Saturday, November 13, 2010

Kau tak kan faham

 kau tak kan faham ape yg aku rasa, ape yg aku alami. Jangan sesekali mengaku kau faham kerana itu semua dusta. Kau tak kan faham walau kita berada di jalan yg sama. Sesungguhnya kita sangat berbeda.

Aku kau hina, aku kau herdik tapi aku yg kau sayang. Atau sayang itu hanya dusta semata? atau ianya hanya sekadar mainan jiwa? Jangan pernah lagi kau ucap ayat-ayat dusta itu kerana itu semua hanya dusta semata.

Ye aku memang ego, ye memang aku degil, ye memang aku keras kepala tapi bukankah wujudnya engkau sebagai adam utnuk melengkapi kekurangan aku? bukankah engkau seharusnya meruntuhkan ego dan kedegilan aku? Tapi itu semua tak pernah wujud. Berdirinya aku disamping engkau bukan hanya sekadar untuk berpacaran. Tersimpan niat yang suci untuk menuju ke alam yg lebih membahagiakan.

Dugaan dan dugaan terus menyerang bagai ada sahaja yang tidak kena. Aku tak tahu apa silapnya, apa salah kita kerana bahagia itu hanya sementara. Semalam kita sangat bahagia, bergelak tawa bersama, segala-galanya bersama bagai semuanya indah belaka tapi kini? semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan yang abadi yang akan kekal dii dalam hati sanubari. Kau tetap kenangan terindah dalam hidupku walau kau tak pernah sedar kau aku sayang.

Kini segala-galanya aku lepaskan. Biar kau dan aku senang. Aku? biar aku yang tau. Biar aku yang sempurnakan segala kekurangan. Engkau tak kan pernah faham. Engkau tak kan pernah sedar. Abadikan kisah kita berdua kerana itu apa yang hati kita mahu. Damailah hati kita berdua.


peace no war ;)


Thursday, November 11, 2010

congratez adikku =)

Hari ini keputusan UPSR keluar. Adik aku Nur Ikhwan Hady tahun nie ambil UPSR. Mama baru sms td bgtau die dapat 4A1B. Alhamdulillah ;). Walaupun tak dapt straight A tp okla tu kan. Tak dapat contact dia lagi sebab mama cakap dia tak balik sekolah lagi.

Dia ketua pengawas kt sekolah tapi dekat rumah diala gengster. Suka menyakat kakak2 dan si kecik sofea. Yela, dah dia sorg lelaki dlm family jdla nakal macam tu. Dulu org cakap kalau sorg je lelaki dia akan jad lembut tp adik aku nie tak de lembut langsung.hehe. Selalu kena marah dengan abah sebab suka menyakt si kecik. Tapi kalau tak de dia kat rumah confirm sunyi sepi.huu.

Apapun congratez wan! dengar cerita adik sedara aku kat kampung dapat 5A. Alhamdulillah ;). Jauh lagi perjalanan korg, so keep it up!

p/s : nasibla jgk wan tak dapat 5A, kalau tak aku kena belikan die PSP.hehe.kidding! ;p

Wednesday, November 10, 2010

lama tak update blog

fuhh lama tak update blog. Kekosongan ideala. Lagipun tiada yg menarik. Lfe macam biasa. Busy dgn final exam, thesis was done. Now, tinggal lg 1 paper sahaja. Mood utk study sekarang adalah sgt rendah lebih kurang 30% sahaja.hehe. mungkin kerana memikirkan paper lmbt lg, tmbh pulak nie last paper so mood tu tak berapa nak adalakan.

Hari-hari yg dilalui macam biasa sahaja. Ikut gerak hati dan tngkah laku melancarkan segala tindak tanduk.Maka segalanya berjalan dengan lancar. haha apa yg aku merepek pun aku tak tau. Tak pela, walau apapun yg terjadi, walau byk mana pn dugaan datang hidup perlu diteruskan, diri sentiasa perlu kelihatan ceria. Btol tak? baru awet mudakan org ckp. ;)

Haha enough! inila jadinya bila tiada entry yg menarik. Cukupla dulu berceloteh. Karya nie mmg tak de value.hee.

=)
boleh diterima pakai ;D