Monday, January 17, 2011

Kenapa ek kuku kaki lambat panjang daripada kuku jari?

Assalamualaikum semua ;)

Hamboi panjang btol entry :D. Korang rasa macam pening tak baca entry aku? huhu Rasa macam terbelit je lidah.hehe. Pagi tadi masa potong kuku jari tetiba terkeluar persoalan tu kat minda aku yang cergas nie kan. Perasan la pulak. hehe. Yela, kuku jari tiap2 minggu potong tapi kuku kaki 2,3 minggu skali baru potong. Siapa setuju angkat kaki? hehe. Aku tanya Hanim tapi diapun tiada jawapan. Then aku rasa nak google mencari jawapan. Korang nak tau tak kenapa? Meh kita share sama2.

Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit

Kuku mempunyai 2 fungsi utama iaitu :
  1. Sebagai pelindung kepada hujung jari. (Cuba korang bayangkan kalau takde kuku, mesti macam pelik jekan jari kita)
  2. Memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh. Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor
Kuku bertumbuh atau memanjang pada setiap masa, tetapi kadar pemanjangannya bergantung kepada faktor usia, jantina, musim, tahap latihan, suhu badan, diet, dan keturunan. Kuku jari tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan. Ini bermakna, kuku tangan mengambil masa kira-kira 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya menggantikan kuku yang lama, manakala kuku kaki memerlukan masa antara 12-18 bulan.

Kuku jari lagi cepat tumbuh sebab ianya lebih terdedah dan kita lebih banyak menggunakan kuku jari. Kuku yang paling cepat tumbuh ialah kuku jari tengah, kalau korang kidal, kuku jari tengah belah kiri lagi cepat tumbuh berbanding kuku belah kanan dan atas sebab-sebab yang tak diketahui, pemanjangan kuku berkait rapat dengan kepanjangan jari. Jari yang paling panjang kukunya tumbuh paling cepat, jari yang pendek kukunya tumbuh paling lambat.

Ini je info yang aku dapat.. Harap sedikit sebanyak mmberi ilmu kepada korang dan jugak aku sendiri. ;)

bajet cantik la nie kan.

p/s : rimas kalau kuku panjang sangat plus ada hitam2, tak hygine. Rasa macam makan kuman je.huhu.

2 comments: