Tuesday, December 7, 2010

1 Malaysia 1 Ummah

Salam semua. apa khabar? Harap semua ok2 :) Seperti semua sedia maklum hari ni 1 Muharam 1432H, permulaan tahun baru bagi umat islam. Entry kali ini tema untuk maal Hijrah atau Awal Muharam '1 Malaysia 1 Ummah' bersesuaian dengan pembangunan negara kita sekarang yang mementingkan perpaduan rakyat seMalaysia. Tapi macam sedih sikitla kan kita duduk di negara islam tapi sambutan maal hijrah tak sehebat sambutan new year kan. Sepatutnya kita ikut kalendar islam kan tapi kita sendiri menggunakan kalendar kristian. Wallahualam...


Maal Hijrah merupakan hari memperingati penghijrahan Nabi Muhamad dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622M dan merupakan hari keagamaan di mana umat islam mengadakan solat sunat di masjid-mesjid di seluruh negeri. Hijrah bermaksud perpindahan. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.


Tahun baru sepatutnya kita pun punya azam yang baru kan. Bukan tunggu nak sambut new year je kena ada azam baru kan. Bagi aku yang dah besar panjang nie, aku berusaha untuk meningkatkan ilmu agama dalam diri sendiri selain berazam untuk menjadi insan yang tidak lalai pada hukum agama, InsyaAllah. Bagi aku memantapkan diri ke arah itu penting sebab bila kita dah kahwin nanti tangungjawab kita amat besar untuk mendidik anak-anak mengikut syariah islam. Betulkan kawan-kawan? :)


Okla apepun mari kita sama-sama berhijrah menjadi yang lebih baik. Kita saling ingat-mengingati tak salahkan? sebab manusia nie sentiasa lalai.


Kalau ada salah silap entry kali nie, tolong tegur ye :)


'1 Malaysia 1 Ummah'





2 comments:

  1. jadi sesuailah dikatakan azam ko untuk tahun baru nie adalah untuk menjadi isteri solehah?dan sudah berfikir nk kawen la kan?haha

    ReplyDelete
  2. uish haha bkn brsdedia nk kawenla. tp tu sume persediaan akan dtg. :)

    ReplyDelete