Thursday, November 7, 2013

Insafi diri

Assalamualaikum.

Dalam hidup nie, kadang kita rasa kita orang paling susah. kadang kita rasa kita orang paling malang tapi hakikatnya kita kena sedar ada lagi orang yang jauh susah dan kurang upaya daripada kita. Just nak share gambar-gambar yang menyentuh hati aku pagi nie.

Calon SPM yang menggunakan CCTV kerana cacat penglihatan
Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Calon SPM menggunakan kaki kerana dilahirkan tanpa kedua-dua tangan
Sumber : http://www.hmetro.com.my/

Sumber : google image
Sumber : google image
Sumber : google image

Oleh itu, kita yang cukup sempurna dan masih berupaya nie kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan asek nak merungut itu dan ini je. (Peringatan untuk diri sndiri juga). Kang nanti Tuhan tarik nikmat yang dia bagi baru tahu kan.

Sama-samalah kita insafi diri. :)




Monday, November 4, 2013

Tulisan pantas

Assalamualaikum semua.

Cuba menulis selaju mungkin.hehe. Lama tak update blog, biaslah hujung-hujung tahun macamnie memang busy sikit dengan kerja. Banyak benda nak post tapi semua kat dalam draft.hehe.

Post yang tak de motif apapun. Just nak wish salam Maal Hijrah semua. So apa azam tahun baru anda?
hehe. Sebetulnya setiap tahun Hijrah kita kena ada azam jugak, bukan tunggu new year je. Betul tak?

Untuk diri aku, tak lain tak bukan mestilah nak jadi Hamba Tuhan yang sebenar-benarnya. Tu azam utama. Diri nie banyak kurang lagi, kadang-kadang tahap iman tinggi, kadang-kadang tahap iman merundum. Fail lagi dengan godaan-godaan syaitan.

Azam kedua, nak jadi isteri yang mithali, yang taat kepada suami yang sentiasa meneyangi hati suami baru cium bau syurga weh! aku nie ada masalah cepat nak marah sikit, suka tetiba nak naik angin. tu perangai yang akan aku cuba kikis. Mudah-mudahan Tuhan bantu aku.

Azam ketiga, nak dapatkan zuriat. Dah nak masuk setengah tahun aku kahwin, memnag nak sangat pregnant cepat-cepat.hehe. Cuma tak de rezeki lagi. Yang nie pun aku harap Tuhan dengar dan kabulkan permintaan aku.Tuhan lagi tahu yang terbaikkan dan Allah is the best planner kn? :)

Banyak lagi azam sebenarnya, tapi yang dah listed nie tulah yang paling utama. Moga Tuhan dengar.

So, nama pun tulisan pantas kan. Habis dah. hehe.

Bye,
Salam

Wednesday, October 16, 2013

Hidup ini tak kan pernah habis

Hidup ini macam tula
penuh dengan pelbagai soalan yang tak henti-henti
soalan-soalan daripada orang-orang yang sibuk
sibuk nak tahu pasal hidup kita
Kalau untuk mendoakan yang baik-baik
Alhamdulillah la jugak
tapi lagi banyak yang sebaliknya

Bila kau tak jumpa lagi pasangan hidup kau
orang akan sibuk tanya
macam-macam soalan
eh tak takde orang nak, memilih ke
bla..bla..bla..
sampai kau sendiri jadi rinas dan risau

Bila kau dah jumpa pasangan hidup kau
orang akan sibuk tanya
bila nak kawen
sampai kau naik risau
apatah lagi yang tak jumpa pasangan lagi
orang tak henit-henti tanya
lagi 1000x ganda risau

Bila kau dah kawen
orang akan sibuk tanya
bila nak dapat anak
bila kau dah ada anak sorang
orang akan sibuk tanya
bila kau nak tambah anak
bila kau dah ada anak perempuan
orang akan tanya pulak
bila nak tambah anak lelaki pulak

bila bila bila bila
kalau kita tahu bila dan bila dan bila
pasti senang dan mudah je
nak jawab soalan-soalan orang

Hidup ini macam tula
memang tak kan pernah habis
dengan pelbagai persoalan