Friday, February 17, 2017

Jawapan yang dah dijangka

Assalamualaikum,

Ok entry kali ni agak panjang...

13 Feb haritu merupakan first appointment aku di Klinik Dr Hamid Arshat. Aku call untuk appointment pada bulan lepas, Jan 2017. Masa call untuk appointment tu memang 2,3 hari jugakla baru dapat, line busy je mesti ramai orang yang call jugak. So, dipendekkan cerita aku dapat date 13-Feb-2017, tapi dengan Dr Aimi(menantu Dr Hamid), nurse tu cakap kalau nak jumpa Dr Hamid boleh tapi kena queue lama lagi, mungkin bulan 7 atau 8. Aku tak kesah je dengan Dr Aimi sebab aku ada baca a few blogs yang inform bila dah buka kes akan refer dengan Dr Hamid juga. Kejap lagi aku cerita pengalaman aku jumpa dengan Dr.

Hari yang dinantikan tiba,  aku punya appointment pukul 2 ptg. So, dalam pukul 12.30 tu aku dah gerak daripada ofis, nasibla klinik Dr dah pindah kat Bukit Jalil dekatla sikit dengan rumah dan ofis aku. Kena pergi awal ye sebab tak nak menunggu lama, dalam pukul 1 aku dah sampai dh, terus tinggal I/C dekat meja pendaftaran, dapat nombor 2  Then aku terus keluar nak pergi makan and solat dulu, sebab time lunch kn staff pun takde, tengah rehat. Ouh ye, untuk pengetahuan aku ni sejenis manusia yang suka buat research sebelum buat apa2, jadi aku memang menggunakan perkhidmatan google sebaik mungkin. haha. Aku dah google dah awal2 apa yang nak kena buat kalau first time pergi sana and apa procedure yang doktor akan buat.hihi. Kalau korang tak tinggal I/C lambat la korg dapat turn walaupun korang sampai awal. Konsep kat sana 1st come 1st serve. Berbalik cerita tadi, Aku sampai balik semula klinik dalam pukul 2.15 mcmtu, aku tengok dah ada orang lain daftar dulu. Ahh sudah mesti nama aku dah dipanggil tadi. Aku pun masuk bilik daftar tu tanya dan memang dieorg dah panggil pukul 2 tadi lagi. haha. Nasibla aku pergi tanya kalau tak lambat la dapat giliran. So, settle daftar kena tunggu jumpa Dr pulak. Aku dah pasrah dah sebab kalu tak silap aku turn no. 4. pasangan pertama dah masuk jumpa Dr dalam15 minit macamtu, lepas dieorang dah keluar, nama aku nurse panggil. Eh la dapat jugak nombor 2 rupanya.hihi. Maybe nurse ikut turutan masa kita tinggal I/C.

Masuk je bilik rawatan, Dr Aimi terus nak proceed dengan TVS, TVS ni scan rahim melalui vagina. Don't worry tak sakitpun. Aku dah pernah buat juga sebelum ni. Dr godek2 ke kiri dan ke kanan, muka serius macam nampak sesuatu yang tak elok je. Then Dr cakap "macam ada ketumbuhan dekat rahim. Ovari kiri nampak besar sikit daripada ovari kiri dan rahimpun macam bengkak sikit". Respon aku "ouh yeke". Tak tau nak respon apa, terperanjat pun tak juga sebab macam dah jangka ada something yang tak kena dengan rahim aku. Sebabnya memang senggugut teruk setiap kali period.

Ok dh settle TVS Dr Aimi ajak masuk bilik dia untuk details explanation. Dr cakap rahim aku retroverted. Yang ni memang aku sedia maklum sebab dah pernah buat TVS sebelum ni. Then Dr tunjuk gambar scan yang dia print. Dr tunjuk ketumbuhan yang dia maksudkan td, dalam 2cm katanya. Dr kata kemungikan endometriosis. Nanti next visit jumpa Dr Hamid untuk pengesahan lebih lanjut. Dan Dr ada inform pasal operation, mungkin kena proceed untuk betulkan rahim dan tengok apa masalah di dalam rahim.

Ok settle semua pergi ambil ubat dan pembayaran. Oh jangan lupa dapatkan tarikh next appointment. 14 March nanti aku akan jumpa dgn Dr Hamid. Memang tujuan aku ke klinik Dr Hamid pun adalah untuk request buat laparascopy. Macam aku mention tadi aku ni sejenis yang suka membaca, jadi aku memang dah expectla ada yang tak kena dengan rahim aku. Nak kata sedih tu entahla, sedihla jugak sikit tapi lebih kepada bersyukur dan berpuas hati sebab at last dapat tau juga apa masalah selama ni. Huhu. Dan ada sedikit tak puas hati dan terkilan sebab hampir 2 years buat treatment di hospital kerajaan tapi kenapa Dr tak pernah detect problem ni? Huhu. Nantila kalau ada masa aku cerita pengalaman treatment sebelum ni.

Ouh ye, kos rawatan untuk hari ni

Total RM 261
Ni ubat yang klinik bagi. 
Tak sabar tunggu bulan 3 nak jumpa Dr Hamid. Nanti aku share lagi.

Wassalam..

2 comments:

  1. beb.. aku suka baca blog ko.. update selalu.. hehehe
    kita sama2 usaha! insyaAllah ada rezeki nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi thank you. InsyaAllah sama2 kita usaha :)

      Delete