Saturday, April 8, 2017

14 March 2017 - First Appointment with Dr Hamid

Assalamualaikum,

Lamanya tak bersiaran. huhu. Tak sempat nak update blog sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan bulan March haritu.

Ok, harini nak cerita pasal appointment dgn Dr Hamid hairtu. Since appointment pukul 8 pagi, sebelum pukul 7 lagi aku dan husband dah keluar rumah. Ni semua gara2 nak elakkan jam dan tak nak queue lama kat klinik nanti. Macam biasalah kat KL ni seawal 6 pagi pun dah jam.haha. Sampai klinik pukul 7.50 a.m, kaunter daftar masih tak buka lagi dan dah ada dalam 4 orang yang menunggu. Pukul 8 macam tu staff yang uruskan pendaftaran buka je pintu, terus ramai2 serbu masuk bilik pendaftaran (gimik je ni). haha.

Masa tunggu tengah tunggu turn tu tetiba terjumpa dengan classmate masa belajar dulu. Dia bawak wife dia follow up dengan Dr Hamid. Wife dia dah pregnant dalam 4 bulan macam tu. Berborakla dengan dieorg sementara tunggu turn, takla bosan sangat menunggu. hihi. Wife dia dulu dah pernah pregnant tapi gugur sebab kandungan takde heartbeat tapi alhamdulillah sekarang dah pregnant semula. Dieorang ni dah lama dah treatment dengan Dr Hamid since 2015 lagi. Setahun dieorg tunggu untuk jumpa Dr. daripada 1st day dia call klinik.huhu. Jadi, aku pun bersyukurla sebab aku haritu tunggu tak sampai sebulan. Nampak tak cantik perancangan Allah :)

Ok, back to my story. Dalam pkl 9 macamtu nama aku dipanggil, first sekali kena buat TVS macam haritu. Kali ni yang buat scan tu HO dari Hospital Pantai, rasanya satff Dr. Hamid juga. Lama jugakla dia scan tu, godek ke kiri & kanan & snap picture. Bila dah siap, kena tunggu kat luar semula untuk jumpa Dr Hamid kat bilik sebelah. Perasaan masa tu excited + teruja + takut, first time kan nak jumpa sendiri Dr. huu.

Tak lama pun menunggu, 5 minit pun tak sampai. hehe. Masuk je bilik Dr, Dr. bagi salam dan bersalam dengan husband. Dr. terus explain tentang masalah aku, dia lukis keadaan rahim aku kat atas kertas. Rasanya siapa yang dah pernah jumpa Dr, memang dia akan buat benda yang sama. Dr. explain apa tu endometriosis, adenomyosis dan kat mana cyst dan ketumbuhan aku. Aku saja jela tanya Dr, endometriosis aku ni agaknya dah stage berapa. On the spot Dr. jawab, "kalau tengok keadaan rahim awak ni, dah stage 4 ni". Huarghh perasaan masa Dr. cakap macam tu tak tau nak digambarkan. Tak expect la pulak dah sampai stage 4. huhu. Apa2 pun aku redha je.

Then, Dr bagi tips-tips untuk kawal pembesaran cyst dan rahim daripada semakin membengkak. Antara tips2 yang Dr. advise;

1. DIET - Sangatla penting sekali terutama sekali bagi pesakit endometriosis. Boleh refer kat this website www.endo-resolved.com. Ada details food t oavoid for endometriosis people.
2. Exercise - Dr. Hamid cakap tak perlu pun exercise yang terlalu extreme. Dr. suggest yoga. Boleh search kat you tube - yoga for fertility.
3. Kawal stress/relax kan minda. Yang ni pun bagi aku sangat penting. Bila kita stress environment kita pun akan jadi negative, so kita senang nak sakit.
4. Amalkan Lemon juice & apple cider/vinegar.
5. Ambil supplement kesihatan - Vitamin C, Vitamin E, Habatussauda.

Macam kes aku ni Dr. memang suggest untuk buat laparoscopy. Dr. pun explain procedure yang akan dilakukan semasa laparoscopy iaitu betukan kedudukan rahim yang terbalik, remove cyst(3cm) dan remove adenomyosis.  Disebabkan aku nak bayar secara cash jadi boleh dapat tarikh operation tu awal sebelum bulan puasa. Tak perlu waiting terlalu lama untuk dapatkan tarikh. Dr. suruh aku jumpa SN Siti untuk daptkan tarikh operation.

Dipendekkan cerita, dapat date 06 May 2017. Tak lama dah ni, sebulan je lagi. huhu. Perasaan? tak fikir sangat sebab bila fikir macam2 perasaan datang. So, aku buat biasa jela ikut tips2 yang Dr. bagi. Akuikut diet yang Dr. pesan dan hasilnya berat pun turun sebanyak 5 Kg. hihi. Takpela asalkan sihat. :)

Ok tu jela dulu, niatnya nak tulis pendek je tapi macam dah berjela-jela je jugak. haha. Korang yang baca ni, doakan aku eh! Hopefully semuanya dipermudahkan :).

Wassalam...



No comments:

Post a Comment