Showing posts with label Endometriosis. Show all posts
Showing posts with label Endometriosis. Show all posts

Sunday, December 17, 2017

Cerita clomid dan IUI

Assalamualaikum..

Harini masuk hari ke-4 on clomid. So far okay je, takdela rasa effect makan clomid macam orang lain. Maybe sebab makan sebelum tidur, kalau makan siang mungkin rasala kot. Sebelum ni tahun 2014 kalau tak silap dah pernah on clomid juga 1 cycle, dose paling rendah-50mg. Tapi kali ni Doc Hamid prescribed 150mg sehari. Harap2 membesar dengan jayanya la telur-telur ku. hihi.

Sebelum tu nak cerita, haritu masa review result HSG supposedly dpt clomid sekali tapi kebetulan habis stock pulak jadi kena pergi beli sendiri. Nurse bagi surat rujukan untuk prescribed clomid so pergila beli kat mana2 farmasi. Aku pun pergi ke farmasi area rumah, memang boleh kata farmasi favourite la ni sebab harga murah dan banyak jenis supplement yang dieorang jual.

Dipendekkan cerita, akupun cakap dekat salesman nak beli clomid tunjuk terus surat rujukan. Budak tu pun kira2 berapa biji aku nk kena beli. Since aku kena consume 3biji sehari selama 5 hari, total adalah sebanyak 15biji. So kenala beli 2 papan(1 papan=10biji). Adala lebihan 5 biji. Eh!dah macam blaja math plk. Haha. Masa nak bayar baru tanya harga dan budak tu kata harganya RM110. Aku macam 'ehhh biar betul mahalnyaaa' terus pandang suami aku dgn muka berkerut. setahu akula drp apa aku pernah baca kt blog ttcian lain dan tanya kawan2 takdela mahal sgt sampai cecah RM100. Jenis aku pulak kalau dah tanya2 tu takkan nak cancel pulakkan, so aku redha jelah bayar. Huu

Pastu tk puas hati trus whatsapp kawan yg baru je buat iui. Dia cakap dia beli RM49 je. Huaa. Ke korang rasa tu harga biasa?. Maybe sbb clomid tu ubat terkawal jadi tu yg farmasi tu jual mahal kott. Takpela dah terbeli nak buat cane. Moganya telur2 sihat dgn jayanyala makan clomid mahal ni. Haha

Sekarang tengah berkira-kira samada nak proceed iui terus atau tak. Plan macam nak try naturally dulu next cycle baru proceed iui. Tapi next cycle  ada hal pulak time nak buat iui tu. Untuk cycle ni pulak 26hb(CD14) nanti next appointment utk tvs & iui terus. Kalau ikut pengalaman aku guna opk selalunya aku ovulate masa CD12. Risau 26hb tu dah terlepas ovulation. huu. Nak set masa CD12 tak boleh sebab weekend and 25hb pulak cuti krismas. Mintak dgn nurse 22hb(CD10) katanya awal sgt pulak takut telur tak cukup matang lagi. Poning den mikirnya!. Hari2 I tanya husband I macammana ni. hihi

Lepas dah discuss dgn husband, dia cakap pergi jela 26hb tu kalau memang tak ovulate lg baru decide nak buat iui terus ke tak. Sekarang ni dia kata tak yah pening nk fikir2. Senangkan jawapan dia. Haha. Memandangkan akukan isteri mithali kan so aku ikut jela apa yg husband cadangkan. Nanti 26hb la baru decide 😁

Okla tu je nak cerita. Sorryla ni sbenarnya cerita merapu je.haha. nak meluahkan je kecelaruan kat kepala. Biasala aku suka fikir lebih2. Korang doakanla eh semuanya dipermudahkan. Nanti aku update apa kesudahannya. Hihi

Wassalam..

Friday, May 5, 2017

Esok..

Assalamualaikum,

Esok hari yang dinanti-nanti. Berdebar pulak rasa. huhu. Aku pun tak sangka secepat ini. Alhamdulillah ni semua jalan yang Allah dah lorongkan. Bila fikir-fikir balik, mudah je jalan yang Allah tunjukkan ni. Jadi, apa lagi yang patut aku tak bersyukur?

Esok pukul 8.30 a.m dah  kena ada di klinik. Mungkin aku orang pertama yang kena masuk OT.

Semoga semuanya dipermudahkan olehNya. InsyaAllah usaha yang aku lakukan ini akan mendatangkan hasil nanti, dengan izin Allah.

Wassalam..

Saturday, April 8, 2017

14 March 2017 - First Appointment with Dr Hamid Arshat

Assalamualaikum,

Lamanya tak bersiaran. huhu. Tak sempat nak update blog sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan bulan March haritu.

Ok, harini nak cerita pasal appointment dgn Dr Hamid hairtu. Since appointment pukul 8 pagi, sebelum pukul 7 lagi aku dan husband dah keluar rumah. Ni semua gara2 nak elakkan jam dan tak nak queue lama kat klinik nanti. Macam biasalah kat KL ni seawal 6 pagi pun dah jam.haha. Sampai klinik pukul 7.50 a.m, kaunter daftar masih tak buka lagi dan dah ada dalam 4 orang yang menunggu. Pukul 8 macam tu staff yang uruskan pendaftaran buka je pintu, terus ramai2 serbu masuk bilik pendaftaran (gimik je ni). haha.

Masa tunggu tengah tunggu turn tu tetiba terjumpa dengan classmate masa belajar dulu. Dia bawak wife dia follow up dengan Dr Hamid. Wife dia dah pregnant dalam 4 bulan macam tu. Berborakla dengan dieorg sementara tunggu turn, takla bosan sangat menunggu. hihi. Wife dia dulu dah pernah pregnant tapi gugur sebab kandungan takde heartbeat tapi alhamdulillah sekarang dah pregnant semula. Dieorang ni dah lama dah treatment dengan Dr Hamid since 2015 lagi. Setahun dieorg tunggu untuk jumpa Dr. daripada 1st day dia call klinik.huhu. Jadi, aku pun bersyukurla sebab aku haritu tunggu tak sampai sebulan. Nampak tak cantik perancangan Allah :)

Ok, back to my story. Dalam pkl 9 macamtu nama aku dipanggil, first sekali kena buat TVS macam haritu. Kali ni yang buat scan tu HO dari Hospital Pantai, rasanya satff Dr. Hamid juga. Lama jugakla dia scan tu, godek ke kiri & kanan & snap picture. Bila dah siap, kena tunggu kat luar semula untuk jumpa Dr Hamid kat bilik sebelah. Perasaan masa tu excited + teruja + takut, first time kan nak jumpa sendiri Dr. huu.

Tak lama pun menunggu, 5 minit pun tak sampai. hehe. Masuk je bilik Dr, Dr. bagi salam dan bersalam dengan husband. Dr. terus explain tentang masalah aku, dia lukis keadaan rahim aku kat atas kertas. Rasanya siapa yang dah pernah jumpa Dr, memang dia akan buat benda yang sama. Dr. explain apa tu endometriosis, adenomyosis dan kat mana cyst dan ketumbuhan aku. Aku saja jela tanya Dr, endometriosis aku ni agaknya dah stage berapa. On the spot Dr. jawab, "kalau tengok keadaan rahim awak ni, dah stage 4 ni". Huarghh perasaan masa Dr. cakap macam tu tak tau nak digambarkan. Tak expect la pulak dah sampai stage 4. huhu. Apa2 pun aku redha je.

Then, Dr bagi tips-tips untuk kawal pembesaran cyst dan rahim daripada semakin membengkak. Antara tips2 yang Dr. advise;

1. DIET - Sangatla penting sekali terutama sekali bagi pesakit endometriosis. Boleh refer kat this website www.endo-resolved.com. Ada details food t oavoid for endometriosis people.
2. Exercise - Dr. Hamid cakap tak perlu pun exercise yang terlalu extreme. Dr. suggest yoga. Boleh search kat you tube - yoga for fertility.
3. Kawal stress/relax kan minda. Yang ni pun bagi aku sangat penting. Bila kita stress environment kita pun akan jadi negative, so kita senang nak sakit.
4. Amalkan Lemon juice & apple cider/vinegar.
5. Ambil supplement kesihatan - Vitamin C, Vitamin E, Habatussauda.

Macam kes aku ni Dr. memang suggest untuk buat laparoscopy. Dr. pun explain procedure yang akan dilakukan semasa laparoscopy iaitu betukan kedudukan rahim yang terbalik, remove cyst(3cm) dan remove adenomyosis.  Disebabkan aku nak bayar secara cash jadi boleh dapat tarikh operation tu awal sebelum bulan puasa. Tak perlu waiting terlalu lama untuk dapatkan tarikh. Dr. suruh aku jumpa SN Siti untuk daptkan tarikh operation.

Dipendekkan cerita, dapat date 06 May 2017. Tak lama dah ni, sebulan je lagi. huhu. Perasaan? tak fikir sangat sebab bila fikir macam2 perasaan datang. So, aku buat biasa jela ikut tips2 yang Dr. bagi. Akuikut diet yang Dr. pesan dan hasilnya berat pun turun sebanyak 5 Kg. hihi. Takpela asalkan sihat. :)

Ok tu jela dulu, niatnya nak tulis pendek je tapi macam dah berjela-jela je jugak. haha. Korang yang baca ni, doakan aku eh! Hopefully semuanya dipermudahkan :).

Wassalam...