Monday, September 6, 2010

::Coklat Rice::

Raya,raya,raya=). Gaya mcm dah raya jekn.hehe. Bila dah kt rumah, perasaan nak raya membuak-buak. Semalam adik-adik aku main bunga api, bukan mercun ok,then dieorg pasang pelita. Semua berkobar-kobar nak raya. Biasala kanak-kanak. Aku yg agak dah tua ni tak berapa excited sgt bab-bab main bunga api ni.hehe. Tapi tang buat biskut raya mmg aku excited. Sekarang tak main la beb biskut raya, semua beli kedai tapi aku lagi suka buat sendiri. Baru rasa nak raya.
Berbalik pada entry kat atas, tu nama biskut yg aku buat arini.hehe. Biskut kegemaran aku nie.=). Aku buat sorg-sorg je bai.hee. kebetulan aku ber'cuti' lagi seronokkan, boleh rasa.hehe. Menjadila jugak biskut aku, lepasla tekak mama dan adik-adik aku. Semua cakap sedap. Wah!perasan sudah. :p
aku dah plan nak buat lagi 2,3 jenis biskut. Biskut cornflakes madu,tart nenas,biskut kacsang dan yang paling penting biskut suji tak boleh tinggal.huhu.

p/s : Mr Bf suruh buat biskut coklat berkacang. kalau rajin saya buatla. Suka yg pelik-pelik kamu nie.hehe.
=)

No comments:

Post a Comment