Saturday, April 2, 2011

Inilah namanya kehidupan.

Assalamualaikum.

Fuhh! almost 1 month rasanya blog nie terabai. Maaf ye cik blog kerana saya telah mengabaikan kamu.hukhuk. Actually macam-macam benda yang berlaku dalam hidup aku lately nie. Depress, down and segala bagai perasaan. So nak update blog pun macam tak de mood. Takkan nak cerita sedih-sedih je kan. Tak bestla kan.hehe. So hari nie, just nk review apa yang telah berlaku dlm hidup aku memandangkan sekarang dah masuk bulan 4 (Tak de kena mengena). tehee :D

First thing tentulah pasal kerja. Bulan March hari tu kes berkurang, maybe musim hujan kan. Orang tak berapa available nak buat jenayah.hee. So just duduk kat office buat log book, borak-borak and gossiping, itu yg busy smpi tak sempat nk update blog. ;p. Memandangkan aku dah nak abes praktikal, so start bulan Mac aku dah start memburu kerja sana-sini, atau mat saleh cakap job hunting. hehe. Carila segala lubang yang ada kerja kosong. Hari-hari bukak website jobstreet,jobsDB, dan segala bagai laman sesawang yang memberi info tentang kerja kosong. Just apply je semua. Sibukkan diri pergi career fair, deposit resume sana-sini. Orang cakap sekarang susah nak cari kerja kan. Tapi takkan kita tak payah usahakan. Kan Tuhan dah cakap rezeki di mana-mana. :) 

Sedang sibuk menjalani hidup yang semakin sukar, datang pulak personal problem kan. Of coz lah aku tension walau cuba buat donno je kan. Biasala manusia tak pernah lari daripada masalah. Daripada situ kita belajar tenatang kehidupan. Kan? :). yeah tak kira nak cerita jugak.hehe. Aku rasa terabai, diabai, tertipu dan ditipu.huhu. Lengkap. Bila datang segala masalah serentak mula la rasa arggh can't stand anymore. Rasa macam nak terbang jauh-jauh. Dan mula rasa nak buat benda bodoh. * Dah buat dah pun* :p. Bila fikir balik rasa macam bodohnya aku, ye sungguh bodoh. Kan Allah ada. dats my mistake. Cuma Alhamdulillah Allah masih sayangkan hambaNya yang sorang nie, Allah bagi penyelesaian untuk aku. Allah tunjukkan kebenaran dan juga yang mana jelas tak benar. So kita ikut jalan yang lurus yang mana Allah dah tunujkkan. 

Perjalanan hidup aku rasanya baru 1/4 daripada seluruh kehidupan aku. Banyak lagi yang akan aku tempuh. Yang pasti aku tak tahu apa yang Allah sedang rencanakan untuk hidup aku tapi apa yang aku harapkan ianya adalah yang terbaik. Yang penting teruskan berdoa. Fokus pada benda yang paling penting dalam hidup, yang agak-agak tak berapa penitng dan bukan keutamaan tak payahla fikirkan dulu.

Itu sahaja, rasanya macam dah panjang sangat aku membebel. Cuma nak share tentang life. dats it. :) Rasanya aku dah semakin matang.haha. Pengalaman mendewasakan kita kan. Agak-agak sesuai tak aku bagi talk kat orang. ;p. Anyway thanx a million kpd mama, abah dan kawan-kawan yang tak henti memberi sokongan. Really apreciate it ;).

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."


Thanx for reading this 'picisan' blog. :)

5 comments: