Monday, August 30, 2010

Semuanya kerana sengketa

kusut
kusam
kelam
kalut
serabut


semuanya kerana sengketa.

=(

Sunday, August 29, 2010

tahun depan belum tentu

Entry kali ni mcm pelik sikit. Tetiba terlintas kat kepala aku entry ni. Dan mcm-mcm ayat penyambung daripada entry ni. Sebenarnya aku ngantuk gila ni dpt tidur 2 jam je pg tadi tapi pelik mata tak leh nk lelap pulak. Nak suruh aku buat kerja sekolah kot tapi hampeh je, kemalasan melanda.hehe.

kalau ikut kalender islam hari ni dah 19 Ramadhan 1431. kira2 ada lg 10 hari kita berpuasa lepas tu raya.yeaah!. Mr Bf saya sudah pulang ke kampung. Sekarang dlm perjalanan. Semoga selamat smpi. Entry kt atas ni ada kena mengena dgn awaklah Mr Bf. hee. Biasala bila berjauhan mulala dtg mood jiwang. Eceh!. Tak smpi 12 jam lgpn terpisah tapi rasa mcm dah lama je.huu. Cane ye nak berpisah 3 minggu ni.

Kira puasa tahun ni agak bermakna la jugak dlm hidup aku. First time masakkan hari-hari utk Mr Bf. Sedap tak sedap tu blkg cerita janji tau masak, tu yg penting. Kalau ikut tekak sendiri dah lepas tapi tekak mak mertua belum tentu lg bai.hehe. Tahun depan belum tentu lagi aku dpt masakkan utk Mr Bf.

Tapi kami pergi bazar jugak. Saja berjalan tgk makanan. Sahur pun masak jugak. Dah mcm suri rumah tangga jugak aku ni tp part time la.hehe.Nasibla awak tak pernah complaint apa sy masak, klu tak sy suruh masak sendiri je.grrr. Rasa seronok bila tgk Mr Bf saya mkn byk. =) Tahun depan belum tentu jugak kita dapat pergi bazar sama-sama, berbuka sama-sama dan sahur sama-sama.

Lagi satu amat bermakna, kita pergi terawih sama-sama kt masjid negeri tapi berapa kali je pun kita pergi kan. Tak pelah janji pergi daripada tak pergi langsung kn Tapi Tahun depan pun belum tentu kita dapt berterawih sama-sama kan.

Then kita pergi jalan TAR, masjid India, Sogo bukan shopping raya sgt tapi just window shopping. Yang plg best, kita pergi karaoke nyanyi lagu raya. Haha. Mmg terbaik lah awak! Tahun depan belum tentu lagi kita dapat pergi shopping raya sama-sama dan tahun depan belum tentu jugak kita dapat karaoke lagu raya sama-sama kan.


Tahun depan kami akan jadi org berkerjaya bukan lagi seorang student so masa untuk diluangkan bersama agak terhad. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang kn. Yang penting jujur, amanah dan setia. Ceh! dah macam logo sekolah pulak.haha. Papepun hanya mampu berdoa.

=)

Friday, August 27, 2010

Kekosongan

Rasa mcm dah lama aku tak update blog. Kekosongan dan ketandusan idea utk berblogging. Nak kata busy sgt tak juga, rutin harian mcm biasa. Pergi kelas, balik kelas, masak utk buka, terawih(kadang2).Balik terawih duduk bersenang lenang, nmpk mcm tak ada kerja pdhl dah beratur kot kerja-kerja menunggu. Lab report, thesis final year project, assignment, presentation. Haa amek kau, tu pun tak sedar-sedar lg Anis.huu. Nanti dah nak dekat final baru nak siapka semua. Tak insaf-insaf ke mak cik.
Aku rasa normal la tu jadi student, suka buat kerja last minute. Btol kan? rasa mcm tak ada feel je kalau nak buat awal-awal. Rasa mmc tak ada idea nk buat kerja-kerja yg bertambun-tambun tu. Tapi cuba kalau buat last minute aku berani kerat jari mesti kerja semua jadi mudah dan for sure la akan siap jugak. Hee. Sampai sanggup tak tido malam nak siapkan kerja-kerja, time tu tak rasa penat pulak kan.Tu namanya tekanan. Otak dah set kena siapkan juga, so barula dpt idea nak buat kerja. Tapi tak semua student mcm tu, ada yg rajin yg suka buat kerja awal-awal. Orang yg mcm nila kita nak.hehe. Tapi boleh kira dgn jari kot berapa ramai je yg mcm tu. huu. Aku harap-harap akupun akan jd mcm tu juga.Aamin.

ok, dah kekosongan idea balik ni, nnt bila idea dtg membuak-buak aku akan mencoret lg.

=)

Monday, August 23, 2010

budak jahat

Hari ini aku sgt mngntk pergi kelas. Nak tau aku kt mana ni?.kat dlm kelas.haha. Jahatkn aku? lecturer ajar kt dpn aku online kt blkg.hehe. Lagi plak ni dlm kelas food Chemistry. Mmg terbaik la. Huu. Mintak maaf Dr. :D

Wednesday, August 18, 2010

Pucuk dicita ulam mendatang =)

Akhirnya, aku dpt juga memiliki apa yg aku impikan selama ini..yeah sgt sukaa =). 
my new bf :D
sesungguhnya objek inila yg aku impikan selama ini. Nak beli fikir lima, enam kali kot. Duit tak berapa nak cukup. Tapi kali ini mcm pucuk dicita ulam mendatang.hehe.Along anaakanana offer slr ini dgn harga yg brpatutanla jgk, siap boleh byr monthly.mcm kt courts mammoth.huhu. So aku apa lg tanpa berfikir pnjg terus je nak.hehe. Dah lama aku impikan, so tak salah klu kita korbankan sikit duit kita pd sesuatu yg kita impikan. Tak sabar rasanya nak menelek dan membelai bf baru aku ini.hehe.
Kalau ada rezeki lebih nanti bolehla aku tambah accessories lain, baru gmbr nmpk mantap. Tapi buat masa sekarang dpt yg biasa-biasa dulupn dah ok =)

Monday, August 16, 2010

-meningkat 23-

Aku curi gmbr kau kt fb.hee.

selamat ulang tahun yanti.
may God bless U.
may ur dream comes true.
nie yg plg penting semoga cpt2 dpt prince charming.tehee :D

Sunday, August 15, 2010

Friday, August 13, 2010

:: SELAMANYA ::

cinta adalah misteri dalam hidupku
yang tak pernah ku tahu akhirnya
namun tak seperti cintaku pada dirimu
yang harus tergenapi dalam kisah hidupku


ku ingin slamanya mencintai dirimu
sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
ku ingin slamanya ada di sampingmu
menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku
ku berharap abadi dalam hidupku
mencintamu bahagia untukku
karena kasihku hanya untuk dirimu
selamanya kan tetap milikmu
di relung sukmaku
ku labuhkan sluruh cintaku
di hembus nafasku
ku abadikan sluruh kasih dan sayangku

=)

-Hati dan Perasaan(wanita)-

Ehmm..aku pun ada hati dan perasaan jugak. Sama mcm org lain. Even aku nmpk mcm keras dan tak brperasaan tp hakikatnya aku sama je mcm perempuan normal, punya naluri seorg perempuan. Susahkn nk bg org fhm perasaan kita, apa yg kita rasa, apa yg kita nak. Lagi2 org mcm aku nie susah nk meluahkn apa yg ada dlm hati. So org selalu salah ertikn perasaan aku.
Ye aku tau mmg aku keras kepala, degil, hati batu, ego tp akupn ada perasaan jugak. Perasaan yg sama dgn perepmuan lain. Perasaan utk diberi perhatian, dikasihi, dimanja tp disebabkn pd luarannya aku nmpk keras so ada org rasa aku xperlukn  semua tu. Ehmm sedihlah.
Walau mcmmana keraspn aku tp aku sensetif jugak, cengeng jugak, manja jugak sama mcm perempuan lain tp ada org tak faham. Disebabkn perwatakan aku yg mcm tu so aku tak mendapat layanan sebegitu. Kadang2 ada jugak rasa nk bermanja2 tp ehmm entahlah.
Lagi satu kelemahan aku yg drp dulu tak boleh nk ubah2, susah nak meluahkan apa yg trbuku kt hati. Ye mmg, aku rasa org lain tak perlu tau apa yg aku rasa. Di sebabkn benda niela 'dia' selalu fikir yg bukan2 psl aku. Maybe slh aku jugak sbb tak pernah nak luahkn. Betolla ckp org, menyimpan perasaan sendiri akan buat kita lebih sakit..
Apapun aku manusia biasa, tak sempurna tp hari demi hari aku berusaha utk mmeperbaiki diri. Terimalah diri ini seadanya.

Monday, August 9, 2010

:: RAMADHAN ::

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.

Lafaz niat :

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lebih kurang lg 24 jam kita akan menyambut bulan ramadhan. Berpuasa dan berterawih. Tak sabar rasanya nk berterawih. Esok malam InsyAllah klu tiada aral yg melintang bolehla kita sama2 menunaikn terawih. Harap2 Ramadhan tahun ini dpt disempurnakan sebaik yg mungkin. Memperbayankkan amalan dan beribadah kpd Allah.

so, Marilah kita sama2 menunaikan rukun islam yg ke-3 sebaik yang mungkin. Tingkatkan amal ibadah. InsyAllah.


=)

Wednesday, August 4, 2010

Dirogol beramai2..

Terkejut ke dgn entry kali nie? mmg sungguh kejam, tak de hari perut betul. Sanggup merogol secara beramai2, di tempat awam pulak 2.
Siap ada tukang ambil gmbr lg. Meh kita tgk sikit aksi2 mangsa dirogol.


Terperanjat.hehe

Si Hitam mcm marah je org yg ambil gmbr nie.
Si kelabu bg peluang pada yg lain.
Terperanjat? hehe. Kesian aku tgk mangsa, tak mampu melawan. Tak taula nie nnt bunting brape byk anak dia.huhu.

p/s : Ingatkan manusia je mengalami masalah sosial, rupanya haiwan2 pun sama jgk. Biasala dunia dah maju.

=)

:: Fraser Hill ::

Sambungan daripada post yg lepas. hehe. Oleh kerana aku bz dgn test so aku xdpt nk update blog. Tp Alhamdulillah blehla buat test walaupun mcm btol x btol je.hehe.

Berbalik pd entry di atas, weekend lalu aku pergi ke sana. Sgt indah pemandangan, menikmati keindahan semulajadi ciptaan Tuhan. Rupanya Malaysia kaya dgn tempat2 yg menarik. So, kpd semua sebelum terniat nk brcuti di luar negara sila fikir2knla dahulu krn di tanah air kita sgt byk tempat2 yg menarik yg bleh kita kunjungi.

Sebelum tu aku nk cerita sikit sejarah Bukit Fraser, rasanya semua org tau dah Bukit Fraser kt negeri Pahang, tp aku ari tu ingtkn kt Penang. Hehe. Suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Daerah Raub Pahang. Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser .

Okla, back to the story. Aku dn Mr Bf bertolak seawal 8 a.m. Perjalanan mangambil masa lebih kurang 3 jam. Danoleh kerana Mr Bf saya suka memandu secara berhemah so lambat la skt prjalanan kami.hehe.

  baca doa dulu semoga slmt prjalanan =)
Driver berhemah.hee






Jauh lagi.
berenti kt atas bukit tgk pokok durian.
Geram rasa mcm nk curi.

Kteorg ingt bukit Fraser nie tak la tinggi mana rupanya tggi la jgk lebih kurang mcm genting. Paling aku takut jalannya mcm ular bersimpang siur.huu. Sempit plak tu. Agak adventure la jgk tp menarik sbb dpt menikmati keindahan alam semulajadi. Kteorg smpi lebih kurang pukul 11.30.

Ingatkan x rmi org dtg kt sini tp bila dah smpi rmi rupanya org. Ada yg dtg brkonvoi dgn super bike, ada yg brfamily dan mat selh pn rmi jgk. Aku rasa sgt truja x sbr nk tgk gmbr byk2. Huhu. Nasib baikla Mr Bf saya sporting, layan je aku nk tgkp gmbr byk2.hehe. thanx!
View drp atas.
Baju kami sama warna.hehe
xtau apa motif :p
disebalik TNB :D
Set kamera atas tong smph.hehe
pdg golf mainan
Byk2 gmbr, bmgr nie aku plg suka. :))
I like !
Byk tmpt yg menarik kt atas nie, semua design rumahpn ala2 rumah Inggeris. Facalities pn rasanya lengkap. Ada balai polis, klinik kesihatan, pos office.

Kalau boleh aku nk upload sume gmbr2 sbb sumenye menarik. Almaklumla aku nie gila brgmbr. hee.
Byk lg tmpt2 yg menarik tp kami xmpt nk pergi semua tempat. Korg semua jgn terperanjat sbb kt atas nie ada air terjun. Korg boleh bygkn x brapa suhu air tu. Tak taula ada ke tak org yg boleh mandi kt situ.huhu.
Yang paling kelakar sekali, kami bleh sesat kt dalam Bukit Fraser nie.hehe. Jenuh jgk nk mencari jalan keluar sbb asek jumpa jln mati je.

Macam panjang sgt plak post kali nie, aku juz nk berkongsi pengalaman menarik dgn korg2 semua. Kalau berkesempatan korg dtgla sini, jgn rasa truja nk pergi oversea je k :).

Thanx to Mr Bf saya sbb memberi saya pengalaman yg indah :). Tapi ada lg 1 tmpt yg saya sgt2 nk pergi tau ! huhu. Mr Bf sila fikir2 kan la ye bila bleh bwk saya pergi..hemm.

Sunday, August 1, 2010

Awesome!

SGT seronok dan puas hati walaupun penat dan letih. Arinie spt yg dijanjikan aku brsama2 Mr Bf pergi ke bkt fraser. Sungguh cantik view di sana. Sgt teruja walaupun prjalanan agak adventure tp sgt mnyeronokkn. =).

Tak mampu utk brceloteh panjang, otak xdpt brfungsi dgn baik buat masa sekarang kerana terlalu penat. Input utk berkarya sgt terhad. hee. Cerita lebih lanjut di kemudian ari ye.

okeh. babai =)