Tuesday, November 30, 2010

Pantun :)

Pakaian yang kotor boleh dicuci..
Hati yang bersih sukar dicari..

hanya short entry before tidur..
pantun dua kerat.hehe.

p/s : kesudahan cerita kalau ada jodoh esok jela.just wait :)


Saturday, November 27, 2010

Menarik

Ehem, short entry je nie ok :). Just nak bgtau nvel yg dibaca semakin menarik.huhu. Rasa tak sabar nak tau kesudahan cerita. Tapi dah tak larat nak terus membaca, sebab dah mengantuk.

Esok, to be continued.....


p/s : selamat malam :)

Kalau ada jodoh...

Yeah cuti sem. Memandangkan plan utk kerja di Shah Alam tak menjadi so akupun pulang ke rumah tercinta. Duduk saja-saja, makan, tidur, tengok tv. Seronok jugak, tak payah bersusah payah memeras otak utk study kn.hehe. Tapi seronok tu rasa sekejap jelakan. Kalau dah hari-hari buat benda yang sama bosan jugak kn?

Selalunya time cuti nie aku suka baca novel jela kerjanya. Tapi nie nak pergi beli novel baru duit tak berapa nak adakan.hehe. Kebetulan pulak semalam adik aku bagi novel ' kalau ada jodoh'. Tajuk macam bestkan. Macam orang mengantuk disorongkan bantal je.hehe. Memang tengah mencari-cari novel untuk dibaca.


Cover novel yang comel :)

Malam tadi jugak aku start membaca. Hemm setakat nie bagi aku menarikla jalan cerita novel nie. Penuh penghayatan dan penjiwaan watak.huhu. Nak cerita sikitla novel nie berkisar tentang hubungan suami isteri yang tak mendapat restu daripada emak si suami. Masalahnya pulak si suami nie anak mak, ikut je permintaan mak dia sampai hati si isteri sentiasa terluka. The worst part is bila si suami dengan bodohnya menceraikan si isteri apabila diprovok oleh maknya.Kesiankan.Padahal si isteri langsung tak bersalah. Setelah hampir setengah tahun bercerai si isteri telah memulakan hidup baru dan dalam masa yang sama sbekas suaminya derita menanggung rindu akibat perbuatan sendiri. Padan muka jugakla.hehe. Muncul pulak seorang jejaka yang telah jatuh cinta pada wanita yang ditinggal suami itu. Sejarah perkenalan mereka sangat menarik. Comel:). Perwatakan si jejaka digambarkan pada cover novel nie. Haa menarik tak? Cukup dulu kot. Bagi suprise sikit. hehe.

 Dah sampai separuh cerita jugak aku baca tapi belum sampai klimaks lagi. Dah menangis dan dah gelak sorang-sorang baca. Yang paling best aku suka cover novel nie.

Kalau ada jodoh tak kemana kan :)


Kesudahannya tunggu entry yang akan datang ok :)

Friday, November 26, 2010

Marsha-Yang Terbaik



Jom layan lagu nie. Aku baru rasa suka lagu nie, padahal dah lama dah lagu nie.huu.

Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh

Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku

Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih

Friday, November 19, 2010

Jiwang-jiwang beb~

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta

p/s : dugaan dalam bercinta itu berliku-liku macam keropok corntos.haha.

this is what we call life ;)


Live a life like we will die tomorrow. Dream like we will live forever.
life is not too short and not too long. 
So whatever it is we should appreciate our life ;)

Thursday, November 18, 2010

+kurus+

'Anis, kau dah susut dowh', 'Anis, ko asal makin kurus', 'eh Anis, ko nape kurus?',' muka kau dah cengkung dah' hehe pernyataan2 itu bersesuaian dengan entry aku nieh. Sebenarnya aku tak perasan pun tapi ramai org dah tegur. Mula-mula tak percaya, tapi dah sebulan dua timbang memang berat turun 4 kilo.huu.

Rasa pelik jugak sebab boleh kata sekarang hari-hari aku makan nasi, banyak pulak tu.haha. Masak je hari-hari. Dulu yela time aku diet memang tak makan nasi terus, kadang-kadang seminggu sekali je makan nasi itupun sikit je. Tapi berat tak turun-turun. And then aku dah putus asa so malas nak control-control makan lagi. Memandangkan aku nie suka je makan jugak sebenarnya.hehe.


Bila tengok gambar-gambar lama dengan sekarang memanag sangat nampak perubahan. Tapi dulu kenapa masa tengok gambar-gambar tu tak pernah rasa gemuk pun, rasa kurus je.hahahaha :p. Housemate aku siap gelak-gelak sakan kalau tengok gambar aku dulu.huu.

dulu~

sekarang~



Now, aku pun baru perasan adela perubahan sikit, tapi yang pelik dulu time sebok diet xturun pun berat. hari tu try seluar jeans yg lama semua dah longgar gila, bila pakai mcm hip hop je.haha. Tapi kurus tang kaki dengan muka je. bahu tetap lebar macam 2 jugak macam perenang.hikks :D. adala kecik sikit je, dah memang macam tu so memang xleh nak ubahkan.

Selalunya berat aku tak konsisten kadang naik kadang turun, ada 1 part memang kurus tapi bila makan banyak sikit terus naik balik. Tapi sekarang nie macam konsisten je pulak dah dekat 4 bulan. Nak kata aku suka sangat tak jugak sebab mood diet tu dah hilang dah..hehe lainla dulu memang teringin nak kurus tapi tak kurus tapi sekarang berat turun je makan banyak masalhnya.hehe. Hemm mama cakap, 'tula dulu nak kurus sangatkan' ;p. tapi aku sukala jugak sikit-sikit.haha. Kita tengok lepas nie macammana.

p/s : bukan main susah nk siapkan entry nie, laptop asek termati sendiri, tension. hee






Saturday, November 13, 2010

Kau tak kan faham

 kau tak kan faham ape yg aku rasa, ape yg aku alami. Jangan sesekali mengaku kau faham kerana itu semua dusta. Kau tak kan faham walau kita berada di jalan yg sama. Sesungguhnya kita sangat berbeda.

Aku kau hina, aku kau herdik tapi aku yg kau sayang. Atau sayang itu hanya dusta semata? atau ianya hanya sekadar mainan jiwa? Jangan pernah lagi kau ucap ayat-ayat dusta itu kerana itu semua hanya dusta semata.

Ye aku memang ego, ye memang aku degil, ye memang aku keras kepala tapi bukankah wujudnya engkau sebagai adam utnuk melengkapi kekurangan aku? bukankah engkau seharusnya meruntuhkan ego dan kedegilan aku? Tapi itu semua tak pernah wujud. Berdirinya aku disamping engkau bukan hanya sekadar untuk berpacaran. Tersimpan niat yang suci untuk menuju ke alam yg lebih membahagiakan.

Dugaan dan dugaan terus menyerang bagai ada sahaja yang tidak kena. Aku tak tahu apa silapnya, apa salah kita kerana bahagia itu hanya sementara. Semalam kita sangat bahagia, bergelak tawa bersama, segala-galanya bersama bagai semuanya indah belaka tapi kini? semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan yang abadi yang akan kekal dii dalam hati sanubari. Kau tetap kenangan terindah dalam hidupku walau kau tak pernah sedar kau aku sayang.

Kini segala-galanya aku lepaskan. Biar kau dan aku senang. Aku? biar aku yang tau. Biar aku yang sempurnakan segala kekurangan. Engkau tak kan pernah faham. Engkau tak kan pernah sedar. Abadikan kisah kita berdua kerana itu apa yang hati kita mahu. Damailah hati kita berdua.


peace no war ;)


Thursday, November 11, 2010

congratez adikku =)

Hari ini keputusan UPSR keluar. Adik aku Nur Ikhwan Hady tahun nie ambil UPSR. Mama baru sms td bgtau die dapat 4A1B. Alhamdulillah ;). Walaupun tak dapt straight A tp okla tu kan. Tak dapat contact dia lagi sebab mama cakap dia tak balik sekolah lagi.

Dia ketua pengawas kt sekolah tapi dekat rumah diala gengster. Suka menyakat kakak2 dan si kecik sofea. Yela, dah dia sorg lelaki dlm family jdla nakal macam tu. Dulu org cakap kalau sorg je lelaki dia akan jad lembut tp adik aku nie tak de lembut langsung.hehe. Selalu kena marah dengan abah sebab suka menyakt si kecik. Tapi kalau tak de dia kat rumah confirm sunyi sepi.huu.

Apapun congratez wan! dengar cerita adik sedara aku kat kampung dapat 5A. Alhamdulillah ;). Jauh lagi perjalanan korg, so keep it up!

p/s : nasibla jgk wan tak dapat 5A, kalau tak aku kena belikan die PSP.hehe.kidding! ;p

Wednesday, November 10, 2010

lama tak update blog

fuhh lama tak update blog. Kekosongan ideala. Lagipun tiada yg menarik. Lfe macam biasa. Busy dgn final exam, thesis was done. Now, tinggal lg 1 paper sahaja. Mood utk study sekarang adalah sgt rendah lebih kurang 30% sahaja.hehe. mungkin kerana memikirkan paper lmbt lg, tmbh pulak nie last paper so mood tu tak berapa nak adalakan.

Hari-hari yg dilalui macam biasa sahaja. Ikut gerak hati dan tngkah laku melancarkan segala tindak tanduk.Maka segalanya berjalan dengan lancar. haha apa yg aku merepek pun aku tak tau. Tak pela, walau apapun yg terjadi, walau byk mana pn dugaan datang hidup perlu diteruskan, diri sentiasa perlu kelihatan ceria. Btol tak? baru awet mudakan org ckp. ;)

Haha enough! inila jadinya bila tiada entry yg menarik. Cukupla dulu berceloteh. Karya nie mmg tak de value.hee.

=)
boleh diterima pakai ;D