Friday, February 17, 2017

Jawapan yang dah dijangka

Assalamualaikum,

Ok entry kali ni agak panjang...

13 Feb haritu merupakan first appointment aku di Klinik Dr Hamid Arshat. Aku call untuk appointment pada bulan lepas, Jan 2017. Masa call untuk appointment tu memang 2,3 hari jugakla baru dapat, line busy je mesti ramai orang yang call jugak. So, dipendekkan cerita aku dapat date 13-Feb-2017, tapi dengan Dr Aimi(menantu Dr Hamid), nurse tu cakap kalau nak jumpa Dr Hamid boleh tapi kena queue lama lagi, mungkin bulan 7 atau 8. Aku tak kesah je dengan Dr Aimi sebab aku ada baca a few blogs yang inform bila dah buka kes akan refer dengan Dr Hamid juga. Kejap lagi aku cerita pengalaman aku jumpa dengan Dr.

Hari yang dinantikan tiba,  aku punya appointment pukul 2 ptg. So, dalam pukul 12.30 tu aku dah gerak daripada ofis, nasibla klinik Dr dah pindah kat Bukit Jalil dekatla sikit dengan rumah dan ofis aku. Kena pergi awal ye sebab tak nak menunggu lama, dalam pukul 1 aku dah sampai dh, terus tinggal I/C dekat meja pendaftaran, dapat nombor 2  Then aku terus keluar nak pergi makan and solat dulu, sebab time lunch kn staff pun takde, tengah rehat. Ouh ye, untuk pengetahuan aku ni sejenis manusia yang suka buat research sebelum buat apa2, jadi aku memang menggunakan perkhidmatan google sebaik mungkin. haha. Aku dah google dah awal2 apa yang nak kena buat kalau first time pergi sana and apa procedure yang doktor akan buat.hihi. Kalau korang tak tinggal I/C lambat la korg dapat turn walaupun korang sampai awal. Konsep kat sana 1st come 1st serve. Berbalik cerita tadi, Aku sampai balik semula klinik dalam pukul 2.15 mcmtu, aku tengok dah ada orang lain daftar dulu. Ahh sudah mesti nama aku dah dipanggil tadi. Aku pun masuk bilik daftar tu tanya dan memang dieorg dah panggil pukul 2 tadi lagi. haha. Nasibla aku pergi tanya kalau tak lambat la dapat giliran. So, settle daftar kena tunggu jumpa Dr pulak. Aku dah pasrah dah sebab kalu tak silap aku turn no. 4. pasangan pertama dah masuk jumpa Dr dalam15 minit macamtu, lepas dieorang dah keluar, nama aku nurse panggil. Eh la dapat jugak nombor 2 rupanya.hihi. Maybe nurse ikut turutan masa kita tinggal I/C.

Masuk je bilik rawatan, Dr Aimi terus nak proceed dengan TVS, TVS ni scan rahim melalui vagina. Don't worry tak sakitpun. Aku dah pernah buat juga sebelum ni. Dr godek2 ke kiri dan ke kanan, muka serius macam nampak sesuatu yang tak elok je. Then Dr cakap "macam ada ketumbuhan dekat rahim. Ovari kiri nampak besar sikit daripada ovari kiri dan rahimpun macam bengkak sikit". Respon aku "ouh yeke". Tak tau nak respon apa, terperanjat pun tak juga sebab macam dah jangka ada something yang tak kena dengan rahim aku. Sebabnya memang senggugut teruk setiap kali period.

Ok dh settle TVS Dr Aimi ajak masuk bilik dia untuk details explanation. Dr cakap rahim aku retroverted. Yang ni memang aku sedia maklum sebab dah pernah buat TVS sebelum ni. Then Dr tunjuk gambar scan yang dia print. Dr tunjuk ketumbuhan yang dia maksudkan td, dalam 2cm katanya. Dr kata kemungikan endometriosis. Nanti next visit jumpa Dr Hamid untuk pengesahan lebih lanjut. Dan Dr ada inform pasal operation, mungkin kena proceed untuk betulkan rahim dan tengok apa masalah di dalam rahim.

Ok settle semua pergi ambil ubat dan pembayaran. Oh jangan lupa dapatkan tarikh next appointment. 14 March nanti aku akan jumpa dgn Dr Hamid. Memang tujuan aku ke klinik Dr Hamid pun adalah untuk request buat laparascopy. Macam aku mention tadi aku ni sejenis yang suka membaca, jadi aku memang dah expectla ada yang tak kena dengan rahim aku. Nak kata sedih tu entahla, sedihla jugak sikit tapi lebih kepada bersyukur dan berpuas hati sebab at last dapat tau juga apa masalah selama ni. Huhu. Dan ada sedikit tak puas hati dan terkilan sebab hampir 2 years buat treatment di hospital kerajaan tapi kenapa Dr tak pernah detect problem ni? Huhu. Nantila kalau ada masa aku cerita pengalaman treatment sebelum ni.

Ouh ye, kos rawatan untuk hari ni

Total RM 261
Ni ubat yang klinik bagi. 
Tak sabar tunggu bulan 3 nak jumpa Dr Hamid. Nanti aku share lagi.

Wassalam..

Thursday, January 12, 2017

Ikhitar hamil - Pemakanan

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru 2017. Harap tak lambat lagi wish. hehe.
Tahun ni dah masuk 3 series. Wuhuhu.

Memandangkan azam tahun baru ni nak berTTC dengan lebih gigih lagi, so aku dah plan bermacam2 usaha(selain darpiada treatement di hospital), antaranya usaha dari segi pemakanan dan juga rawatan traditional. Tapi yang penting sekali kita kena tau dulu ye condition body kita, why still can't consume. Maybe ada masalah hormon ke, cyst, fibroid etc.. point yang aku nak sampaikan ialah kenala jumpa doktor dulu sebelum berusaha cara lain. Ada sesetangah orang rajin pergi berurut dan makan macam2 tapi takut nak jumpa doktor. Kalau tak jumpa doktor macammana kita nak tau kan apa masalah kita. Itu pendapat akula since aku dulu belajar jugak a bit about science medical.hewhew.

Ok dari segi pemakanan, yang pertama aku amalkan minum susu kambing. Sebelum ni dah pernah minum jugak tapi biasala tak consistent. Harap-harap kali ni istiqamah lah. Aku pilih Lazz susu kambing sebab sebelum ni pun memang dah pernah minum. Bagi aku Lazz susu kambing ada rasa pure susu kambing tu tapi tak bau hamis ye. Sebelum ni pernah pergi Food Festival, banyak booth yang jual susu kambing. Aku pun tryla a few produk tapi kebanyakannya rasa gula, tak rasa pure susu kambing. huhu. So bagi aku Lazz susu kambing highly recommended bagi sesiapa yang tak suka bau hamis kambing.Ini cadangan sahaja sebab dah try sendiri tapi korang boleh try juga yang lain :).


Yang aku minum ni campuran kurma, actually nak beli yang asli tapi lupa nak cakap dengan agent Lazz so diapun ingat kita nak yang kurma sebab selalu untuk org yang ikhtiar untuk hamil minum yang campuran kurma ni. hehe. Tapi takpela mana2 pun ok je. So sesipa yang nak cuba Lazz susu kambing boleh beli dengan agent-agent yang berdekatan dengan korang. Boleh rujuk website lazzsusukambing.
Ok ni bukan iklan berbayar ye. hehe. Benda bagus saja share, mana tahu boleh sama-sama dapat manfaat. :)

Yang kedua, aku amalkan makan kurma. Kurma Ajwa ni dapat dari Mekah, mak mertua belikan masa pergi umrah hujung tahun haritu. Kurma Ajwa yang aku ada ni agak keras sikit, kononnya nak rebus dengan susu kambingla sebab tula tadi cerita sebenarnya nak beli susu kambing yang pure.hehe tapi dah terbeli yang campuran kurma jadi aku rebus semua kurma Ajwa ni buat Jus simpan dalam peti. hihi.

Kurma Ajwa dari Mekah
Ok yang ni debunga kurma juga dapat dari Mekah. Rasanya kat Malaysia macam susah sikit nak dapatkan debunga ni. Debunga kurma ni juga memang orang guna untuk merawat ketidaksuburan suami isteri. Banyak kahsiat yang boleh didapati antaranya:
1. Meningkatkan kualti dan kuantiti sperma.
2. Menguatkan rahim supaya tidak mudah keguguran
3. Meningkatkan tenaga batin.
Debunga kurma

Actually bila aku google ada banyak cara pengambilan debunga kurma. Yang aku baca boleh campur dengan madu asli ataupun susu kambing. Dekat dalam kotak debunga kurma pun ada instruction cara pengambilan. Terkejut Iolls tengok instruction dalam Bahasa Melayu.hihi. Mak mertua kata kebanyakan orang Arab memang pandai Bahasa Melayu mungkin sebab yang paling ramai pergi ke Mekah ialah orang Malaysia dan juga Indonesia. Yelah Indonesia language pun lebih kurang kita jugakkan. Ok back to our topic, dekat instructon suruh campur dengan susu.

Cuit sikit je dengan sudu plastik ye, then campurkan dalam air Lazz susu kambing yang kita dah beli tu. Lepastu minumla sesama dengan cik abang. Sebelum minum tu bacala doa dapatkan zuriat, selawat dan berdoala semoga dipermudahkan semuanya. Debunga kurma ni boleh amalkan waktu pagi sebelum sarapan ataupun malam sebelum tidur. Aku dan husband amalkan waktu malam. Ada a few blog kata elok amalkan waktu malam sebelum bersama dan masa period stop sekejap pengambilan sebab takut mengganggu hormon dalam badan (kajian di Iraq).

Selain tu boleh juga amalkan Jus delima, yang aku makan jus delima gulsan. Sekarang stock dah habis.hehe. tak sempat lagi nak beli. One thing yang aku rasa bila amalkan jus delima, period pain berkurang. Amalkan setiap pagi ye sebelum sarapan okay. Selain tu amalkan pemakanan yang sihat(mood diet.haha). Fast food kalau boleh elakkan.

Oklah rasa macam dah panjang sangat dah ni.hehe. Semoga aku terus istiqamah dan tidaklah hangat-hangat tahi ayam. hehehe. Nanti next entry aku share rawatan traditional yang aku plan nak cuba. Tak slah kita cubakan, mencuba ni samala konsep dengan kita berusaha. Allah kan galakkan hambaNya berusaha. Tapi jangan stress2 ye. Think positive setiap usaha pasti ada ganjaran yang Allah akan beri and one more thing jangan sesekali putus asa jika kita hendakkan zuriat melainkan dah tertulis tiada rezeki kita. Allah sebaik-baik perancang dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita :)


Thursday, December 29, 2016

Welcome back

Assalamualaikum.

Last entry in September 2014. fuyoo almost 2 years. haha. Since today lagi 2 hari nak masuk new year, so aku berazam untuk tahun 2017 nak aktif berblog semula (hopefully) but the content is quite different from a previous entry. Layout pun dah baru uolls hihi dengan harapan rajinlah aku mengupdate blog.

Aku nak nukilankan perjalanan dan usaha aku untuk mendapatkan zuriat. Senang cerita TTC Blog. Ouh ye bagi yang tak tau apa tu TTC, TTC means trying to conceive. Actually dah 1 year dh TTC. huhu. Memandangkan awal tahun baru 2017 aku akan start treatment di tempat baru, so aku akan share sedikit sebanyak procedures yang akan dijalankan. Mana tahu kot boleh membantu korang yang sudi membaca :)

So apa azam 2017? azam aku sama sahaja macam tahun-tahun terdahulu. Yang utama semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya. Kalau dalam bab zuriat, mohon Allah makbulkan permintaanku ini dan semoga usaha treatment aku ditempatk baru dipermudahkan. Last but not least, Don't forget Allah is the best planner.


See you soon 2017!