Monday, September 25, 2017

Update 1 : Post- Minilaparotomy / laparoscopy

Assalamualaikum..

Dah 4 bulan dah baru sibuk nak update. kihkihkih. 2 weeks after laps haritu terus start kerja kebetulan kerja pun bertimbun disebabkan company nak audit. So tak sempat langsung nak buka blog apatah lagi nak tulis blog.

So today tetiba teringat kat blog sendiri dan kebetulan pulak macam ada masa free sikit bolehla update pasal laps haritu. So entry ni mungkin akan ada 2/3 yela nak cover cerita 4 bulan kot. haha. Everything went well. Alhamdulillah. Operate haritu hari Sabtu 6/5/2017. Since aku operate guna cash money, procedure dijalankan  di Klinik Dr Hamid Arshat, Cawangan Damansara. Kalau guna insurans akan operation di Hospital Pantai, KL.

Aku orang first sampai, masa tu klinik pun tak buka lagi. hehe. Klinik buka pukul 8 mcmtu, aku terus daftar macam biasa then nurse terus suruh masuk bilik untuk salin baju nak masuk bilik bedah. Ouh ye, kena puasa ye malam sebelum operation. Since ni kat Klinik je kan so takdela cuak sangat macam kt hospital. Bilik tu tak silap aku ada 5/6 katil macam kat ward tu. Katil aku yang first sekali berdekatan dengan OT room. Masa tu mak ayah aku tak sampai lagi, dieorg dari JB, aku sempat cakap kat nurse boleh tak saya nak tunggu mak ayah saya sekejap. hehe. Yela nak salam peluk cium dulu sebelum masuk OT. Lepas dah salam2 semua dengan husband, mak ayah, mak ayah mertua terus jalan sendiri masuk OT room. Yela jalan sendiri jela takde kena usung macam kat hospital tu. hehe.

Ok bila masuk OT room tu barula datang perasaan seram, takut semua tu. huhu. Tambah pulak nampak alat2 surgery bagai tu. Dr bius suruh aku baring dan nurse pasangkan branula kt tangan untuk masukkan ubat bius, masa ni tak nampak lagi Doc Hamid, hanya ada nurse dalam 3 orang dan Dr bius. Akupun sempat tanya "siapa yang buat operation ni, Dr Hamid ke?". Dr bius tu jawab aah "Jangan risau Dr Hamid yang akan incharge". hee. Yela risau jugak takkan nurse yang nak operate aku ni. hehe. Then Dr bius explain tentang ubat bius yang dia akan guna dan juga  kesan sampingan ubat bius dan dia pesan jangan lupa selawat banyak2. Of course selagi tak pengsan macam2 doa aku baca. hihi. Lepas Doc dah inject ubat bius Docsuruh sedut gas sebanyak 3 kali sambil selawat, rasanya sempat sedut 2 kali je lepas tu terus tak sedar dah.

Dalam pukul 1 lbh macam tu aku sedar sebab dengar azan. Masa sedar tu Ya Allah rasa sakit sangat 1 badan. Can't describe sakit tu macammana. Nak bergerak pun tak boleh. Nurse pulak baringkan mengiring sebelah kiri, belakang badan dia ampu dengan bantal. Nak tegakkan badan sendiri pun tak boleh masa tu. huhu. Yang aku ingat aku sebut 'sakit sakit' lepastu terlelap semula. Dalam sejam lepas tu aku tersedar semula, masa ni tangan dah kebas dah sebab lama sgt baring mengiring. Aku tekan loceng banyak kali nak minta tolong nurse tapi takde yang datang, dieorg semua dekat dalam OT room tengah operate patient lain. Nak call husband suruh datang tapi Hp  pulak ada dalam locker bahagian bawah. Boleh bayangkan tak macammana seksa aku cuba slow2 tarik locker dan capai Hp. Sakit tu tak tau nak cakap. huhu. Masa ni tak berani lagi nak tengok kat perut kena tebuk je ke atau kena belah besar.

Sementara tunggu husband datang tu kebetulan ada nurse datang tengok aku, aku minta tolong dia tegakkan badan aku sebab dah tak tahan sangat lenguh tangan. huhu. Aku minta nak minum air sebab tekak macam pedih2 sikit(Tube dimasukkan dalam kerongkong masa laps) tapi nurse kata tak boleh minum lagi nanti pukul 5 baru boleh minum sebab nak bagi kesan ubat bius hilang dulu. Nurse suruh aku tidur semula supaya tak rasa sangat kesan ubat bius tapi aku dah tak boleh nak lelap. Aku capai plastik putih atas locker nak tengok apa dalamnya sebab masa mamai tadi perasan nurse letak plastik tu atas locker. Oh rupanya ketumbuhan yang Doc dah buang(masa ni tak tau lagi ketumbuhan tu jenis apa). Terperanjat aku sebab tak sangka ada 3 ketulan macam daging- 2 besar mcm bola ping pong, 1 tu kecik macam buat mata kucing, Lagi 1 dalam tube mcm tisu bercampur darah. Masa ni terus nangis sebab rasa mesti teruk sangat dah dalam rahim aku ni. sempat aku ambil gambar then sent kt husband and suruh dia datang cecepat. Nursela ni cakap takde siapa boleh tunggu, waktu melawat pukul 4.30, aku suruhla family semua balik dulu. Padahal husband boleh je tunggu sebab aku tengok patient sebelah aku tu husband dia ada je.

Around 3 pm macamtu Doc Hamid dah habis operate semua patient. Ada 6 orang semuanya. Doc datang visit dan explain procedure yang dilakukan iaitu laparoscopy-1 tebukan di pusat dan juga minilaparotomy-torehan sepanjang 4/5cm di bahagian ari2  Rahim yang bengkak yg dr suspect adenomyosis tu bukanlah adenomyosis. Hanya fibroid sahaja. Endometriosis pun sedikit saja baru stage 1 bukanlah stage 4 macam yang Doc pernah cakap sebelum ni. Doc dah clearkan endometriosis. Rahim retroverted pun Doc dah betulkan. Doc juga lakukan DnC. So 3 ketul yang dalam plastik tu ialah fibroid dan dalam tube tu ialah cyst yang duduk dekat ovari kiri.  Lain2 tiada masalah. Paling aku ingat sampai sekarang Doc Hamid usap2 kaki aku(berlapik dengan selimut ye) sambil cakap "takde apa-apa ni, insyAllah lepas ni boleh mengandung". Rasa macam terharu sangat, Doc Hamid so ayah2 sangat :) . Sekejap je Doc explain tak sampai 10 minit pun, Doc pun macam nak cepat sebab nak review pesakit lain lagi kan.

Lepas Doc explain tu aku lega la sikit, alhamdulillah bukan adenomyosis dan bukan endometriosis stage 4. huhu. Syukur sangat2. Disebabkan jumpa Dr Hamid sekejap sangat, setiap kali nurse(dah lupa nama) datang nak bagi ubat mesti aku akan tanya tentang operation aku, berkali-kali ok. hehe. Nasib baikla nurse baik je, positive semua jawapan dia. Nurse kata senang je nak operate aku sebab kurus perut takde lemak sangat so sekejap je siap. haha.

Malam tu tidur dekat klinik sesorang, husband takleh teman, nurse nak monitor condition kita selepas operation. Alhamdulillah aku ok je selepas sedar drp operate, takde muntah2 macam patient sebelah katil aku. Kesian sangat kat dia, banyak kali muntah. huhu. Nurse cakap mungkin dia makan/minum terus selepas sedar daripada operation ataupun dia tak cukup tidur. So aku dah fahamla kenapa nurse tak bagi aku minum masa sedar tadi dan dia suruh aku tidur semula. Nasibla aku tak memandai2 minum air sendiri, kalau tak agaknya muntah2 juga. Tak boleh nak bayangkan kalau muntah mesti perit gila perut, sedangkan aku terbatuk pun rasa macam nauzubillah nak terkeluar isi perut. hihi.

Esoknya lebih kurang pukul 10 dah boleh keluar. Pagi tu cuba slow2 berjalan dengan bantuan nurse. Tak boleh nak jalan tegak kena bongkok sebab perut rasa tegang dan sakit kalau terus berdiri tegak. Seminggu jugakla jalan terbongkok2 lepas tu ok dah. Since aku berpantang kt JB rumah mak, lepas discharge tu terus bertolak balik JB. Dapat MC sebulan tapi aku berpantang kt JB 2 weeks je.

Okla, rasa dah panjang sangat ni berceloteh. hihi. So inilah pengalaman aku jalani laparoscopy. InsyaAllah nanti aku share pengalaman berpantang dalam masa 2 weeks.

Wassalam..


2 comments:

  1. boleh saya tau berapa kos operate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos depends pada kes juga. Saya guna cash total RM8k. Boleh juga guna insurans, total around RM14-15k+

      Delete