terus baring utk tvs. Dr Aimi yang handle dibantu oleh nurse. Dia godek ke kiri & kanan & snap picture. Akupun mata tak lepas pandang screen tapi bukannya fahampun.hihi. Then Doc cakap "haa bagus2 ada banyak telur, besar pulak tu. Bekah kiri ada 3, belah kanan ada 1, so boleh proceed iui la ni". Fuhhh lega dengar sampai tak ingat nak tanya berapa size telur tapi dah Doc cakap besar tu means okla kan.

Lepas tu kena pergi masuk bilik collection sperm & inform nak proceed iui. Then staff kat situ explain next step. Kerja husband la pulak ni utk keluarkan sperm. Hee. Aku sempat wish good luck kat dia. Hehe. Kat Klinik Dr Hamid ni ada provide bilik khas untuk para suami melakukan kerja mereka. Haha. Wife boleh teman ye. Suka laki aku sebab dia dah risau dah takut tak berjaya kalau tak dibantu. Haha. sebab dulu masa kat LPPKN kena buat sendiri kat toilet je. Stress dia sebab susah katanya. Huhu. OK settle yang tu bagi semula sample pada staff tadi. Then dia inform result semen analysis(SA) tu dalam masa 45minit. Staff tu cakap jgk kalau result tak ok dia akan call bagitau tak boleh proceed. Untuk procedure iui ni, sperm akan melalui proses washing. Hanya sperm yang sihat & aktif je yg akan diguna-pakai.

Then kamipun pergila lepak kat cafe luar klinik. Husband duk risau takut result SA dia tak okay. Previously my husband ada masalah sperm abnormal & tak aktif & high viscous. Tapi lepas makan supplement haritu 2nd time repeat SA, sperm yg normal&aktif increase cuma viscousity tu still high. Tapi doc cakap tu bukan faktor susah nak conceive. So aku convince my husband insyaAllah ok je. Lepas 45minit tu kamipun masuk klinik semula. First pasangan still tak masuk lagi untuk proceed iui, maksudnya turn akupun lambat lagila. Huhu. Husband duk sebok2 suruh tanya staff tadi ok ke tak result SA dia. Result Alhamdulillah cantik. 75million count.

Dalam pukul 12.30 macam tu baru nama aku dipanggil. Staff Nurse(SN) yang buat procedure iui tapi takpe aku yakin je mesti dia dah berpengalamankan. SN suruh baring macam nak buat TVS juga. Then dia explain macammana process iui, since aku mmg dah tau sebab baca daripada google so aku angguk2 faham jela. Masa nak masukkan speculum tu dia baca bismillah & selawat. Dia suruh aku tarik nafas & selawat jugak. Ada rasa senak sikitla. Lepas tu SN cakap aku punya pintu cervix sensitive. Senang terluka bila tersentuh dgn apa2. Dia masukkan speculum tu pun dh berdarah sikit. No wonderla aku rasa buat hsg tu sangat sakit. Dan sebebnarnya time BD pun kadang berdarah jugak. SN cakap lagi bila luka bahagian tu akan kena infection fungus. Bila sperm terkena fungus tu sperm akan mati tak sempat nak sampai ke dalam. Mungkin sebab tu jugakla susah nak lekat.

Ok sambung, lepas tu SN cakap dah nak inject sperm, dia suruh baca doa lagi. Masa dia inject tu adala rasa benda mengalir kt rahim. Aku bacala doa2 yang patut tak berhenti. SN cakap lagi "saya masukkan lagi ye, bagus banyak ni husband awak punya". Hehe. Ok selesai, SN suruh aku berehat dulu dalam 30 minit. Aku tak berhenti baca doa sambil usap2 perut. Sebak weh masa ni. Huhu. Lepas 30 minit tu SN bagi injection pregnyl untuk pecahkan telur. Sambil tu dia siap cakap "InsyaAllah berjaya ni, telur banyak sperm pun cantik". Aku aamiin kan dalam hati. Selesai, sekejap je procedure, dalam 5-10 minit.

Balik nanti nurse suruh berehat. Kena bersama 3 hari berturut dan kalau boleg bersama je sampai hari nak cek upt. Hehe. Memang husband dah plan check-in hotel utk dua hari. Dia kata kalau aku duduk kat rumah pun aku tak duk diam ada je kerja nak dibuarnya nanti. Hehe. Tu yang dia suruh stay je kt hotel. Baring je. Yes harini memang bosanla duk kt hotel sesorg. Dia dah kerja dah. Harini ada rasa macam carmp and sakit pinggang on off. SN cakap tu kesan drp injection pregnyl.

Aku harap2 telurku dan sperma husband dapatla bersatu. Nervous jugak ni dalam tempoh 2WW ni. Ni baru hari ke-2(dpiui2) Aku harap aku tak fikir sgtla, biar sedar2 je dpiui14. Kalau duk fikir nanti rasa macam lama je kan.  Korang doakan aku tau. Kalau dah tertulis rezeki aku insyaAllah berjayakan, kalau Allah kata belum masanya lagi takpela jangan putus asa teruskan sahaja usaha. Semuanya Allah dah aturkan. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya kan.

Oklah ni jela pengalaman aku buat IUI. Kos RM990. Kalau korang ada tips dalam tempoh  2WW ni bolehla share. Nanti keputusannya aku update lagi 2 weeks.

Wassalam..

6 comments:

  1. Hi sis,tq for sharing.kite pun br g td by ultrasound & check asben pnye side.Alhamdulilah,takde mslh..nk proceed hsg plak ,maybe next cycle or selasa ni..tgk keadaan..hehe..kali ni ,nk proceed iui jgk sincle last 3 yrs ade by process ni semua,tp xproceed iui..hope penantian 6 thn ni berjaya.sy doakan sis dapat rs nikmat bby ..insyaAllah.Jgn lpe share next result ya...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis. Pergi dkt doc hamid jgk ye? Alhamdulillah both of you takde masalah. So nnt lps hsg blhla proceed iui kan.
      Iui sy tak berjaya tgh period ni. Hehe. Anyway thanks doakan saya, insyaAllah semoga kita sama2 dikurniakan zuriat satu hari nnt.

      Delete
  2. Assalamualaikum....sy dh tahun ke 6 kawen tp blum ada rezeki anak lg 😢 Dlu dh try check kat LPPKN..dh wat HSG sume tp x proceed apa2 next step lps tu sbb Doct kata actually xde prob. so hubby nk try cara natural gak utk dpt baby. Tp dh nk 6 tahun ni..ingat nk try check kat Hamid Arshat gak. Any tips sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya pun tak tau nak bagi tips apa. hehe.. ouh bolehla sis try treatment dgn dr hamid pula. Kita usaha je sis mana yang termampu.

      Delete
  3. Assalam sis.. i ade bace ur blog.. ur hubs makan supplement..if u dont mind..boleh share x supplement ape.. sbb my hubs pun prob yang sama..
    tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sis Adina, doc. Hamid just bagi supplement proviton, then my hubs beli supplement tambahan zinc surbex & sperman. These two ni recommended by doc masa kami buat treatment kt hosp. Serdang.

      Delete