Saturday, December 11, 2010

Part time job

Salam semua. sihat? harap semua sihat untuk menjalankan hari-hari yang penuh berliku nie. Ceh, berbunga-bunga pulak ayat aku.hehe. Kali nie nak cerita pasal kije part time sempena cuti sem nie kan.huhu. Kita tengok dulula gambar then baru nak cite kije ape yang aku buat. :D



Jadi chef :p


Sempat lagi senyum :D


Bukan lakonan ok.hehe


Agak-agak apa kije aku nie ek? hehe. Actually aku tolong mak cik aku catering. Tapi bukan catering orang-orang kahwin Mak cik aku amek tender kt dlm UTM. Best memang best tapi lepak beb. Nak dijadikan cite plak mak cik aku boleh demam plak and now sekarang dekat hospital sebab denggi. Kesian. Kiteorg semua dah kalut fikir siapa yang nak kena masak nie. Mak cik aku suruh aku yang masak. Mula rasa nak gelak jugak sebab fikir aku ke yang nak kena masak? bukan tak reti beb tapi masalhnya nak bagi orang ramai makan bukan setakat 4,5 orang je. Dahla untuk orang-orang bekerjaya. Kebetulan pulak menu hari tu nasi tomato.vava. Mak cik aku bagi resepi aku pun main beduk jela masak. Jadila jugak. tak taula sedap ke tak. hehe. Ikut tekak aku rasa dah ok dah. Selain jadi tukang masak aku dengan adik aku ditugaskan menghantar makanan. Sakit pinggang beb ulang alik angkat pinggan semua. Nak buat macammana dah takde lelaki yang boleh menolong. Balik memang lepakla. Makan memang tak lalula dah penat-penat macam tue.

Tapi yang paling best dapat gajila kan. Itu je point. haha. Memandangkan akupun kekurangan duit that's why la aku buat kije part time nie. Daripada nak mencari kije kt supermarket tak berbaloi kot sebab tak dapat gaji terus. hehe. Nie sekali ade function aku terus dapat gaji. Tu yang best. hehe. Yela, takkan aku nak duk goyang kaki je kat rumah mintak duit dengan abah aku je kan. Malula beb dah besar kan takkan nak mintak-mintak lagikan. Takpe-takpe nanti aku dah kije aku akan balas jasa mama and abah aku. :). InsyaAllah.

Okla dulu memang nak cite pasal nie je pun.hehe.

=)

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment