Monday, August 9, 2010

:: RAMADHAN ::

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.

Lafaz niat :

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lebih kurang lg 24 jam kita akan menyambut bulan ramadhan. Berpuasa dan berterawih. Tak sabar rasanya nk berterawih. Esok malam InsyAllah klu tiada aral yg melintang bolehla kita sama2 menunaikn terawih. Harap2 Ramadhan tahun ini dpt disempurnakan sebaik yg mungkin. Memperbayankkan amalan dan beribadah kpd Allah.

so, Marilah kita sama2 menunaikan rukun islam yg ke-3 sebaik yang mungkin. Tingkatkan amal ibadah. InsyAllah.


=)

No comments:

Post a Comment