Friday, March 3, 2017

High Level of Prolactin

Assalamualaikum

Salam Jumaat..(Actually entry dah tulis masa Jumaat minggu lepas lagi. hihi)

Harini nak cerita sikit pasal hormon prolactin, salah satu penyebab infertility if level of prolactin abnormal.  Actually hormon prolactin ni sama juga macam thyroid yang akan ganggu kesuburan wanita. Thyroid rasanya semua dah maklum, salah satu penyebab infertility. Di Malaysia tak pasti berapa peratus wanita ada masalah ni. Aku salah seorangnya la.hehe.  Masalah prolactin tinggi ni dalam medical terms ialah Hyperprolactinemia. Meh aku explain serba sedikit.

Hyperprolactinemia is a condition when hormone prolactin is higher than normal. This hormone produced by pituitary gland, which is located at the brain. Main function of prolactin is to stimulate breast milk during pregnancy. So untuk ibu2 mengandung dan ibu2 yang tengah menyusukan anak hormon prolactin tinggi tu normal, tapi untuk yang tak mengandung macam aku ni abnormal la. Normal level prolactin untuk wanita(except pregnancy woman) ialah dalam range 108-600 mIU/L.

Macam aku pernah mention, sebelum ni aku buat treatment di hospital kerajaan pada tahun 2015-2016, tak payah cakap hospital manala sebab banyak benda aku nak complain nanti. haha. Macam biasala, kita kena ambil darah untuk test segala hormon yang berkaitan dengan kesuburan kan, including prolactin & thyroid. Resultnya:

06/05/2015
Prolactin 956mIU/L ABNORMAL

08/06/2016
Prolactin 1164mIU/L ABNORMAL

Tinggikan? huhu ingatkan tengah pregnant tapi takpun. yang aku tak puas hati tu, selepas result 2015 keluar, Dr tak pernah mention pasal masalah ni sampaila hari nak buat IUI pada bulan August 2016, Dr pakar cakap tak boleh nk proceed IUI sebab prolactin aku tinggi which is bahayakan diri sendiri if buat IUI & berjaya. Korang boleh rasa tak apa aku rasa masa tu? sepanjang setahun aku ulang alik pergi hospital Dr(bukan Dr pakar) tak pernah sekali take this problem seriously. Yela kalau mention problem ni daripada dapat 1st result tu kan bole cure awal2. Makan ubat hormon untuk stabilkan semula level prolactin, ambil masa 3 bulan jugak okay. Dan2 nak buat IUI baru bagitau and baru nak refer aku ke pakar bahagian endocrin. Tak ke aku rasa macam buang masa je selama ni?
Tapi apa2 pun ada hikmah semuanya kan.hehe. kalau tak, takdela aku nk cuba dapatkan rawatan kat tempat lain and takdela aku tau selain daripada masalah prolactin ni aku ada masalah lain juga.

Kalau ada yang tanya apa symptoms hyperprolactinemia, aku ringkaskan serba sedikit;

1. Haid tidak teratur / tak period langsung (amenorrhea)
2. Penghasilan susu badan (walaupun tak pregnant)
3. Vagina menjadi kering (menyebabkan sakit ketika bersama)
4. Sakit kepala yang teruk
5. Double vision
6. Infertility

Kesemua symptoms ni tak terjadi kat aku kecuali double vision, tapi kadang-kadang jela.
Treatment pula, kena makan ubat untuk normalkan semula prolactin level, iaitu bromocriptine dan juga perlu buat MRI scan untuk pengesahan samaada ada tumor di pituitary gland. Tapi kalau betul ada tumor, ianya tak berbahaya melainkan size tumor terlalu besar yang membuatkan perlunya pemdehana untuk membuang tumor tersebut.

So far, after 4 months makan ubat prolactin (bromocriptine), alhamdulillah prolactin level dah back to normal :). MRI pun aku dah buat pada January 2017, result tunggu jumpa Dr pada 14/03/2017, sama dengan tarikh nak jumpa Dr Hamid. haha. Tengah berkira-kira samaada nak pergi ke tak review result MRI. Rasa macam tak nak pergi sebabnya aku yakin takde tumor plus prolactin level pun dah back to normal.

Itu jelah yang nak share, so pada sesiapa yang macam rasa ada symptoms kat atas, especially penghasilan susu bolehla cepat-cepat jumpa doktor atau buat blood test. Kalau  nak tau lebih details tentang hyperprolactinemia boleh refer link;



See ya!

Wassalam..

No comments:

Post a Comment