Monday, February 21, 2011

OCIK ? =)

Assalamualaikum.

Tak nak introduce panjang lebar. Just nak cerita pasal Ocik. Apakah Ocik tu? ehee. 

Al-kisahnya macamnie, semalam aku on call, as usual la on call jadi csi team la kan.3 mayat kiteorg jumpa semalam. First mayat baby kat Damansara. Tak bermoral kan orang sekarang. Then, jumpa mayat Doktor dekat Klang. Yang nie first time kteorg jumpa mayat yang baunya mak aih! sangat menusuk kalbu okay. Melekat kat baju and segala bagai baunya.huu. Rasa pening sampai ke kepala. But kiteorg semua handal-handal tau sebab still lalu lagi makan, siap licin pinggan.ahaa. Last but not least, apabila aku pulang ke rumah da siap mandi wangi-wangi semua tetiba dpt call ada kes lagi jumpa mayat lagi.huuu. Kira macam membazir tak membazir sangat la kan aku mandi.

Eh celah mana nie cerita pasal Ocik?? ahaa sory-sory sebab tak sedar tertype panjang lebau! tehee. Ok macamnie, after abes siasat mayat yang last tu, kiteorg still tak boleh balik lagi sebab kena tunggu anjing K9(alah anjing yg polis guna buat siasat tu), yela mana tau ada bukti-bukti lain yang anjing nie jumpa kan. Sementara tunggu anjing yang bijaksana nie sampai kiteorg pun beborak sesama sendiri. Biasala gosip menjadi topik utama. Tetiiba Cik Mad Noh dgn Emy ternampak sesuatu yang berwarna putih  keluar dari celah semak. Scary kan? dala kat tempat orang kena bunuh kan. Mayat pun still ada lagi kat situ.huhu. Suluh punya suluh, rupanya arnab la. ehehe. suspen je kan! (cerita daripada Emy, masa nie aku tak de sebok tengok anjing yg dah sampai) Dieorg pun apa lagi terus tangkap arnab tersebut. Comey je, mata warna merah. Jinak je. So, kiteorg sangat teruja nak bawak balik itu arnab. Lagi pulak aku drp hari tu mencipta angan-angan nak bela arnab.

Aku, Nana, Dayah, Hanim and Emy terus excited bincang nak bagi nama arnab tu apa. Maka terkeluarla nama-nama seperti yatyat(=jumpa kat tempat mayat.ahaa :D), Dten(D10,= department forensik kat IPK Selangor). Tak comel langsung kan?. kalau arnab tu tau, die pun sedih kot.tehee. Lastly Nana memberi idea letak nama Ocik. Kiteorgpun rasa macam ok. Comel tak? sila cakap comel okay. ;p. Korg nak tau ke apa maksud Ocik? ehee. jangan gelak ok. Ocik = forensik yg disebut dengan pelat. cuba korang try.haa jadi tak? ahaa. Nie semua akibat penyakit pelat yang melanda kiteorg semua pada malam itu. Anggota polis pun bersetuju dengan nama tersebut. ;)

Ocik =)))
Ocik merenung masa depan.
Ocik kuat makan. Kuat berak. hehe.

So secara rasminya Ocik menjadi anak angkat kami berlima dan menjadi maskot forensik IPK Selangor. ;).
Ocik jangan risau kami semua akan menjadi mama dan papa yang penyayang.hehe.

that's all. Thanx for reading ;)




No comments:

Post a Comment