Tuesday, January 25, 2011

Tiada belas kasihan lagi.

Assalamualaikum semua :)

Hampir sebulan aku menjalankan praktikal di Jabatan Forensik IPK Selangor. Macam-macam pengalaman yang dah dikutip. Macam-macam ragam manusia yang aku nampak. Macam-macam perkara yang tak sangka akan berlaku tapi tak mustahil berlaku. Kami berseronok, bergelak tawa nampak macam kosong tapi bila aku fikir balik semakin banyak aku mempelajari norma kehidupan. 

Selama sebulan macam-macam kes yang aku dah pergi. Kes samun, kes bunuh, kes rogol, kes kebakaran tapi hari ini aku rasa kes yang paling berbekas kat hati aku. Kes bunuh bayi. Selama nie aku tengok kat tv, dengar kat radio je kes buang bayi, bunuh bayi. Lagi pulak sekarang boleh kata tiap hari ada kes melibatkan bayi kan. Kita dengar tapi setakat dengar kan. Mulut memaki, mencaci orang yang berbuat demikian tapi kesannya tak sampai kat hati.

Hari nie, jasad aku sendiri pergi tengok kes bunuh bayi. Ibu sendiri yang bunuh anak. Anak yang aman bernyawa 9 bulan di dalam perut ibunya. Anak yang tak berdosa langsung. Ibu sendiri sanggup lakukan perkara terkutuk tu. Bunuh. Saat aku tengok mayat bayi tu air mata tak berhenti mengalir. Sebak. Sayu. Comel sangat bayi tu. Putih, muka suci je. Ya Allah, rasa macam tak bleh terima dek akal. Apa perasaan ibu dia ek? Kenapa sanggup buat macam tu? tak de rasa sayang ke? tak de rasa belas kasihan ke?

Manusia sekarang dah tiada sifat belas kasihan. Umpama binatang. Rasanya binatangpun lagi ok daripada manusia. Bila aku fikir balik zaman sekarang dah lembali kepada zaman jahiliah. Jenayah semakin berleluasa. Bunuh membunuh ibarat satu permainan. Bayi yang tak berdosapun menjadi mangsa. Kalau tak nak sangat anak janganla bunuh. Bagi kat orang lain pun tak pe. Ramai orang yang kahwin tak de rezeki nak dapat anak teringin nak anak. Pelik manusia tak mensyukuri nikmat yang Allah bagi. 

Bila difikirkan manusia tanpa ilmu, iman dan amal akan rosak binasa. Kalau manusia ada ilmu pasti dapat bezakan antara baik dan buruk. Kalau manusia ada iman pasti takut pada balasan yang Allah akan turunkan. 




Monday, January 24, 2011

Superman ;)

Saat nie sangat merindui rumah, mama, abah, adik-adik. Terutama si debab Sofea.huu. Sedih ;(
Rindu keletah si debab sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Mulut tak pernah tau penat bercakap, membebel memang dah jadi habit die. Membebel mengalahkan orang tua.hehe.

Apa kena mengena superman dgn entry kali nie?
Ceritanya macamnie, kelmarin aku call mama saja lepaskan rindu. Rasa rindu nak cakap dgn si debab. Tapi before tu ckp dengan adik2 yang lain. One by one la. Aku ada 5 adik kot. Dapat cakap sorang sikit pun jadila.hehe. Ble part Sofea memang rasa geram je. Dia cakap "kakak bila nak balik? adik dah rindu kakak". huhu sedih rasa nak nanges. Then aku saja cakap tak de duit nak balik, nak pinjam duit dia. Jawapan dia memang bestlah.hehe. " Adik ada duit tapi duit adik dah hilang kena curi, takpela nanti adik jadi superman g amek kakak kat Shah Alam. Pastu kak dudukla belakang adik, adik terbang". Bernas tak idea dia? hehe.

 Idea dia tak pernah habis and sumetimes tak pernah terfikir dek akal apa yang dia cakap. Layan keletah dia memang penat tapi seronok. Dahla suka buat muka plus kenakan orang.huhu. Budak nie orang cakap matang sebelum usia.haha.
Baru 4thn ok.
Ratu posing ;p
Niela akibatnya berangan nak jadi datin.
Adik nanti terbang amek kakak tau. Fuhh! tak sabar nak balik rumah!!!!!! :(


Sunday, January 23, 2011

Cara-cara menghilangkan kegelisahan.

Assalamualaikum semua ;)

Hampir seminggu tak update blog. Kemana menghilang ye saya?. Jawapan hanya perlu disimpan untuk diri sendiri.hehe.
Tak ada idea sangat nak mengupdate blog, tapi just nak share bagaimana nak menghilngkan kegelisahan yang melanda hati. Korang semua mesti pernah rasa gelisah, gundah gulana kan? kadang-kadang perasaan tu datang sendiri tanpa sebab kan. 

First sekali kan. nie yang paling penting la ;

Mengingati Allah dapat menenangkan hati dan menghindarkan diri daripada berbuat dosa. Allah sangat suka pada orang yang berzikir. Kelebihan zikir nie, dapat melepaskan seseorang daripada bahaya. So, bila kita rasa tak tenteram, banyakkanla berzikir, kalau nak lagi berkesan solat sunat ataupun membaca Al-Quran.


Second : Kita kena terima ketentuan Allah dengan senang hati, terima rezeki yang telah ditentukan dengan hati yang terbuka, sebab segala yang telah terjadi adalah ketentuan Allah. Penting untuk kita tidak berkeluh kesah. Kalau kita dilanda masalah jangan cepat merungutla maksudnya, think positif anggap ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.

Third : Jangan ingat perkara-perkara lepas yang telah terjadi pada kita, lagi2 perkara yang tak best yang boleh mendatangkan kegelisahan kat hati kita. Tak perlu ingat dah sebab perkara tu dah berlalu. Dan kita pun tak boleh dan undur balik waktu kan. Dalam maksud lain jangan pandang belakang la. ;)

Last sekali : IMAN
Kalau kita ada iman, iman tu akan menghilangkan kegelisahan yang kita alami. Sebab iman akan mendorong kita membuat sesuatu yang berladaskan Islam. Betul kan? cuba kita tengok orang yang tak de iman, bila ada masalah tak tau nak buat apa then bunuh diri. itu tandanya tak de iman. Iman tu kekasih orang-orang yang beriman.



Nie sikit ilmu untuk dikongsi bersama. Akupun insan yang lemah, yang sentiasa perlu kan bimbingan. ;) tak salah kalau kita share ilmu yang kita ada kan. 

p/s : nanti kalau ada anak, aku nak nama anak aku Nurul Iman.hehe.

Monday, January 17, 2011

Kenapa ek kuku kaki lambat panjang daripada kuku jari?

Assalamualaikum semua ;)

Hamboi panjang btol entry :D. Korang rasa macam pening tak baca entry aku? huhu Rasa macam terbelit je lidah.hehe. Pagi tadi masa potong kuku jari tetiba terkeluar persoalan tu kat minda aku yang cergas nie kan. Perasan la pulak. hehe. Yela, kuku jari tiap2 minggu potong tapi kuku kaki 2,3 minggu skali baru potong. Siapa setuju angkat kaki? hehe. Aku tanya Hanim tapi diapun tiada jawapan. Then aku rasa nak google mencari jawapan. Korang nak tau tak kenapa? Meh kita share sama2.

Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit

Kuku mempunyai 2 fungsi utama iaitu :
  1. Sebagai pelindung kepada hujung jari. (Cuba korang bayangkan kalau takde kuku, mesti macam pelik jekan jari kita)
  2. Memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh. Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor
Kuku bertumbuh atau memanjang pada setiap masa, tetapi kadar pemanjangannya bergantung kepada faktor usia, jantina, musim, tahap latihan, suhu badan, diet, dan keturunan. Kuku jari tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan. Ini bermakna, kuku tangan mengambil masa kira-kira 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya menggantikan kuku yang lama, manakala kuku kaki memerlukan masa antara 12-18 bulan.

Kuku jari lagi cepat tumbuh sebab ianya lebih terdedah dan kita lebih banyak menggunakan kuku jari. Kuku yang paling cepat tumbuh ialah kuku jari tengah, kalau korang kidal, kuku jari tengah belah kiri lagi cepat tumbuh berbanding kuku belah kanan dan atas sebab-sebab yang tak diketahui, pemanjangan kuku berkait rapat dengan kepanjangan jari. Jari yang paling panjang kukunya tumbuh paling cepat, jari yang pendek kukunya tumbuh paling lambat.

Ini je info yang aku dapat.. Harap sedikit sebanyak mmberi ilmu kepada korang dan jugak aku sendiri. ;)

bajet cantik la nie kan.

p/s : rimas kalau kuku panjang sangat plus ada hitam2, tak hygine. Rasa macam makan kuman je.huhu.

Sunday, January 16, 2011

hang out with ahli-ahli gorjez spy>>Yanti and Miza

Assalamualaikum semua :)

Gorjez spy>>akku, nana, miza, yanti

Dah lama aku tak dengar perkataan Gorjez spy. hehe. Gorjez spy nie geng2 terbaik aku yang terdiri daripada aku, Nana, Yanti and Miza. Kiteorg saja je letak nama Gorjez spy sebab konon2 kiteorg gorjez plus menawan (bapak bajet gila kan.haha) plus kiteorg nie spy terhebat kat faculty. Semua cerita kiteorg tau kot. Orang tu kapel dengan orang nie, orang tu kapel dengan orang nie tapi tetiba kapel dengan orang lain pulak. Perggh! memang kaki stalker la kiteorg nie (yang nie lagi bajet gila. ;p). Sebab tu tertubuhnya Gorjez spy.hehe. Dieorg semua nie geng2 aku masa diploma lagi, memang kemana-mana 4 orang jelah, cuma bila dah sambung degree masing2 tak sama course except aku dgn Nana yang memang tak bleh berpisah.huhu. So, time to spend together agak terhad la kan. So far kteorg tak de masalah lagila sesama kiteorg sebab kteorg 1 kepala gila2, suka merepek and yang paling best  suka gelak tak de sebab.haha.

Semalam after balik wedding ex-classmate kiteorg. Tetiba datang idea bernas daripada Miza and Yanti, nak ajak lepak tengok movie. Tak kesah pergi mana asal luar dari Shah Alam. Wah! berlagakkan minah dua orang nie? bajet tak mo jalan2 Shah Alam. Tapi aku pun dah bosan jugak kat Shah Alam, apa je ada? tarapapa la beb.hehe Aku on je la kan sebab duduk rumah pun memang bohsan. Nana takde g rumah kawan dia. Biasala orang fameskan, kawan pun bersepah.huhu.

After solat asar, kiteorg gerak. Destinasinya Sunway Piramid. Tu yang paling dekat and tak jam. Kira dah out dari Shah Alam jugakla.hehe. Miza still dengan baju kurung kendurinya.hehe. Asalnya kiteorg nak tengok movie tapi bila sampai ramai gila orang. Confirm panggung penuh. Memang weekend selalunya ramai orang tapi kali nie luar biasa. Maybe sebab budak IPT da dpt PTPTN kan so dierog jadi berlagak sikitla kan nak jalan kt Sunway.hehe. Aku je yang sengkek JPA tak masuk lagi. 

Disebabkan perasaan Miza yang memang teruja nak tengok movie kiteorg pergi je usha cerita apa yang ada and tak full. Beratur memang panjang penuh 1 gerabak keretapi kot orang2 nie. Kiteorg plan nak tengok The tourist tapi full, Khurafat aku dengan Yanti da tengok, lain cerita macam tak berapa nak menarik. Last2 kiteorg decide tak payah tengok.huhu. 

Finally just window shopping, makan Mcflurry mudpie, and cari kedai makan yang best. Excluded Pizza hut ok sebab dah bosan sangat asal datang Sunwy je makan pizza. Kat Shah Alam pun ada pizza okay.huhu. After solat Maghrib (tyme nak solat nie ada budak malas gila nak solat.haha.) kiteorg decide makan kat subway. Nie first time aku makan subway. Ala-ala kebab la kan. Not bad la tapi makan nasi lagi best kot.hehe.

Miza bebraju kurung.

searching tempat makan yang best.
gambar curi-curi.
buat muka tak brslh je curi snap picture.

random picture

Aku+ Yanti

say no yanti.

Aku + Miza.

Teruja kan.hehe.

Selepas semua kekenyangan dan kemengantukkan. Kiteorg kembali ke pangkal jalan. hehe. Dalam kereta sempat lagi bergosip okay. Well nama pun spy kan. hehe. Anyway, saya seronok even tak de apa2 aktiviti menarik yang kiteorg jalankan. LUVE U ALL! ;) 


stay GORJEZ ok ! =)

Excited follow kerete polis ;p

Salam 1 Malaysia ;) apa khabar semua di hari sabtu yg mulia nie? hehe. mesti korang semua pergi melepak kan? tak pun g dating. Aku je tak bleh nak g dating, pakwe jauh.sob sob :(. That's not the point. Aku nak berceloteh pasal pengalaman aku drive sendiri follow kereta polis. Cuak beb!

Jap2 sebelum tu aku nak mintak maaf pada sesiapa yang terasa boring dgn blog aku sbb lately nie asek cerita benda yang sama. Al maklumla korangpu tau kan aku intertn kt IPK sekarang. So pusing2 tang tu jela ari2 kisah hidup aku. hehe. Kalau korang tak suka just exit je ok. Aku tak marah, itu hak kamu semua :)

Ceritanya macamnie (macam tukang karut la pulak) semalam kiteorang ada kes kat Sepang, kes samun kereta. Just pergi cek jela kalau ada bahan bukti. Then Tuan kiteorang cakap dah tak de kes dah boleh balik Shah Alam. Emy teiba jadi malas die suruh aku drive. Aku tak de hal, suka je. hehe. Akupun dengan lagak penuh bergaya derive(emy yang sebut macamnie).hehe. Masuk highway plus tetiba kiteorg tengok kereta polis pasang hazard lamp. Ouh nie confirm ada kes lagi. Hilux polis dah hilang entah ke mana. Then Nana call Miss Ngoi, dia inform ada kes dia suruh kteorg follow rapat sikit. Waa aku pun pecutla kan. Nerves jgk mula2 sebab dieorg bwk memang laju tak hengat la. 160km/h kot! memang dah biasa da.hehe. tapi nie feel lain sikit sebab kena kejar polis kan. Kiteorg pn berlagak macam polis jgkla kan pasang hazard lamp.;p. Takut kena tinggal beb. huhu.


Sampai highway kt area Sg. Buloh tetiba jam teruk. Hilux pun apa lagi pasang siren terus.  Time nie yang paling best sebab semua kereta ketepi. hehe.


Korang pernah? tak pernah kan :p




Tapi sedihnya bila sampai tempat kes, kteorg ingat kes bunuh(kiteorg semua dah ketagih nak tengok mayat :p) rupanya kes jumpa kelongsong peluru je. Aisehhh man membazir jugak la tenaga aku kan excited follow kereta polis.hehe. Pastu kiteorg tak bleh pulak masuk tengok dierog buat kerja. Lagi bertambah hampa.

Apapun excited biar bertempat, yang penting keselamatan diri kteorg semua. Kang jadi pape dierog tak bertanggungjawab. Lepas nie tak tau sapa pulak nak jadi rider. Dayah dengan Hanim memang takla, kalau dieorg volunteer  pun aku lagi rela turun sebab dieorg tak de lesen pun.hehe. Mungkin nana kot lepas nie? tapi aku tak berani jugak kalau budak kecik nie yang bawak. :p

muka-muka bosan kena tunggu luar.

muka-muka orang lapar.
Sampai sini dulu kawan2. Salah silap harap dimaafkan. Babai! :)

Wednesday, January 12, 2011

ting tong~


Rasa macam ting tong je kepala otak sekarang nieh.
Tak tau pehal, buat sume benda tak menjadi.
Lapo? tak mungkin.
Ngantok? mungkin.
Tapi bila acah2 pejam mata tak nak lelap pulak.
Bosan ahh macamnie.
fikiran menggerutu.
Idea tulis blog sangat ciput.
main game? rasa nak temuntah dah.
Rasa macam nak merapu macam orang tak berwawasan je.
4 bulan akan jadi  macamnie ke?
nape la aku jadi manusia tak bersyukur?
tapi memang lumrah semulajadi manusia kan tak bersyukur  dgn ape yang ade.
siapa setuju angkat dagu.ahaa. tak mustahil kan? ;p

adoooi~
dah mula rasa tak berwawasan.
bleh bantu?
'dahla anis berhenti merepek'
aku bantu diri sendiri.
ok aku berenti disini.
ting tong~

Korang nampak kat atas tu kan picture yg ada tulis 
this is boring
Itu bermaksud entry nie boring. Tapi kalau dah korang baca jugak nak wat cana.hehe. Jangan salahkan aku. Soryla sebab malam nie jadi insan tak berwawasan. Mungkin esok tidak lagi.hee.

Motif? bosan macam sicomel nieh....

B.O.S.A.N


tak berwawasan

Monday, January 10, 2011

Pengalaman pertama yang mendebarkan, menyeronokkan dan memenatkan ;)


Apa khabar orang kampung?hehe. sihat semua? harap semua baik2 saja :) dah lama aku nak tulis cerita nie tapi tulis separuh then simpan kt draft. Rasa tak de mood nak update. Bosan2 je kt rumah tapi masa banyak habis main game daripada tulis blog.hehe. Okay, tak payah merepek melalut. Korangpun nanti ngantuk nak baca kan.


Tau apa dah jadi dalam masa seminggu nie? korang taukan aku menjadi polis sementara sekarang nie. Masuk hari nie dah 5 hari aku menjalankan tugas sebagai polis forensik. hehe. Seminggu yg lepas agak bosan mula2 sebab tak de kes. Dalam ofis aku pandang muka kau, kau pandang muka aku.hehe. Dah tak de kerja sangat kiteorg main ABC kat tepi tangga.hikks :D. Ala, yang main huruf2 pastu teka. Kalau korang tak tau memang sia2 je zaman kanak2 korang.ngee~.  Hari2 aku and da geng berdoa biar ada kes.


meh tengok gambar2 kiteorg akibat kebosanan :

renyuk, goncang, makan :D


nie artis kita memang tak lepas dgn hp die.hehe




tak dok kijo namanya nie.grr~


akak hanim kitapun tak lepas dgn hp..


Masuk hari khamis baru ada kes, tu pun 1 kes je and tak menarik sangat sebab just pergi rumah OKT(orang kena tuduh). Tapi yang paling adventure part kiteorg follow kereta polis. Memang excited semua orang.hehe. Polis naik hilux kteorg naik myvi je pun. Sekali dieorg pecut memang jauh kena tinggal. Gabra semua bila tangok kereta polis jauh.haha.


Hari Jumaat hari paling best kot sebab 4 kes sekaligus daripada pagi. Hambek ko! nak sangat kes kan. Nie sume gara2 Dayah nyanyi lagu wonderpets kot.haha. Dalam unit forensik lagu tu badi sebab kalau sapa2 nyanyi lagu tu mesti kes datang berturut-turut.hehe. Pagi2 Jumaat lagi dah ada kes, first kes kiteorg kes pecah rumah kt Bandar Kinrara, rumah orang ternama jugakla. Hilang kereta peugeot yang baru tu beb. Second kes kat Kapar, kes samun. Tapi orang jahat tu bodoh nak samun tapi tengah mabuk last2 terbabas dalam semak.huhu.
haa nie dia kereta yg disamun






operasi mengesan cap jari


mencari evidence2 yg ada





Tuan ooi yang garang.euww~




Haa yang part nie kteorg dah tak fokus dah sebab dah lapar kan.hehe. So kiteorg main tangkap2 gambar la kan. As usual.hee.






Third kes kt Sg. Buloh tapi tak menarik so tak payah cerita.haha. Last kes kat Klang, kes buang bayi. kesian kot! Mak bapak tak de otak nie! anak kau sakit kau terus tak nak jagakan! Dahla buang macam anak kucing je. Pelikkan orang sekarang memang takde hati perut. Last kes kiteorg memang dah melepekla, penat kot. Lebih kurang pukul 10 baru habis kerja. Balik rumah memang tidur melepek semua orang.huhu.


Wednesday, January 5, 2011

"Berjalanlah dgn penuh harapan walaupun hidup ini selalu bahagia..sedekahkahlah satu senyuman walau dihatimu tak lg mampu bertahan..belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..berhentilah memeberi alasan walau ingin menyatakn kebenaran..hiduplah dlm IMAN walau hari dipenuhi dgn dugaan dan berpeganglah kpd ALLAH walau DIA tidak kelihatan"


=)

Tuesday, January 4, 2011

Menjadi polis sementara..


Salam 2011 semua ;). Memulakan penceritaan dengan gambar di atas. Aku polis sementara. hehe.

Yeah, hari pertama aku melapor diri di IPK Shah Alam. Pukul 8 a.m aku bersama-sama geng2 aku-Nana, Dayah and Hanim dah sampai IPK. Excited, berdebar, gemuruh semua perasaan ada. Tapi yang tak best hari first dah kena marah. Huh! sedih dan tertekan beb ;(. It's okla kot, pembelajaran.Yang paling tertekan bila dapat tau kiteorg tak de cuti, cuti hanya 4 kali dalam sebulan. Kerja hari2 sampai 9 mlm tapi dependsla kalau ada kes sahaja. best? ;p

Hari nie, second day not too bad. Menangok tak de kes.huhu. So tak pergi mana2 lagi. Juz duduk dalam bilik forensik tanpa buat apa2. But we have a task to settle down. Kena cari study case untuk mini research. Bos kami cakap 'pandang 5 tahun akan datang', 'think outside the box', at the end of the day u will come to zero' and bla bla bla. Aku tak dengar sangat sebab aku mengantuk. Bosnya cakap banyak tp benda yang sama je. hehe.

4bulan lagi nak mengharungi praktikal. Bermula saat ini akuakan menjadipolis sementara. hehe. Mungkin akan jadi seronok lepas nie bila kiteorg ikut pergi site, tengok mayat. hehe. Dieorg cakap kat Shah Alam nie macam2 kes ada. Itu yang kami nanti2kan. Tak taula camne aku pengsan ke termuntah ke tengok mayat nanti.
huu.
ada berani nak tengok? hehe




p/s : Try to be strong ;)

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Tahun baru azampun kena baru
all the best to all of you

=)