Tuesday, January 25, 2011

Tiada belas kasihan lagi.

Assalamualaikum semua :)

Hampir sebulan aku menjalankan praktikal di Jabatan Forensik IPK Selangor. Macam-macam pengalaman yang dah dikutip. Macam-macam ragam manusia yang aku nampak. Macam-macam perkara yang tak sangka akan berlaku tapi tak mustahil berlaku. Kami berseronok, bergelak tawa nampak macam kosong tapi bila aku fikir balik semakin banyak aku mempelajari norma kehidupan. 

Selama sebulan macam-macam kes yang aku dah pergi. Kes samun, kes bunuh, kes rogol, kes kebakaran tapi hari ini aku rasa kes yang paling berbekas kat hati aku. Kes bunuh bayi. Selama nie aku tengok kat tv, dengar kat radio je kes buang bayi, bunuh bayi. Lagi pulak sekarang boleh kata tiap hari ada kes melibatkan bayi kan. Kita dengar tapi setakat dengar kan. Mulut memaki, mencaci orang yang berbuat demikian tapi kesannya tak sampai kat hati.

Hari nie, jasad aku sendiri pergi tengok kes bunuh bayi. Ibu sendiri yang bunuh anak. Anak yang aman bernyawa 9 bulan di dalam perut ibunya. Anak yang tak berdosa langsung. Ibu sendiri sanggup lakukan perkara terkutuk tu. Bunuh. Saat aku tengok mayat bayi tu air mata tak berhenti mengalir. Sebak. Sayu. Comel sangat bayi tu. Putih, muka suci je. Ya Allah, rasa macam tak bleh terima dek akal. Apa perasaan ibu dia ek? Kenapa sanggup buat macam tu? tak de rasa sayang ke? tak de rasa belas kasihan ke?

Manusia sekarang dah tiada sifat belas kasihan. Umpama binatang. Rasanya binatangpun lagi ok daripada manusia. Bila aku fikir balik zaman sekarang dah lembali kepada zaman jahiliah. Jenayah semakin berleluasa. Bunuh membunuh ibarat satu permainan. Bayi yang tak berdosapun menjadi mangsa. Kalau tak nak sangat anak janganla bunuh. Bagi kat orang lain pun tak pe. Ramai orang yang kahwin tak de rezeki nak dapat anak teringin nak anak. Pelik manusia tak mensyukuri nikmat yang Allah bagi. 

Bila difikirkan manusia tanpa ilmu, iman dan amal akan rosak binasa. Kalau manusia ada ilmu pasti dapat bezakan antara baik dan buruk. Kalau manusia ada iman pasti takut pada balasan yang Allah akan turunkan. 




Monday, January 24, 2011

Superman ;)

Saat nie sangat merindui rumah, mama, abah, adik-adik. Terutama si debab Sofea.huu. Sedih ;(
Rindu keletah si debab sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Mulut tak pernah tau penat bercakap, membebel memang dah jadi habit die. Membebel mengalahkan orang tua.hehe.

Apa kena mengena superman dgn entry kali nie?
Ceritanya macamnie, kelmarin aku call mama saja lepaskan rindu. Rasa rindu nak cakap dgn si debab. Tapi before tu ckp dengan adik2 yang lain. One by one la. Aku ada 5 adik kot. Dapat cakap sorang sikit pun jadila.hehe. Ble part Sofea memang rasa geram je. Dia cakap "kakak bila nak balik? adik dah rindu kakak". huhu sedih rasa nak nanges. Then aku saja cakap tak de duit nak balik, nak pinjam duit dia. Jawapan dia memang bestlah.hehe. " Adik ada duit tapi duit adik dah hilang kena curi, takpela nanti adik jadi superman g amek kakak kat Shah Alam. Pastu kak dudukla belakang adik, adik terbang". Bernas tak idea dia? hehe.

 Idea dia tak pernah habis and sumetimes tak pernah terfikir dek akal apa yang dia cakap. Layan keletah dia memang penat tapi seronok. Dahla suka buat muka plus kenakan orang.huhu. Budak nie orang cakap matang sebelum usia.haha.
Baru 4thn ok.
Ratu posing ;p
Niela akibatnya berangan nak jadi datin.
Adik nanti terbang amek kakak tau. Fuhh! tak sabar nak balik rumah!!!!!! :(


Sunday, January 23, 2011

Cara-cara menghilangkan kegelisahan.

Assalamualaikum semua ;)

Hampir seminggu tak update blog. Kemana menghilang ye saya?. Jawapan hanya perlu disimpan untuk diri sendiri.hehe.
Tak ada idea sangat nak mengupdate blog, tapi just nak share bagaimana nak menghilngkan kegelisahan yang melanda hati. Korang semua mesti pernah rasa gelisah, gundah gulana kan? kadang-kadang perasaan tu datang sendiri tanpa sebab kan. 

First sekali kan. nie yang paling penting la ;

Mengingati Allah dapat menenangkan hati dan menghindarkan diri daripada berbuat dosa. Allah sangat suka pada orang yang berzikir. Kelebihan zikir nie, dapat melepaskan seseorang daripada bahaya. So, bila kita rasa tak tenteram, banyakkanla berzikir, kalau nak lagi berkesan solat sunat ataupun membaca Al-Quran.


Second : Kita kena terima ketentuan Allah dengan senang hati, terima rezeki yang telah ditentukan dengan hati yang terbuka, sebab segala yang telah terjadi adalah ketentuan Allah. Penting untuk kita tidak berkeluh kesah. Kalau kita dilanda masalah jangan cepat merungutla maksudnya, think positif anggap ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.

Third : Jangan ingat perkara-perkara lepas yang telah terjadi pada kita, lagi2 perkara yang tak best yang boleh mendatangkan kegelisahan kat hati kita. Tak perlu ingat dah sebab perkara tu dah berlalu. Dan kita pun tak boleh dan undur balik waktu kan. Dalam maksud lain jangan pandang belakang la. ;)

Last sekali : IMAN
Kalau kita ada iman, iman tu akan menghilangkan kegelisahan yang kita alami. Sebab iman akan mendorong kita membuat sesuatu yang berladaskan Islam. Betul kan? cuba kita tengok orang yang tak de iman, bila ada masalah tak tau nak buat apa then bunuh diri. itu tandanya tak de iman. Iman tu kekasih orang-orang yang beriman.



Nie sikit ilmu untuk dikongsi bersama. Akupun insan yang lemah, yang sentiasa perlu kan bimbingan. ;) tak salah kalau kita share ilmu yang kita ada kan. 

p/s : nanti kalau ada anak, aku nak nama anak aku Nurul Iman.hehe.