Saturday, March 5, 2011

Berbicara tentang arak.

Assalamualaikum.

Setuju atau tidak semakin ramai yang menganggap minum arak itu perkara biasa? Minum tanpa rasa bersalah. Semakin maju negara kita semakin teruk anak-anak bangsa kita.Setuju? Gejala sosial semakin berleluasa terutama di kalangan anak-anak Melayu yg IC nya terpampang perkataan ISLAM. 


Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Semua tahu kan arak tu ibu segala maksiat. Arak penyebab berlakunya perbuatan keji yang lain seperti rogol dan bunuh. Arak perosak akal fikiran dan kesihatan. Arak juga merosakkan akhlak dan akidah seseorang. The worst parts of arak>> menimbulkan kebencian dan permusuhan diantara manusia dan juga memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara

Realitinya arak itu lebih banyak keburukan daripada manfaatnya. Antara keburukannya :
  • Boleh merosakkan selaput lendir perut serta menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian lain tubuh manusia, terutama jantung dan buah pinggang.
  • Menjadikan seseorang sesak nafas kerana alat pernafasan terganggu
  • Minum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan menyebabkan barah perut.
  • Boleh menyebabkan kematian mengejut akibat tekanan kuat alkohol kepada hati dan jantung.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Kita hidup sebagai hamba Allah. Perkara lain kita boleh tunaikan tapi adakalanya hukum Allah kita abaikan.
Kita bangga menjadi orang Islam tapi apa gunanya kebanggaan jika Islam itu sekadar nama sahaja. 


p/s : Aku hanya insan biasa yang tak pernah lepas melakukan kesilapan.
p/s/s : Kalau ada salah dan silap tolong tunjukan. Terima kasih.:)

Teruskan bersujud pada yang ESA.

Thanx for reading this `picisan' blog. ;)

1 comment: