Wednesday, March 2, 2011

Terima kasih.

Assalamualaikum

The only simple words 'terima kasih'. Entry nie khas untuk seseorang yang bergelar sahabat.

Pertama sekali aku nak manzahirkan rasa syukur kepada Allah kerana membuka pintu hati kami dan memberi kami peluang untuk bertegur kembali. Kami takla bergaduh sampai bertumbuk, tarik2 rambut. Oh bukan macam tu. Ada masalah dari hati ke hati yang membuatkan hubungan kami terputus hampir dua tahun. Tak tau siapa yang harus dipersalahkan. Bagi aku, kami berdua tak de siapa yang salah. Mungkin takdir yang tentukan macam tu.

Sebenarnya aku spechless, sebak, terharu, tak percaya dan segala bagai perasaan. Bukan aku tak nak tegur kau dulu, tapi sejak peristiwa itu kau menjauhkan diri daripada aku, tak seperti biasa and finally selama dua tahun kita lost contact terus. Tipula aku tak sedih. Aku rasa ralat. Aku sayang kau. Kadang ada jugak aku message kau tapi respon tiada. Dalam hati aku rasa sedih sebab kau boleh terus lupakan aku. Dan akhirnya aku redha dan aku terima dengan apa yang jadi. Tipula kalau dalam masa dua tahun nie aku tak ingat kat kau langsung. Tipula kalau aku tak nak tahu pasal kau lagikan. Kalau aku nak tau khabar kau aku suruh Nana tanyakan, kadang aku tengok Facebook kau. Nak tegur lagi rasa takut, kecewa kalau  tiada respon daripada kau.

Hari ini aku rasa nak jerit satu dunia, nak bagitau semua makhluk2 yang ada kat atas bumi nie yang kau tegur aku. Finally terbuka jugak pintu hati kau nak tegur aku. Walau tegur dekat Facebook chat je, aku dah rasa seronok. Banyak kali aku tengok betul ke nama kau yang tegur aku nie.huu. serius tak sangka. Kau terangkan kenapa kau menjauhkan diri daripada aku. Yang paling aku sebak bila kau cakap sampai bila kau tak nak tegur aku, rindu sangat2 dah kat kau. Perghh! memang sebak gila. Tak sangka rupanya kau tak pernah lupakan aku macammana aku yang tak pernah lupakan kau. Rasa macam nak print je chat tu, simpan buat kenangan.

Terima kasih Allah kerana memberi peluang kedua untuk kami bertegur kembali. Walau lepas nie kita tak mungkin baik seperti dahulu tapi aku sangat bersyukur kau dah tegur aku. Itu tandanya kau dah maafkan aku. Terima kasih jugak kerana kau memahami situasi sebenar. Terima kasih sekali lagi kerana kau maafkan kesilapan aku. 

Cinta tak semestinya bersatu.
Mencintai tak bererti memiliki.


Terima kasih wahai sahabat :)


1 comment:

  1. percayalah..






    hati ini ibarat elektrik..








    xmustahil kte ingt org tu..








    org tu jgk akn igt kat kte..









    hnya doa yg kudus dan hati yg ikhlas dasar sgala-galanya















    http://thyyunxthiya.blogspot.com/

    ReplyDelete