Friday, November 26, 2010

sakit gigi bukan, tapi sakit gusi.

Hai semua, apa khabar? hampir seminggu jugak aku tak update blog. Nak tau kenapa? jawapannya pada entry kt atas nie.Aku sakit gusi beb, gusi kat hujung sekali kat gigi geraham. Habis bengkak sebelah pipi. Dah macam kena begok jugak.huhu. Sakit sampai rasa nak demam. huu. Mula-mula aku ingatkan mata ikan. Korang tau tak mata ikan tu apa? alah bahasa saintifik orang panggil ulcer. tau dah? bagus ;)

Masa first day rasa sakit biasa-biasa je, cuma macam tak boleh nak nganga sangat. Tapi aku melantak makan sampai 3 pinggan jugak.hehe. Yela, mama masak asam pedas sapa boleh tahan. Sakitpun paksa jugak makan, aku telan jela.hehe. Malam tu, dah rasa makin sakit sampai tak boleh nak tidur. Air mata dah meleleh dah.hee. Sakit sangat. Aku kumur dengan air garam, okla sekejap but then sakit balik.

Hari kedua rasa makin teruk, sampai rasa nak demam. pipi dah makin bengkak, dah xleh nak nganga terus.huu. Berdenyut-denyut beb. Mama ajak pergi klinik tapi tak sempat sebab hari tu aku dah nak balik Shah Alam. Aku makan pain killer harap kurang sikit sakit tapi tak menjadi jugak.

Hari ketiga baru pergi klinik. Yang paling seksa tunggu turn nak dekat sejam. Aku dah menangis kat luar.hehe. Yela dah tak tahan sangat. Turn aku lambat lagi, ku ambil nombor giliran budak sebelah aku sebab dia dah bla dulu maybe bosan jugak tunggu turn tak sampai-sampai. Aku selamba jela ambil sebab aku dah tak tahan sangat. Mula-mula dr. tak nak terima tapi bila dia tengok pipi aku dah macam belon terus dia suruh baring.Huu. Tapi dr. tu pun tak boleh nak buat apa sebab aku tak boleh nak nganga kan. Dia cek jugakla tapi macam susahla jugak. Dia cakap bukan masalah gigi tapi gusi. Maybe infection kot. Yela pelik jugak padahal gigi aku tak berlubang pun. Dr just boleh bagi antibiotik jela.

Eh rasa macam dah panjang je pulak kan. Cerita pasal gusi je pun. Hehe. Sekarang dah ok, tapi still rasa kebas bila nak nganga. Nanah pun dah pecah, aku rasa ada aku tertelan nanah hari tu.woo masin.hehe. Hasilnya gusi aku pulak yang berlubang sekarang, bekas nanah yang dah pecah tu. Tapi alhamdulillah dah baik :)


nampak tak pipi ku besar sebelah.hihi.



p/s : Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil aku, mana tau b4 nie ada tergumpat orang, cakap benda-benda yang tak baik kan.

3 comments: