Saturday, May 7, 2011

Oh hari ini HARI IBU~

Assalamualaikum.

I LOVE U MAMA! ;)

Bila nak start typing mulala tak berhenti. Maka terjadilah second entry di pagi hari nie kan.ehee. Ok just teringat hari ini hari ibu sedunia. For me, nothing much special for official mother's day coz hari-hari pun hari ibu kan. Hari-hari kalau boleh kita nak iktiraf ibu kita adalah ibu yang terbaik di dunia nie kan. :). Hari-hari kita sayang ibu kita kan. :) Oh kat atas tu gambar mama aku. cantikkan ;)

Of course la aku nak cerita sikit pasal my mother kan. Aku panggil mama. Yeah! my mama is the great mom. Semua orang akan rasa ibu kita ibu yg terbaik kan. For me, mama adalah insan yang paling tabah n sabar kat muka bumi nie. Sanggup buat apa saja untuk aku dan adik-adik. Gigih bantu abah cari rezeki untuk kiteorg semua. Since family aku takla berada pun, just sederhana but i really love my family. Kami bahagia je.;) Tahun nie mama dah 47 tahun tapi still kuat lagi buat kuih untuk jual kat warung. Effectnya, tangan selalu lenguh dan kebas. Aku rasa sedih jugak bila tengok mama berjaga malam buat kuih. Bila aku, abah and adik2 suruh berhenti buat kuih mama tak nak. Mama cakap nanti siapa nak bagi adik2 duit sekolah lebih. Lagi 1 memang dah jadi minat mama suka memasak, suka buat kuih-muih. Takpela mama asalkan mama tak sakit. Mama tak pernah marah kiteorg teruk-teruk. Tak pernah pukul kiteorg. Kalau mama nak marah atau terasa hati dengan kiteorg mesti mama yang nangis. So, bila aku nak buat salah aku mesti fikir dosa kalau aku buat mama nangis. Tak sampai hati weh!  Mama sanggup berkorban apa sahaja untuk kiteorg adik-beradik. Kalau mintak itu, mintak ini mama seboleh mungkin akan tunaikan. Kalau kita agak-agak boleh tak buat macam tu untuk ibu kita?

Semalam before tidur aku terfikir camne kalau mama dah takde. sebak weh, terus je menangis. Ini tulispun dah touching nie.huu. Seriusly tak ready lagi untuk kehilangan mama. Mama ada sorang je.  Takkan ada pengganti. Tak boleh bayangkan kalau mama dah takde, nak panggil siapa hari-hari?.korang perasan tak even canepun hari-hari kita akan pangil ibu@mak@mama@ummi kan?? tak boleh nak bayangkan kalau aku dah tak berkesempatan nak panggil mama lagi. 

Tak kesah apa jua panggilan ibu@mak@mama@ummi, yang penting ia adalah anugerah yang paling mulia Allah berikan untuk kita. So selagi terdaya hargailah dan berbaktilah untuk ibu kita. SEBAIK-BAIKNYA kita cuba jaga hati ibu kita, tunaikan keinginan ibu kita selagi berkesempatan. Kepada kawan-kawan yang sudah kehilangan ibu, jangan bersedih sebaliknya istiqamah mendoakan kerahmatan mereka di sana. InsyaAllah kat sana nanti dapat bertemu dengan mereka. :). Bagi kita yang masih ada ibu sentiasalah doakan kerahmatan ibu-ibu kita ok.:) Buat mama, kakak akan sedaya upaya memberi segala apa yang kakak ada untuk bahagiakan mama. insyaALLAH.

titipan doa buat mama ku; 
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 
 

No comments:

Post a Comment