Sunday, February 27, 2011

Rindu nak memasak.

Assalamualaikum.

This is entry for today. Nampak tak kat atas tu. hehe. Rindula nak masak. Bangun2 tidur je terus terfikir nak makan apa, nak makan kat mana, kat mana tempat makan paling murah dan sedap. Arghhh booosan sungguh hari2 kena fikir dat things. Apa masalah kau nie Anis? susah2 je fikir. Masak jela sendiri, apa guna jadi perempuan kalau malas nak masak. Mesti korg nak cakap kat aku macam tu kan.kan. Yes, memang aku ada masalah. Masalah tak boleh nak masak di rumah sendiri.huhu. 

Cop2! Entry nie bukan nak mengutuk sesiapa tau. Tapi disebabkan entry nie berkaitan memasak so sesiapa yang berkenaan terkenala tempiasnya.hehe.

Apa ke hal tak boleh masak kat umah sendiri? ce cte.ce cte.hehe. Ceritanya macamnie, aku baru je menyewa rumah yang aku duduk sekarang awal tahun hari tu. Semuanya gara-gara owner rumah lama kat seksyen 7 tu nak duduk balik rumah dia. So, aku bersama-sama Nana dan Dayah terpaksala berpindah. Ada entry yang lepas pasal pengalaman kteorg cari rumah. Nak tau bolehla baca. Ceh! sempat promote.hehe.

Dapat rumah dah best da tapi penghuni rumah pulak tak berapa nak best. We are not allowed to share dapur,   ice-box, and almost all the thingsla. Apakah? Cett, sungguh berkuasa ye kamu semua. Mentang2la dah tua nak memperkotak-katikkan kiteorg pulakkan. Tak kesah kalau barang2 tu memang korang punya semua, kiteorgpun memang tak nak sentuh. tapi niekan owner punya. Kiteorg pun ada hak jugak. 

Wahai kakak2 sekalian, tahukah anda makan kat Shah Alam nie mahal? kakak tak kesian ke kat kami semua hari2 nak kena makan luar. Kiteorg nie dala tak dapat gaji macam kakak2 semua. Kakak pernah dengar tak sharing is caring? kakak tak rasa nak buat macam tu ke? apehal tetiba aku touching nie weh! huu. Memang kena touching sebab aku rindu nak masak der. 

Masa duduk rumah lama dulu hari2 masak. Balik kelas je masak. Duit pun save banyak. Maklumla kami student kenala berjimat-cermat. Kira kalau nak cakap daripada skill memasak dah boleh dapat gred A- la sebab hari2 asah bakat memasakkan. tapi sekarang, tak boleh da nak buat semua tu.sedih. :(((. Mesti skill memasak dah berkurang. Cane nak kawen nie.ehee. Sampai nak makan maggi pun kena rendam je. Alah macam zaman2 duduk hostel dulu. Sedihh tak? :(

Sampai hati kakak2 semua kan. Nasib baikla kiteorg duduk rumah nie sampai bulan 4 je. Kalau tak, cekeding la kiteorg semua. takpe kakak, nanti aku balik rumah aku masak hari2. Kita tengok sapa lagi teror masak.huhu

Rindu nak masak macamnie :(





p/s : kakak-kakak tu semua kerek,sombong.ehee :D

Thanx for reading this `picisan' blog. ;)

Saturday, February 26, 2011

:: Appreciate ::

I have figure out the secret of happiness.
Apreciation for what you have got.
Whethet it's a little or a lot.

comel jekan elephant nie.:)

Mimpi tak best~

Assalamualaikum.

Mimpi tu mainan tidur kan. Dah lama aku tak mimpi tapi malam tadi boleh pulak mimpi. Mimpi sedih pulak tu. Mimpi Mr. Bf aku meninggal. :(. Dalam mimpi tu siap meraung-raung lagi tau. Rasa macam nangis betol-betol. huhu. Tersentak terus daripada tidur. Langsung aku call dia. Risau beb!. Nasib baik dia angkat phone, terus tersenyum lega mak cik :)). sihat walafiat rupanya. Diapun macam pelik kenapa tetiba call dengan suara sememeh baru bangun tidurkan.ehee. :p

Itu je nak cerita. tak de motif sangat pun.tehee : D.

Eh, tapi aku baru sedar. Ouh rupanya aku sayang dia. LOL. 
Baru realize tak tau macammana kalau tak de dia dalam hidup aku.huu. Selalu dengan angkuhnya aku cakap tak kesahpun kalau kita takde apa-apa, tak kesahpun kalau b tak de, bla bla bla.....(tyme gaduh jela).
Cuba kalau jadi betul-betul, comfirm menangis tak berlagu.

So, only ONE word
>>>APPRECIATE

thanx for reading this 'picisan' blog. :)

Thursday, February 24, 2011

Edit sana sini

Gud Morning =)

Jam dah pukul 4 tapi aku still tak tido lagi. Tau kenapa? nie ha dok sebok mengedit blog. Tukar header, tukar background, tukar segala bagai. Nie namanya tak de kije.hehe. Saja je tetiba datang mood mengedit. Saja tukar angin. 80% dah siap, ade lagi aku nak edit. Still tak puas hati lagi.huhu. Itu yang aku malas nak ubah sebab da tau comfirm ambil masa yang lama.huhu. Rasanya daripada pukul 10 lagi aku menjalankan kerja mengedit. hehe.

Sekarang aku dah ngantok. Cane nak g kije nie? hee. Nie semua kau punya pasal wahai blog.huhu. Esok aku nak sambung edit lagi sikit-sikit. Sekarang mata da kuyu dan layu. 

Gud nite moning semua. Lupa da nak pagi dah pun kan.hehe.
Thanx for reading ;)

Wednesday, February 23, 2011

oh tidaak ! selamat tinggal.....

Assalamualaikum

Mood sangat sedih. Ini semua kerana Ocik telah meninggalkan kami semua. Sob sob sob :(. Tadi baru berangan dengan Dayah nak bawak baliki dia after abis praktikal nanti.hukhuk. Memandangkan Ocik di bawah penjagaan Emy, kami tak tau apa yang jadi pada Ocik mungkin die mengalami kemurungan akibat dikurung. Mungkin. Mungkin dia tak biasa hidup dikawal, tak de kawan. So finally, dia membunuh diri sendiri dengan meminum air kencingnya sendiri. Kesian dia :(.

ocik terbujur kaku :(


Sedihnyaaaaaaaaaaaa. :( Tak sempat kiteorg nak bermain-main dengan Ocik. Baru semalam Emy cakap dia lepaskan Ocik, Ocik main-main atas perut Emy. huu. Mungkin tak de rezeki kami kot nak bela dia.

Finally, good bye Ocik ! :( kami semua akan merindui kamu.huu. (overla pulak) ;p




Monday, February 21, 2011

OCIK ? =)

Assalamualaikum.

Tak nak introduce panjang lebar. Just nak cerita pasal Ocik. Apakah Ocik tu? ehee. 

Al-kisahnya macamnie, semalam aku on call, as usual la on call jadi csi team la kan.3 mayat kiteorg jumpa semalam. First mayat baby kat Damansara. Tak bermoral kan orang sekarang. Then, jumpa mayat Doktor dekat Klang. Yang nie first time kteorg jumpa mayat yang baunya mak aih! sangat menusuk kalbu okay. Melekat kat baju and segala bagai baunya.huu. Rasa pening sampai ke kepala. But kiteorg semua handal-handal tau sebab still lalu lagi makan, siap licin pinggan.ahaa. Last but not least, apabila aku pulang ke rumah da siap mandi wangi-wangi semua tetiba dpt call ada kes lagi jumpa mayat lagi.huuu. Kira macam membazir tak membazir sangat la kan aku mandi.

Eh celah mana nie cerita pasal Ocik?? ahaa sory-sory sebab tak sedar tertype panjang lebau! tehee. Ok macamnie, after abes siasat mayat yang last tu, kiteorg still tak boleh balik lagi sebab kena tunggu anjing K9(alah anjing yg polis guna buat siasat tu), yela mana tau ada bukti-bukti lain yang anjing nie jumpa kan. Sementara tunggu anjing yang bijaksana nie sampai kiteorg pun beborak sesama sendiri. Biasala gosip menjadi topik utama. Tetiiba Cik Mad Noh dgn Emy ternampak sesuatu yang berwarna putih  keluar dari celah semak. Scary kan? dala kat tempat orang kena bunuh kan. Mayat pun still ada lagi kat situ.huhu. Suluh punya suluh, rupanya arnab la. ehehe. suspen je kan! (cerita daripada Emy, masa nie aku tak de sebok tengok anjing yg dah sampai) Dieorg pun apa lagi terus tangkap arnab tersebut. Comey je, mata warna merah. Jinak je. So, kiteorg sangat teruja nak bawak balik itu arnab. Lagi pulak aku drp hari tu mencipta angan-angan nak bela arnab.

Aku, Nana, Dayah, Hanim and Emy terus excited bincang nak bagi nama arnab tu apa. Maka terkeluarla nama-nama seperti yatyat(=jumpa kat tempat mayat.ahaa :D), Dten(D10,= department forensik kat IPK Selangor). Tak comel langsung kan?. kalau arnab tu tau, die pun sedih kot.tehee. Lastly Nana memberi idea letak nama Ocik. Kiteorgpun rasa macam ok. Comel tak? sila cakap comel okay. ;p. Korg nak tau ke apa maksud Ocik? ehee. jangan gelak ok. Ocik = forensik yg disebut dengan pelat. cuba korang try.haa jadi tak? ahaa. Nie semua akibat penyakit pelat yang melanda kiteorg semua pada malam itu. Anggota polis pun bersetuju dengan nama tersebut. ;)

Ocik =)))
Ocik merenung masa depan.
Ocik kuat makan. Kuat berak. hehe.

So secara rasminya Ocik menjadi anak angkat kami berlima dan menjadi maskot forensik IPK Selangor. ;).
Ocik jangan risau kami semua akan menjadi mama dan papa yang penyayang.hehe.

that's all. Thanx for reading ;)




Saturday, February 19, 2011

:: UNPERFECT ::

I'm not a perfect girl.
My hair doesn't always stay in a place.
I spill things a lot. 
I'm pretty clumsy.
Sometimes I have broken heart.
My friends and I sometimes fight
and maybe some days nothing goes right.
But, when I think about it 
and take a step back,
I remember how amazing life truly is
and that maybe. Just maybe.
I like being unperfect.



Friday, February 11, 2011

Khatijah Ibrahim - Ku Pendam Sebuah Duka

Sekarang aku sangat suka melayan lagu nie.best woo layan lagu lama-lama . Tapi lagu nie tak de pape maksud okay.hee

Jom layan~


Sayang Malaysia!

Assalamualaikum. Sebagai pembuka bicara :)

Tetiba entry macam poyo.haha. Tapi betul kan beb, kita rakyat Malaysia mestila sayang Malaysia kan? ;D.
Semangat Cintakan Malaysia nie timbul setelah aku bersama geng2 paranormal aku pergi tengok live Malaysia VS Hong Kong rabu lepas. Untuk pengetahuan anda semua, niela first time kteorg menjejakkan kaki kteorg kt Stadium Shah Alam sepanjang 6 tahun study kat sini.ahaa. Rasa macam nak lempang tak? ;p. rugi je jadi rakyat Shah Alam.hee. 

Kteorg tak rancangpun nak g, aku mmg minatla jgk tengok bola. Memang teringin nak g tengok bola live kt stadium tapi tak de geng. Bf aku bukan minat sgt tengok bola.hee. Bagai pucuk dicita ulam mendatang bila Emy ajak g tengok. Excited tau aku! :). After abes kerja, kteorg terus ke Stadium nak g beli tiket la, semangat punya pasal kaunter tiket pun tak bukak lagi.hee. Tetiba ternampak pulak booth jual2 jersey, cap, headband Malaysiaa. Terus rasa macam excited nak beli. Kteorg kalau da semangat memang tak bleh nk halang dah, terus je beli jersey kuning Malaysia dgn headband. Pastu Dayah pulak bagi idea nak beli sticker lambang Malysia dgn harimau Malaya nak tampal kat muka. Maka semua pn beli.huu.

After maghrib kteorg da siap2 dengan penuh excited. Dah pakai segala benda yang beli kat stadium tadi.hehe.
Nie haa aku yang excited ;
macam rimau tak?hehe
Memandangkan nie first time kteorg pergi Stadium so kteorg tak tau nak kena parking kat mana. Kteorg dengan confident level yang tinggi masuk laluan parking2 khas untuk polis, wartawan, pemain kat basement. Guard yang jaga mula2 macam tak nak bagi kteorg masuk situ tapi bila dia tengok kteorg muka confident je terus je dia bagi jalan.haha. Bangga je tak payah susah2 nak cari parking.hehe.

Bila pakai baju Malaysia rasa macam gah je, rasa macam sayang gila kat Malaysia.haha. Poyo tak? tapi serius nie beb. Lagi2 bila masuk je stadium ramai gila rakyat Malaysia berbaju harimau Malaya. Wah rasa macam bangga je jadi rakyat Malaysia. Sekali lagi ayat poyo keluar.ngee. Tapi serius tak tipu. Bila player Malaysia masuk padang semua orang bersorak. Geng2 ultras(kelab penyokong bola sepak Malaysia) memainkan peranan dieorg dengan menyanyi, bersorak. Siap ada gendang semua. Time nie lagi rasa macam bersemangat.haha. Excited kot sebab first time kan.haha.

Apapun congratez to pasukan Malaysia sebab menang 2-0. Game ok, takla membosankan sangat. Nampak macam Malaysia kuat.hee. Hopefully Pasukan kita akan terus meningkat ke tahap yang lebih membanggakan.
Go Malaysia!! :)))

Seperti biasa tak sah kalau tak de gmbr.hee~

semangat ok.

Ultras yg semangat :)

hero kita ;)
setelah gol pertama diperolehi
aidil yg kacak.hee.
harimau cute ;p
gol kedua Malaysia.
We luve Malaysia!! :)
gila excited.haha
Harimau Malaya versi ayu. ;p

p/s : Sila ingat lagu Negaraku okay. hehe. 

Wednesday, February 9, 2011

-My Silent Reader-

Assalamualaikum


Wah tetiba ade gmbr lelaki kacak kat atas nie kan.hehe. bagi suprise sikit. Pakwe aku kah? hoho tidak sama sekali. ;p. Ngaku pakwa marah skandal2 dia yang lain.hee.

Lelaki kacak yang menghiasi post kali nie namanya Ibrahim. Siapa dia nie sebenarnya? hee. Dia silent reader aku. Tiap-tiap hari jenguk blog aku, baca semua yang aku post. Betul kan wei?. Tapi dia baca jela tak tinggalkan apa-apa comment pun. ;p. Dat's why aku declare dia silent reader aku.hehe. Kadang2 aku tak cerita kat dia pun aktiviti aku tapi nanti dia berkias-kias cakap kat aku. Takpun dia amek ayat kat blog aku nie pastu dia bagitau aku. Aku pelik jugakla mula-mula tapi bila dah dia berkias-kias ayat kat blog aku ouhh baru aku tau rupanya dia baca blog aku dalam diam. Kuang asam la ko weh.hehe.

Kteorg dah berkawan lama dah. Dia nak jadi boyfrend aku tapi tak bleh.hehe. Sebab kteorg da declare teman sejati je. Full stop. hee. Aku kenal dia dah hampir 11 tahun ok. Macam2 cerita kteorg share. Cerita masalah cinta, masalah peribadi, masalah rumah tangga. Opps! hee.

Weh, kalau ko baca post aku nie ( alah ko mesti baca punya, comfirm! :D ) aku nak ucapkan thanx a billion sebab support aku.hehe. Rajin baca aku merepek kat sini. hehe. Rajin dengar cerita aku. Once again thanx for being my super duper friend. ;)))))))

Aku suka gila gambar nie ok.

p/s1 : Aku curi gambar ko kat facebook ko.hehehe.
p/s 2 : Happy belated birthday. Ko dah tua, aku tak lagi.hehe.

Tuesday, February 8, 2011

Percutian tak dirancang bersama geng-geng Gorjez spy ;)

Assalamualaikum

First sekali nak meniup habuk2 kat blog aku nie.hehe. Lama gilerr tak update kan. Mood mengupdate kurang kerana dicover dengan  mood balik kampung, mood bersuka-ria.hehe. Tak payah cakap panjang lebar, entry kat atas dah terang lagi bersuluh maksudnya.huhu.

Cuti raya cina hari tu, aku dan kawan-kawan>>Nana, Miza, Lisa, Hanim plan ke rumah Dayah, majlis tunang dia. Hai, lagi sorang kawan seangkatan aku dah tunang.hee. Then, plan nak pergi jalan-jalan Melaka. Yanti tak dapat join bz siapkan barang2 kawen akak dia. Malangnya last minute Lisa tak jadi datang tetiba dia sakit mata. So plan ke Melaka tak menjadi. Tapi kteorg ada plan yang menarik yang sangat tak dirancang.hee.

Niela hasilnya ;)))





















Hehe gambar2 nie semua kat Bukit Tinggi, Bentong Pahang. Seronok gila snap2 picture sampai bateri dslr habis ok.hee. Plus dapat kawan baru.huhu. Lelaki ber-4 dalam picture tula kawan baru kteorg.hehe. Tercapai hajat aku selama nie nak dtg sini. :)). Anyway, thanx to all of members of Gorjez spy kerana memberi idea yang bernas dan yang penting kita soulmate. Luve u oll ;))

Thursday, February 3, 2011

Salam.

Hanya untuk meninggalkan jejak kat sini.
Membuktikan tuan punya blog masih wujud.hee.
Lama tak update.
Jiwa kosong, minda kosong.

Mencari kembali idea2 menulis.