Saturday, November 13, 2010

Kau tak kan faham

 kau tak kan faham ape yg aku rasa, ape yg aku alami. Jangan sesekali mengaku kau faham kerana itu semua dusta. Kau tak kan faham walau kita berada di jalan yg sama. Sesungguhnya kita sangat berbeda.

Aku kau hina, aku kau herdik tapi aku yg kau sayang. Atau sayang itu hanya dusta semata? atau ianya hanya sekadar mainan jiwa? Jangan pernah lagi kau ucap ayat-ayat dusta itu kerana itu semua hanya dusta semata.

Ye aku memang ego, ye memang aku degil, ye memang aku keras kepala tapi bukankah wujudnya engkau sebagai adam utnuk melengkapi kekurangan aku? bukankah engkau seharusnya meruntuhkan ego dan kedegilan aku? Tapi itu semua tak pernah wujud. Berdirinya aku disamping engkau bukan hanya sekadar untuk berpacaran. Tersimpan niat yang suci untuk menuju ke alam yg lebih membahagiakan.

Dugaan dan dugaan terus menyerang bagai ada sahaja yang tidak kena. Aku tak tahu apa silapnya, apa salah kita kerana bahagia itu hanya sementara. Semalam kita sangat bahagia, bergelak tawa bersama, segala-galanya bersama bagai semuanya indah belaka tapi kini? semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan yang abadi yang akan kekal dii dalam hati sanubari. Kau tetap kenangan terindah dalam hidupku walau kau tak pernah sedar kau aku sayang.

Kini segala-galanya aku lepaskan. Biar kau dan aku senang. Aku? biar aku yang tau. Biar aku yang sempurnakan segala kekurangan. Engkau tak kan pernah faham. Engkau tak kan pernah sedar. Abadikan kisah kita berdua kerana itu apa yang hati kita mahu. Damailah hati kita berdua.


peace no war ;)


2 comments: