Saturday, September 28, 2013

Yeay dah kawen..

Gedik tak tajuk.hehe. Statusku seorang dah bergelar seorang isteri. Hari nie dah genap 4bulan 4hari aku telah menamatkan zaman bujan. Actually masa genap 4bulan hari tu kononya nak post entry pasal anniversary gituww tapi i bz u olls.hehe.

Ada orang tanya best ke kawen. Nak tau best ke tak nanti korang kawen korang rasala sendiri.hehe. Ada part yang best and ada jgk part yang tak berapa best. Biasalah dua manusia yang Tuhan cipta berbeza daripada segi perangai, tingkah laku duduk dalam satu rumah. Nak jadi saling lengkap melengkapi, saling faham memahami take time jugakkan. Even korang dah bercinta bertahun-tahun pun, korang tak payah nak tipula nak cakap dah kenal pasangan korang sangat-sangat. Dusta semua tu der.hehe. Nah, cuba duk seumah baru tau perangai manis dan masam pasangan memasing.

Dulu sebelum kawen, kau tau ke bilik laki kau cane? laki kau makan cane? bini kau make-up berapa lama? mandi berapa lama? tak tau kannn.hehe. Haa bila dah start kawen tu all out kau akan tau and kau kena belajar cara dia and dia pun kena belajar cara kau. Contohla, laki kau bila nak mandi suka bukak baju seluar merata-rata, baju kat bilik seluar kat ruang tamu. Kau rasa cane? rasa macam nak hentak je kepala dia kat dindingkan.hehe. Cubala buat kalau nak dapat status isteri derhaka.hehe. Ok tak best, lagi contoh lain. Laki kau bila siap makan suka tinggal sisa makanan dalam sinki. Tolong basuh bagus dah cuma sisa tu dia tak reti letak dalam tong sampah. Bengang tak? hehe. Lagi pulak kalau dapat laki yang malas tahap gaban, tak de nak tolong-tolong sikit kita buat kerja rumah. Mesti sebal je rasa.hehe

Kalau dapat laki yang ringan tulang tu sila bersyukur la ye hawa. Ingat senang ke nak dapat laki yang rajin tolong kemas rumah, tolong masak bila kau penat, tolong jemur kain, tolong lipat baju. Tapi selalu org perempuan nie ada je nak membebel tak puas hati bila laki dah tolong. Aku pun macam tu jgk kekadang.hehe. Contoh bila laki kau tolong lipat baju dengan pelbagai bentuk dan cara. Korang sabar jela tak yah nak berbulu sangat mata tengok.hehe kira dah bersyukurla dia ada rasa nak tolong.

Macam aku, nie bukan nak puji ke hape ok. Alhamdulillah aku dapat laki yang ringan tulang. Dia suka masak. Kekadan berebut nak masak.haha. Tapi aku selalu rasa tak boleh bla sebab dia suka masak ikut resepi dia sendiri. Asal boleh je.haha. Oh bab-bab mengarut nie memang pass kat dia je.hehe. Tapi aku pelik dan musykil sebab mengarut-ngarut pun tetap jadi and sedap. Tapi aku selalu tak puji depan diala.:p. Makan buat muka macam tak de perasaan je.haha. Tapi bab basuh and mengemas memang fail la.huhu. So akula kan yang kena buat. Masa memula dulu aku selalu bengang jugak dah masak tak reti nak kemas ke. Pastu lagi satu kadang-kadang dia kemas tapi sudu letak kt tempat pisau, senduk letak kt tempat sud, pinggan letak kt tempat periuk dll. Sakit je mata aku tengok.huhu. Aku memang tak suka dapur aku kotor and serabut ok. Membebel la jgk dulu, pastu bila pk2 balik takpela dia dah tolong masak apa. So sekarang kalau dia masak, aku tukang kemas. Kalau aku masak, aku jugak tukang kemas.hewhewhew.

Dah tu takkan laki aku je kurangkan. Aku pun ada jugak kurang. Okla aku mengaku aku paling tak suka, paling pemalas nak sapu rumah.haha. Aku tak suka sebab aku rasa leceh. Samala macam laki aku rasa leceh bila nak kemas and basuh pinggan mangkuk.haha. So? laki akula yang sapu rumah.hihi. Dia memang particular sikit, dia tak leh kotor-kotor, ada habuk-habuk nie.pantang. Dulu membebel jugak kt aku sebab jarang nak sapu rumah pastu dah lama-lama aku tengok dia yang buat.hehe. Fair la kan. Laki aku memang pembersih, kadang-kadang bilik tidur, ruang tamu dia yang kemas. Alhamdulillah. :).

Dalam hidup nie, lagi-lagi dalam kehidupan berumahtangga kita tak bolehla nak orang ikut kita and ikut cara kita je. Tolak ansur tu penting. Kalau laki kau tak suka macamtu, kau tryla tak payah buat apa yang dia tak suka. Kalau kau pun ada benda yang kau tak suka laki kau buat, tegurla elok-elok. Nanti lama-lama dia akan faham apa yang kau tak suka. Tu pun kalau jenis yang makan samanla.hehe. Tapi selalunya dieorg akan cuba faham jugak sebab tak nak cair taik telinga dengar bini membebel.hehe. Nie konsep memahami dan melengkapi la nie. Kalau kau tak cuba faham and TAK NAK faham, benda-benda simple pun boleh jadi sebab bergaduh. Aku ingat dulu masa g kursus kawen, ustaz yang bagi ceramah tu cerita ada pasangan suami-isteri nak bercerai disebabkan ubat gigi je. Ha kau tak rasa pelik ke.huu. Kesnya laki dia suka picit ubat gigi kt bahagian tengah pastu suka biarkan meleleh-leleh keluar. Bini dia pulak sakit mata tengok. Tegur sampai bergaduh teruk. Boleh bayangkan? hee. Macam-macam lagila kes bercerai yang bila kau dengar kau rasa macam tak logik je.

Macam kami pun sekarang nie masih dalam proses memahami. Orang kata nak betul-betul kenal ambil masa dua ke tiga tahun. Lama lagi weh. Banyak lagi nak kena belajar. Aku rasa semua orang yang dah kawen semua dah facing fasa-fasa yang macam aku cerita kat atas. Yang penting tolak ansur, iman pun kena kuat. :)
Tak de apa yang aku harapkan melainkan perkahwinan yang terbina nie berkekalan hingga ke jannah.

Okla aku rasa macam terpanjang je entry kali nie.kihkih. Syok sangat bercerita.hehe. Sebelum tu nak tepek sikit gambar-gambar kawen. :D









No comments:

Post a Comment