Thursday, January 12, 2017

Ikhitar hamil - Pemakanan

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru 2017. Harap tak lambat lagi wish. hehe.
Tahun ni dah masuk 3 series. Wuhuhu.

Memandangkan azam tahun baru ni nak berTTC dengan lebih gigih lagi, so aku dah plan bermacam2 usaha(selain darpiada treatement di hospital), antaranya usaha dari segi pemakanan dan juga rawatan traditional. Tapi yang penting sekali kita kena tau dulu ye condition body kita, why still can't consume. Maybe ada masalah hormon ke, cyst, fibroid etc.. point yang aku nak sampaikan ialah kenala jumpa doktor dulu sebelum berusaha cara lain. Ada sesetangah orang rajin pergi berurut dan makan macam2 tapi takut nak jumpa doktor. Kalau tak jumpa doktor macammana kita nak tau kan apa masalah kita. Itu pendapat akula since aku dulu belajar jugak a bit about science medical.hewhew.

Ok dari segi pemakanan, yang pertama aku amalkan minum susu kambing. Sebelum ni dah pernah minum jugak tapi biasala tak consistent. Harap-harap kali ni istiqamah lah. Aku pilih Lazz susu kambing sebab sebelum ni pun memang dah pernah minum. Bagi aku Lazz susu kambing ada rasa pure susu kambing tu tapi tak bau hamis ye. Sebelum ni pernah pergi Food Festival, banyak booth yang jual susu kambing. Aku pun tryla a few produk tapi kebanyakannya rasa gula, tak rasa pure susu kambing. huhu. So bagi aku Lazz susu kambing highly recommended bagi sesiapa yang tak suka bau hamis kambing.Ini cadangan sahaja sebab dah try sendiri tapi korang boleh try juga yang lain :).


Yang aku minum ni campuran kurma, actually nak beli yang asli tapi lupa nak cakap dengan agent Lazz so diapun ingat kita nak yang kurma sebab selalu untuk org yang ikhtiar untuk hamil minum yang campuran kurma ni. hehe. Tapi takpela mana2 pun ok je. So sesipa yang nak cuba Lazz susu kambing boleh beli dengan agent-agent yang berdekatan dengan korang. Boleh rujuk website lazzsusukambing.
Ok ni bukan iklan berbayar ye. hehe. Benda bagus saja share, mana tahu boleh sama-sama dapat manfaat. :)

Yang kedua, aku amalkan makan kurma. Kurma Ajwa ni dapat dari Mekah, mak mertua belikan masa pergi umrah hujung tahun haritu. Kurma Ajwa yang aku ada ni agak keras sikit, kononnya nak rebus dengan susu kambingla sebab tula tadi cerita sebenarnya nak beli susu kambing yang pure.hehe tapi dah terbeli yang campuran kurma jadi aku rebus semua kurma Ajwa ni buat Jus simpan dalam peti. hihi.

Kurma Ajwa dari Mekah
Ok yang ni debunga kurma juga dapat dari Mekah. Rasanya kat Malaysia macam susah sikit nak dapatkan debunga ni. Debunga kurma ni juga memang orang guna untuk merawat ketidaksuburan suami isteri. Banyak kahsiat yang boleh didapati antaranya:
1. Meningkatkan kualti dan kuantiti sperma.
2. Menguatkan rahim supaya tidak mudah keguguran
3. Meningkatkan tenaga batin.
Debunga kurma

Actually bila aku google ada banyak cara pengambilan debunga kurma. Yang aku baca boleh campur dengan madu asli ataupun susu kambing. Dekat dalam kotak debunga kurma pun ada instruction cara pengambilan. Terkejut Iolls tengok instruction dalam Bahasa Melayu.hihi. Mak mertua kata kebanyakan orang Arab memang pandai Bahasa Melayu mungkin sebab yang paling ramai pergi ke Mekah ialah orang Malaysia dan juga Indonesia. Yelah Indonesia language pun lebih kurang kita jugakkan. Ok back to our topic, dekat instructon suruh campur dengan susu.

Cuit sikit je dengan sudu plastik ye, then campurkan dalam air Lazz susu kambing yang kita dah beli tu. Lepastu minumla sesama dengan cik abang. Sebelum minum tu bacala doa dapatkan zuriat, selawat dan berdoala semoga dipermudahkan semuanya. Debunga kurma ni boleh amalkan waktu pagi sebelum sarapan ataupun malam sebelum tidur. Aku dan husband amalkan waktu malam. Ada a few blog kata elok amalkan waktu malam sebelum bersama dan masa period stop sekejap pengambilan sebab takut mengganggu hormon dalam badan (kajian di Iraq).

Selain tu boleh juga amalkan Jus delima, yang aku makan jus delima gulsan. Sekarang stock dah habis.hehe. tak sempat lagi nak beli. One thing yang aku rasa bila amalkan jus delima, period pain berkurang. Amalkan setiap pagi ye sebelum sarapan okay. Selain tu amalkan pemakanan yang sihat(mood diet.haha). Fast food kalau boleh elakkan.

Oklah rasa macam dah panjang sangat dah ni.hehe. Semoga aku terus istiqamah dan tidaklah hangat-hangat tahi ayam. hehehe. Nanti next entry aku share rawatan traditional yang aku plan nak cuba. Tak slah kita cubakan, mencuba ni samala konsep dengan kita berusaha. Allah kan galakkan hambaNya berusaha. Tapi jangan stress2 ye. Think positive setiap usaha pasti ada ganjaran yang Allah akan beri and one more thing jangan sesekali putus asa jika kita hendakkan zuriat melainkan dah tertulis tiada rezeki kita. Allah sebaik-baik perancang dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita :)


No comments:

Post a Comment