Friday, December 24, 2010

searching-Part 1(menakutkan)

Haii semua :) apa khabar? lama sudah tak mengupdate blog. Ada misi yang perlu dilaksanakan. Nak tau ke ape benda? nie yang aku nak bercerita.hehe. Tahun depan atau boleh kata minggu depanlakan sebab minggu depan dah nak masuk tahun 2011 kan.huu. Aku akan memluakan industrial training aku di IPK Shah Alam. Cuak2!. Nak dijadikan cerita pulak aku kena pindah rumah yang aku duduk sekarang sebab owner rumah tu nak duduk rumah tu. So tugas aku searching rumah barula kan.

Ceritanya bermula macamnie, Isnin lepas aku bersama-sama roomate aku yang lain-nana&dayah pergi ke Shah Alam tujuannya untuk mencari rumah sewala. Owner tu dah sebok nak masuk rumah 26hb nie. Aku drive daripada JB bersama-sama nana dan adik aku buat peneman.hehe. Kiteorg sampai je Shah Alam terus pusing-pusing cari iklan rumah sewa kat semua bus stop area Shah Alam, boleh kata semua seksyen kt Shah Alam tula kiteorg pergi. Standardla kat Shah Alam iklan rumah sewa ditampal kat bus stop. Memang laku macam goreng pisangla rumah sewa kat sana sebab kt situ kebanyakannya semua student. Kiteorg cari then terus call owner rumah sewa tapi malangnya semua dah ada orang masuk. Lagi pulak tinggal lagi 1 week dah nak naik sem barukan, confirm2la banyak rumah dah ada org sewa. Kiteorg biasala suka buat kerja last minute.hehe.

Cari punya cari adala jumpa 1 nombor mak cik nie, dia sewakan rumah tapi bukan rumahla dia macam hostel kat Padang Jawa. Sewanya RM150 ada fridge, dapur gas, katil, air-cond. Haa macam menarik kan? murah pulak tu kan. So aku dengan nana decide nak pergi tengok rumah tu malam nanti. Nak tau apa yang menakutkan? nanti aku cerita dalam entry searching part 2.hee.

haa sabar okay :p


2 comments: