Tuesday, November 30, 2010

Pantun :)

Pakaian yang kotor boleh dicuci..
Hati yang bersih sukar dicari..

hanya short entry before tidur..
pantun dua kerat.hehe.

p/s : kesudahan cerita kalau ada jodoh esok jela.just wait :)


Saturday, November 27, 2010

Menarik

Ehem, short entry je nie ok :). Just nak bgtau nvel yg dibaca semakin menarik.huhu. Rasa tak sabar nak tau kesudahan cerita. Tapi dah tak larat nak terus membaca, sebab dah mengantuk.

Esok, to be continued.....


p/s : selamat malam :)

Kalau ada jodoh...

Yeah cuti sem. Memandangkan plan utk kerja di Shah Alam tak menjadi so akupun pulang ke rumah tercinta. Duduk saja-saja, makan, tidur, tengok tv. Seronok jugak, tak payah bersusah payah memeras otak utk study kn.hehe. Tapi seronok tu rasa sekejap jelakan. Kalau dah hari-hari buat benda yang sama bosan jugak kn?

Selalunya time cuti nie aku suka baca novel jela kerjanya. Tapi nie nak pergi beli novel baru duit tak berapa nak adakan.hehe. Kebetulan pulak semalam adik aku bagi novel ' kalau ada jodoh'. Tajuk macam bestkan. Macam orang mengantuk disorongkan bantal je.hehe. Memang tengah mencari-cari novel untuk dibaca.


Cover novel yang comel :)

Malam tadi jugak aku start membaca. Hemm setakat nie bagi aku menarikla jalan cerita novel nie. Penuh penghayatan dan penjiwaan watak.huhu. Nak cerita sikitla novel nie berkisar tentang hubungan suami isteri yang tak mendapat restu daripada emak si suami. Masalahnya pulak si suami nie anak mak, ikut je permintaan mak dia sampai hati si isteri sentiasa terluka. The worst part is bila si suami dengan bodohnya menceraikan si isteri apabila diprovok oleh maknya.Kesiankan.Padahal si isteri langsung tak bersalah. Setelah hampir setengah tahun bercerai si isteri telah memulakan hidup baru dan dalam masa yang sama sbekas suaminya derita menanggung rindu akibat perbuatan sendiri. Padan muka jugakla.hehe. Muncul pulak seorang jejaka yang telah jatuh cinta pada wanita yang ditinggal suami itu. Sejarah perkenalan mereka sangat menarik. Comel:). Perwatakan si jejaka digambarkan pada cover novel nie. Haa menarik tak? Cukup dulu kot. Bagi suprise sikit. hehe.

 Dah sampai separuh cerita jugak aku baca tapi belum sampai klimaks lagi. Dah menangis dan dah gelak sorang-sorang baca. Yang paling best aku suka cover novel nie.

Kalau ada jodoh tak kemana kan :)


Kesudahannya tunggu entry yang akan datang ok :)