Thursday, September 2, 2010

Berat badan berlebihan?

Ikuti tips pemakanan berikut

Pemakanan sihat untuk menurunkan berat badan :


1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolestrol seperti makanan bergoreng dan makanan segera.
2. Kurangkan pengambilan semua jenis minyak dan lemak.
3. Kurangkan pengambilan mengandungi gula ringkas seperti sirap, minuman ringan, biskut manis dan lain-lain.
4. Hadkan  pengambilan karbohidrat kompleks sesuai dengan keperluan tenaga seperti nasi, mee, mihun dan  kuey teow.
5. Elakkan minuman beralkohol.
6. Kawal paras kolestrol dalam darah :
    a) Elakkan makanan tinggi kolestrol seperti otak, usus, ikan dan hempedu.
    b) Hadkan makanan laut seperti sotong, udang dan ketam.
    c) Kurangkan pengambilan hasil tenusu seperti keju dan susu penuh krim.
    d) Elakkan pengambilan lemak tepu seperti minyak kelapa, santan dan mentega.

Fikir-fikirkanlah baik dan buruk makanan yg kita makan. Lagi-lagi bulan puasa ni kan pegi bazar semua makanan nak beli. Pilihan yang bijak di tangan anda. Mahu makan sedap atau mahu sihat?
So, bagi sapa-sapa yg nak diet bolehla ikut tips ini.


Tips ni aku dapat masa tggu turn jumpa doktor kt pusat kesihatan hari tu. Membaca tu kan amalan mulia. Tak gitu. Hee.

p/s : Skema pulak entry kali ni. =)

3 comments:

  1. nie ayat copy jew nie..huhuhu

    ReplyDelete
  2. paste tertinggal..sowie..

    ReplyDelete