Friday, December 31, 2010

Congratulation sahabat ;)


Assalamualaikum semua :). Tengok gambar kat atas dah tau kan aku nak cerita pasal apa.hee. First of all just want to wish congratulation to my dear friend Nor Hidayah. Dah selamat bertunang dah. Kalau u all nak tau kami berempat : Aku, Aminah, Yatie dan Dayah berkawan sejak dari sekolah rendah lagi. Kira kiteorg memang famesla berempat. hehe. Bukan fames yang macam artis tu tapi fames sebab kemana2 mesti berempat. Kalau takde sorang mesti orang bertanya. Aminah orang first aku jumpa masa masuk darjah satu. Ingat lagi masa tu comel je kau Minah.hehe. Yatie, kiteorg banyak sekelas dulu dan banyakla kenagan kiteorg. Nak2 pasal Bf. haha. Yatie ingt tak: ;p. Dayah start sekelas masa darjah 6. Kiteorg sama2 pengawas. Now, Tak sangkakan dah besar kita semua. Dah 24 tahun okay 2011 nanti. Memang patutpun Dayah dah tunang.hehe.

Tak payah bebel panjang2, jom tengok gambar2 majlis Dayah.....

mini pelamin yg comel :)
Cincin berbentuk S, stand for saiful ;)


Excited gila aku senyum.hehe.
Dayah dan Yatie yang ayu. :D 
Aminah comel ;) 

Ambik berkat.hehe.

Akupun mestila nak ambik berkat jugak kan.huhu.

Lebar gila senyum depan mak mertua.hehe.

Bagai pinang dibelah dua :)




Dulu masa sekolah kiteorg selalu cakap 'siapala ek nanti kawen dulu, aminah kot'. hehe. semua ingat minah sebab dulu dia ramai bf.haha. Kiteorg selalu teman dia pergi dating. hehe. Tak sangka pulak Dayah yang diam tunang dulu. huhu. Memang betul diam2 ubi berisi. hehe. Dah lepas dah sorang. Orang cakap sealunya berturut kalau dah sorang yang start hehe. Lepas nie turn siapa pulak. Aku? haha. Macam kelakar je pulak. ;p

Apepun Dayah, congratez! Semoga berkekalan hingga ke anak cucu ;). Aminah, Yatie, Dayah....semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila2. 

Bersuka ria ;)


Haii semua..tak mau cerita panjang.kali nie penuh dgn gambarsahaja kerana 2, 3 hari nie aku banyak bejalan2 ;)

destinasi utama : Gunung Ledang


2 org budak senget :p




budak bajet hensem.;D

budak pelat :D

Ketua program :p

posing manja.hehe

my sister :)
gmbr prhiasan.hehe

After mandi manda kat Gunung Ledang, kiteorg singgah kat Batu Pahat tengok road show kereta proton.
smartkan kereta nie :)



Jebat yang hebat :)



Kereta ciptaan proton cantik2, yang paling canggih kereta proton emas. Memang canggihla, guna solar energy, gear touch screen. Kalau ada road show korang pergila tengok. Mesti korang rasa bangga jadi rakyat Malaysia ;).
Proton emas.



Nana dgn adik aku dah sama besar.hehe

Geng2 meronggeng hehe.
After pergi road show kiteorg pergi Bp Mall pulak, pergi tengok movie cerita janin. Bestla jugak, tak seram sangat pun tapi cerita real pasal orang melayu. Korang pergila tengok. Kiteorg memang bersukia ria sangatla, Daripada pagi samapi ke malam berjalan. Balik terus melepek semua orang.hehe.

Sementara ada waktu terluang baik kita pergi bersuka ria kan. Lepas nie dah start praktikal confirm busy.


p/s : Esok 2011 ;)





Sunday, December 26, 2010

searching-Part 3(misi berjaya)

Hai semua :)

Kalau dah nama entry part 3, for surela nak sambung cerita pasal rumah 2kan.hehe. Korg dah baca kisah aku kt Pdg Jawa tu? seram kan? ahaa. Hari ke-2 mencari rumah berjalan lancar setelah misi pertama gagal. Bangun pagi2 kteorg bersiap sedia nak pergi mencari rumah. Haa yang tak boleh bla tu mak cik yang nak sewakan rumah kat Pdg Jawa tu call nana pagi tu. Eh? wujud rupanya mak cik tu. hehe. Aku ingatkan mak cik tu tak wujud. Korg nak tau, rupanya yang dia tak agkat call tu hp die tertinggal dalam kereta. haa cool tak?? kteorg punyala bersusah payah cari rumah dia sesedap hati je kan.... Mak cik tu suruh datang petang nanti tengok rumah tu. Kiteorg semua memang dah tak de hati dah nak pergi, kang sesat barat lagi. Uishh.. Tapi kiteorg pergi jugak tengok rumah tu tanpa makcik tula, rumah tu takdela pulak papan tanda Jalan Kundang Dua. Pelik2. Korang rajin tengok cerita indon kan? haa rumah kat situ macam kat Indonla.hehe. Kalau korg nak duduk tak? mesti tak nak kan? hehe. Ok abaikanla cerita mak cik tu.

Kiteorg pusing2 lagi cari kat bus stop, kat 7Eleven. Ada rumah kat seksyen 15 still available lagi.Kteorg pun call owner umah tu cakap nak tengok. Ok, then dia suruh pergi rumah dia dulu kat seksyen 7 sebab bilik dia pun nak sewakan orang. Rumah dia ok, bilik besar, harga pun ok cumanya macam tak selesala kan duduk rumah orang. Nanti nak keluar masukpun susah. Then,pak cik tu bawak kiteorg tengok rumah kat seksyen 15, rumah kedai. Kawasan baru bukak. Hemm rumah tu okla tapi masalahnya pulak kat area situ sunyi, tak ramai lagi orang duduk kat situ. Tambah pulak pak cik tu cakap area situ ramai warga asing. Hemm aku dah macam nak tak nak jekan. Selesa memang selesa tapi keselamatan lagi penting kan. Tapi Dayah dgn Nana macam nak duduk je. Yela, kiteorg dah tak de choice lain kan.

Petang tu kawan pak cik aku call ajak jumpa sebab pak cik aku ada mintak tolong dia jugak carikan rumah. Akak nie pegawai polis kerja kat IPK jugak bahagian jenayah seksual. Akupun pergi jumpa die sorg2 sebab dieorg membuta.hehe. Akak tu dengan kawan lelaki dia polis jugak die jaga area seksyen 15. Aku ceritala dapat rumah kat Seksyen15. Dieorg cakap tak payahla duduk seksyen 15 tu, banyak kes. Yela warga asing ramai kan. Baru2 nie ada kes rogol. Hoo selisihla. Aku dgn akak dan abang tu try lagi cari kat area lain. Tengok kat 7Eleven, rupanya banyak je iklan baru cuma dieorg tak tampal. Banyak gak nombor yang aku dapat. Malam nanti kiteorg nak pergi tengok. 

Pendekkan cerita jela, malam tu kiteorg pergi makan kat seksyen 2, aku saja je nak pergi tengok iklan kat 7eleven kat situ, mana tau ada iklan baru lagikan. Aku ada dapat 1 bilik kat seksyen 8, rumah double storey. Sewa bilik RM350. Macam best. Aku call terus akak tu nak tengok rumah tu. Yang lawaknya boleh pulak aku panggil akak tu mak cik. ahahaha. Bila jumpa orangnya muda je lagi beza setahun jepun daripada aku. Kesian gila akak tu. ;p. 

Kiteorg tengok rumah tu terus je setuju, sebab biliknya besar duk 5 org pn ok. Bilik air siap ada bath tab tu yang tak tahan.hehe. Best kan? sewa bahagi 4 orang baru RM85 sorgkan? Bolehla aku beli hp baru.haha. Alhamdulillah aku rasa Tuhan nak tolong kiteorg yang bersusah payah cari rumah. Kalau tak dapat jugak rumah kiteorg memang decide nak duduk je kat seksyen 15 tu. Tapi syukurla dapat rumah nie, yang paling best dekat je dengan IPK Shah Alam. Kiteorg nak pergi jalan kaki pun boleh.huhu. 


Haa niela rumah baru kiteorg :)

Muka sorg2 xleh bla.hehe. 

Thanx to all of u yang bersusah payah tolong carikan rumah utk kiteorg. Jasamu dikenang.hehe. :)

Saturday, December 25, 2010

searching-Part 2(sangat adventure)

Hello semua;) tak payah buat introduction panjang2la ok. Juz nak sambung cerita part 2.hehe. Cerita aku, nana and dayah pergi ke Pdg Jawa nak tengok rumah yang ada air-cond tulah kan. After sembahyang maghrib kiteorg    bersiap-siap, tetiba hujan lebat pulak. Haiysh aku macam dah tak sedap hati dah nak pergi, tapi kawan-kawan aku tak de pulak bagi signal tak nak pergi so tak pelah aku ok je cuma fikir macam susahla kan nanti nak cari rumah tu sebab kiteorg tak tau kat mana. Aku pun tak berapa expert jalan kat Pdg Jawa tu.

Masuk je kereta hujan memang selebat-lebat hujanla. Jalanpun tak nampak. So kiteorg trus ke Pdg Jawa. Rumah tu kat Jalan Kundang Dua. Memang aku tak pernah dengarla. Selalu aku pergi sanapun juz pergi makan, tak pernah pulak nak ambil tau nama jalan.hehe. Memandangkan hujan sangat lebat, memang agak susahlakan nak tengok nama jalan.Haa yang lagi menyusahkan kiteorg kan, call mak cik tu banyak kali tak angkat. Padahal dah janji nak datang lepas maghrib. Aku berhenti kat tepi kedai runcit suruh Nana tanyakan abang kat situ tau tak kat mana Jalan Kundang Dua. Bila tanya muka abang nie memang macam selak kamus dalam kepala. Sah2la memang tak tau nie. Takpe bang tak tau cakap je tak tau, tak payah sampai berkerut-kerut muka.hehe. Then, aku pergi kedai lagi satu nak try tanya pak cik kat situ. Pak cik nie pun sama jugak berkerut-kerut muka nak bagi jawapan. Tapi nasibla dia nak bagitau jgkkan.

" Pak cik rasa belah sana, terus nie belok kiri pastu jumpa simpang belok kiri lagi"
" Ok, terima kasih pak cik"

Kalau dah pak cik tu rasa belum tentula betul kan.hehe. Tapi takpe kiteorg try je ikut jalan yang pak cik tu cakap. Haa jumpa memang jumpa tapi nie bukan jalan Kundang Dua, Jalan Tegas. Kiteorg berhenti depan rumah ala2 hostella. Dayah cakap betolla nie kot maybe makcik tu je panggil Jalan Kundang. Haha ada pulak macam tukan. Tempat memang scaryla betul2 hujung jalan. Jalan mati dah. Depan rumah semak samun. Kalau korg nak duduk ke? hee. Lama jugak kiterog kat situ nak tanya orang tak tau nak tanya siapa. Memang sunyila. Lastly, kiteorg decide cari kat lain maybe pak cik tu salah bagi info.

Hujan tak reda2 makin lebat pulak. Menyusahkan aku jugakla nak drive. Ada satu jalan tu aku tau jalan mati, gelap takde lampu semua tapi si Nana dgn Dayah suruh jugak aju try mana tau ada lorong Kundang. Takpelah aku layankan je.hehe. Sampai kat situ memang betul jalan mati dah depan macam hutan belukar, gelap gelita. Semua terdiam suruh aku patah balik cepat2. Aku nie memang dah tak sedap hati dah , tak taula kenapa sebab kalau siang2 aku lalu kat situpn rasa meremang je bulu roma.hihi. Bukan main laju lagi aku reverse. Cuak beb tak tau nak describe cane. Pastu kiteorg ada jumpa satu jalan tapi huruf macam dah tertanggal so kiteorg abaikan jela. Masuk lorong lain ingtkan boleh tembus lagi tapi zappp jalan mati lagi. Tapi nie ok sikit sebab dekat rumah2 orang. Pak cik kat situ siap bgtau lg jalan mati kat depan. Kiteorg tanya lagi kat mana Jalan Kundang Dua. Kali nie jawab macam yakin je. Ok kita try. Tapi aku sebenarnya macam dah tak nak cari sebab aku dah rasa lain macam.hehe. Tambah pulak aku rasa tak selamat je kalau duduk kat kawasan nie. Banyak kali jugak aku tanya Nana nak try lg ke, die kata try cari lagi. Aku ok jela. Tapi dalam hati dah dup dup dup dap dah. ;p

Ok. Kali nie kiteorg rasa betul. Aku nampak ada motor keluar daripada simpang depan. Aku cakap kat dieorg haa maybe belah sana Jalan kundang. Akupun yakin je, siap bawak laju lagi. Belok je simpang tu mak ai gelapnya, dahla belah kiri parit belah kanan semak samun . Takde lampu jalan pulak tuu . Aku dgn yakin cakap haa ni tembus jalan td ni. Akupun speed dah cuakkan  tapi zaapppp brek emergency sebab dah xde jalan, ada timbunan pasir dengan tong2 biru yang besar tu. Oh damn! semua terdiam. Aku dah berpeluh-peluh, cuak, tambah aku dah fikir macam-macam. Gelap kot kat situ, mana tau ada mat gian, mat ganja ke kat semak samun tu. Dahla kiteorg perempuan semua. Macam2 boleh jeadikan. Tambah pulak aku tebayang ada penunggu kat situ, ada hantu ke. haha. Yang tu memang aku dah fikir merepekla.hehe.


Jalan lebih kurang macamniela.hehe.

Korang sanggup ke kalau jumpa.haha.

Akupun tak fikir panjang kena reverse belakang, pusing balik tak boleh sebab jalan sempit. Laju je aku reverse tetiba gedeguk.. cepat2 aku brek. Semua menjerit. Nana bukak tingkap tengok apa yang aku langgar. Rupanya aku dah termasuk dalam lubang besar yang sembung ke longkang besar. Fuuh!! memang gilala, kalau aku  x brek tadi kiteorg dah masuk dalam longkang besar tu. Siapa nak tolong kalau jadi macam tu. Memang selisihla. Aku rasa masa tu muka aku memang dah pucat gila. Aku rasa dierog pun sama jugak. Betul tak dayah? nana yana? haha. Tapi Alhamdulillah berjaya jugak kiteorg keluar daripada simpang yang gelap gelita tu. Aku dah surrender dah nie. Aku cakap kat Nana kita cari rumah lain jela. Hujan pulak tak berhenti-henti lagi. Mak cik tu daripada tai memang tak angkat call. Pelik. Nana cakap try lagi tengok simpang depan. Okla lastla nie. Kiteorg keluar jalan yang sama. 

Haa korg ingt tak jalan yang aku cakap hurufnya macam dah tertanggal? rupanya tula jalan Kundang. hehe. Saja nak bagi kiteorg sesat barat dulukan. Masuk jalan kundang tu kiteorg nampak jalan Kundang Satu je, jalan Kundang Dua tak jumpa pun. Aku tanya abang kat kedai runcit area situ tapi dierog sendiri tak tau. Aaku dah pelik dah, abang nie duduk jalan Kundang tapi tak tau jalan Kundang Dua kat mana. Korang tak rasa pelik ke?? Tetiba otak aku dah melencong yang mak cik tu sebenarnya tak wujud, jalan upun tak wujud. Korg rasa logik tak apa yang aku fikir? Dah tu semua orang macam tak sure kt mana Jalan Kundang Dua. hemm. finally kiteorg decide tak payah cari lagi, takut jadi pape yang bukan2 lagi. Baik cari rumah lain. Lagipun kalau jumpa rumah tupun aku tak nak duduk kot sebab kawasan kat area situ menakutkan. Yela takut jadi papekan. Siapa tau kan.

Sangat adventurkan kiteorg nak mencari rumah sewa?huhu. Korang nak tau ke kenapa mak cik tu tak angkat phone? Then korg nak tau ke kat mana kiteorg sewa rumah?.hee.Nanti cerita. ;p


p/s : panjang gila pulak cerita niekan.haa. sorry.

Friday, December 24, 2010

searching-Part 1(menakutkan)

Haii semua :) apa khabar? lama sudah tak mengupdate blog. Ada misi yang perlu dilaksanakan. Nak tau ke ape benda? nie yang aku nak bercerita.hehe. Tahun depan atau boleh kata minggu depanlakan sebab minggu depan dah nak masuk tahun 2011 kan.huu. Aku akan memluakan industrial training aku di IPK Shah Alam. Cuak2!. Nak dijadikan cerita pulak aku kena pindah rumah yang aku duduk sekarang sebab owner rumah tu nak duduk rumah tu. So tugas aku searching rumah barula kan.

Ceritanya bermula macamnie, Isnin lepas aku bersama-sama roomate aku yang lain-nana&dayah pergi ke Shah Alam tujuannya untuk mencari rumah sewala. Owner tu dah sebok nak masuk rumah 26hb nie. Aku drive daripada JB bersama-sama nana dan adik aku buat peneman.hehe. Kiteorg sampai je Shah Alam terus pusing-pusing cari iklan rumah sewa kat semua bus stop area Shah Alam, boleh kata semua seksyen kt Shah Alam tula kiteorg pergi. Standardla kat Shah Alam iklan rumah sewa ditampal kat bus stop. Memang laku macam goreng pisangla rumah sewa kat sana sebab kt situ kebanyakannya semua student. Kiteorg cari then terus call owner rumah sewa tapi malangnya semua dah ada orang masuk. Lagi pulak tinggal lagi 1 week dah nak naik sem barukan, confirm2la banyak rumah dah ada org sewa. Kiteorg biasala suka buat kerja last minute.hehe.

Cari punya cari adala jumpa 1 nombor mak cik nie, dia sewakan rumah tapi bukan rumahla dia macam hostel kat Padang Jawa. Sewanya RM150 ada fridge, dapur gas, katil, air-cond. Haa macam menarik kan? murah pulak tu kan. So aku dengan nana decide nak pergi tengok rumah tu malam nanti. Nak tau apa yang menakutkan? nanti aku cerita dalam entry searching part 2.hee.

haa sabar okay :p


Monday, December 13, 2010

Ok tak?

Haa kawan-kawan..ok tak blog aku yg baru nie? hehe. tetiba tangan rasa gatal nak edit-edit.hehe.

ok tak?

Untitled.....

Tetiba pagi nie rasa nak dengar lagu nie banyak kali..........

wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai Tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau 
sang maha pengampun dosa

Ya Rabbi, izinkanlah 
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau 
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...


Sekian terima kasih :)

Saturday, December 11, 2010

Terlepas segala gundah gulana ;)

One more entry untuk hari ini.hehe. Apa yang gundah gulana nie ek? Haa sebenarnya hari ini perkara yang aku paling takuti selama aku bergelar student telah pun berakhir. Korang yang jadi student or yang pernah jadi student faham tak? huhu. Agaknyala apa yang korang paling takut sekali? Alah, janganla kerut-kerut muka, mestila menanti result exam keluarkan? betol ke tidak? tipula kan kalau korang tak risau. Bila tau date result nak keluar mesti korang semua jadi gundah gulana kan? mesti tidur pun sampai termimpi-mimpi result la.haha.

First, Alhamdulillah syukur Ya Allah sebab makbulkan doa aku. Alhamdulillah aku pass semua paper. Walaupun result tak de la gempak sangat sampai nak dapat 4 flat kan tapi yang paling penting sekali lepas semua dan cgpa maintain. Tu je yang aku duk doa hari-hari. Takut beb kalau kena repeat paper and yang paling takut kalau kena extend. Fuuh! memang selisihla. Dah last sem nie, tahun depan praktikal then insyaAllah habisla pengajian aku. Takkan la aku nak extend kan, dah tua dah bila pulak nak habis belajakan. Tak sabar dah nak balas jasa ma abah.

Walaupun result degree aku tak secantik diploma tapi aku redha sebab itu apa yang Allah dah tentukan untuk aku. Mungkin ada hikmah semua nie kan :). Lepas nie tak de exam dah, terlepas dah sengsara takut nak dapat result. huhu. Apapun kita sentiasa kena lengkapkan diri kita dengan ilmu. Sampai bila-bila pun kita kena belajar. Bukan setakat belaja kat sekolah, kat universiti je tapi belajar benda-benda lain yang dipanggil ilmu yang berguna jugak.

Ok, itu saja untuk kali nie. Alhamdulillah. :)

Part time job

Salam semua. sihat? harap semua sihat untuk menjalankan hari-hari yang penuh berliku nie. Ceh, berbunga-bunga pulak ayat aku.hehe. Kali nie nak cerita pasal kije part time sempena cuti sem nie kan.huhu. Kita tengok dulula gambar then baru nak cite kije ape yang aku buat. :D



Jadi chef :p


Sempat lagi senyum :D


Bukan lakonan ok.hehe


Agak-agak apa kije aku nie ek? hehe. Actually aku tolong mak cik aku catering. Tapi bukan catering orang-orang kahwin Mak cik aku amek tender kt dlm UTM. Best memang best tapi lepak beb. Nak dijadikan cite plak mak cik aku boleh demam plak and now sekarang dekat hospital sebab denggi. Kesian. Kiteorg semua dah kalut fikir siapa yang nak kena masak nie. Mak cik aku suruh aku yang masak. Mula rasa nak gelak jugak sebab fikir aku ke yang nak kena masak? bukan tak reti beb tapi masalhnya nak bagi orang ramai makan bukan setakat 4,5 orang je. Dahla untuk orang-orang bekerjaya. Kebetulan pulak menu hari tu nasi tomato.vava. Mak cik aku bagi resepi aku pun main beduk jela masak. Jadila jugak. tak taula sedap ke tak. hehe. Ikut tekak aku rasa dah ok dah. Selain jadi tukang masak aku dengan adik aku ditugaskan menghantar makanan. Sakit pinggang beb ulang alik angkat pinggan semua. Nak buat macammana dah takde lelaki yang boleh menolong. Balik memang lepakla. Makan memang tak lalula dah penat-penat macam tue.

Tapi yang paling best dapat gajila kan. Itu je point. haha. Memandangkan akupun kekurangan duit that's why la aku buat kije part time nie. Daripada nak mencari kije kt supermarket tak berbaloi kot sebab tak dapat gaji terus. hehe. Nie sekali ade function aku terus dapat gaji. Tu yang best. hehe. Yela, takkan aku nak duk goyang kaki je kat rumah mintak duit dengan abah aku je kan. Malula beb dah besar kan takkan nak mintak-mintak lagikan. Takpe-takpe nanti aku dah kije aku akan balas jasa mama and abah aku. :). InsyaAllah.

Okla dulu memang nak cite pasal nie je pun.hehe.

=)

Posted by Picasa

Tuesday, December 7, 2010

1 Malaysia 1 Ummah

Salam semua. apa khabar? Harap semua ok2 :) Seperti semua sedia maklum hari ni 1 Muharam 1432H, permulaan tahun baru bagi umat islam. Entry kali ini tema untuk maal Hijrah atau Awal Muharam '1 Malaysia 1 Ummah' bersesuaian dengan pembangunan negara kita sekarang yang mementingkan perpaduan rakyat seMalaysia. Tapi macam sedih sikitla kan kita duduk di negara islam tapi sambutan maal hijrah tak sehebat sambutan new year kan. Sepatutnya kita ikut kalendar islam kan tapi kita sendiri menggunakan kalendar kristian. Wallahualam...


Maal Hijrah merupakan hari memperingati penghijrahan Nabi Muhamad dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622M dan merupakan hari keagamaan di mana umat islam mengadakan solat sunat di masjid-mesjid di seluruh negeri. Hijrah bermaksud perpindahan. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.


Tahun baru sepatutnya kita pun punya azam yang baru kan. Bukan tunggu nak sambut new year je kena ada azam baru kan. Bagi aku yang dah besar panjang nie, aku berusaha untuk meningkatkan ilmu agama dalam diri sendiri selain berazam untuk menjadi insan yang tidak lalai pada hukum agama, InsyaAllah. Bagi aku memantapkan diri ke arah itu penting sebab bila kita dah kahwin nanti tangungjawab kita amat besar untuk mendidik anak-anak mengikut syariah islam. Betulkan kawan-kawan? :)


Okla apepun mari kita sama-sama berhijrah menjadi yang lebih baik. Kita saling ingat-mengingati tak salahkan? sebab manusia nie sentiasa lalai.


Kalau ada salah silap entry kali nie, tolong tegur ye :)


'1 Malaysia 1 Ummah'





Sunday, December 5, 2010

Berkesan


Mmg takde org yg sempurna . tp tak salahkan kalau kita belajar untuk jd yg hampir sempurna . tak salah kalau kita mencuba utk jd yg lebih baik . kalau kita dh tau kita lemah kt stu .cuba perbaiki.





P/s : wah! sekali dah update, trus membuak-buak idea.hehe

Saturday, December 4, 2010

+Realiti+

Tadi tengah baring-baring dengar lagu Aiman- cinta terakhir. Rasa macam tersentuh dengan lirik lagu tu. Sesuai untuk remaja-remaja macam kita. Remaja lagi ke aku? hehe.

Antara lirik-lirik lagu tu bagi aku sangat bermakna ;

Mungkin kan terputus di tengah jalan,
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan,
Usah ragu dengan takdir,
Mungkin kita kan berbeza haluan,
Berakhirnya cerita percintaan,
Segalanya ketentuan Tuhan.



Betulkan? Kita bercinta bagai nak rak tapi belum tentu dia jodoh kita kan. Kadang kita rasa dia jodoh kita, kita rasa kita nak kahwin dengan dia  tapi tup tap putus macam tu je. Sedih siapa yang tak sedihkan. Tapi kita kena ingat  itu semua Tuhan dah tentukan untuk kita. Kita tak boleh ragu dengan takdir yang Tuhan dah tentukan sebab Tuhan dah janjikan yang terbaik untuk kita. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk diri kita kan. Kita kena terima dengan hati yang terbuka.

Sebab tu mak-mak kita selalu pesan kan kalau bercinta jangan terlalu memberi, jangan terlalu sayang sebabnya nanti kalau berisah kita jugak merana. Tapi nak tunaikan tu yang susahkan sebab bila kita dah sayang semua kita nak tunaikan. Betul tak kawan-kawan? hehe. So kawan-kawan, saya ingin ingatkan kepada kamu-kamu semua dan jugak untuk diri saya sendiri jangan terlalu mengharap sesuatu yang tidak pasti kerana kita yang akan kecewa bila hasrat tak kesampaian. Kalau kita rasa dia jodoh terbaik kita, jangan berhenti berdoa ok. Itu yang penting :). Kalau kecundang jangan menyesal, jangan sampai tak nak makan, tak nak mandi, melalak hari-hari sebab kita kena balik kepada realiti bahawa jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan Tuhan. 

Beremosi pulak entry kali nie kan. huhu. Tapi nie memang apa yang aku nak sampaikan sebab inilah realiti kehidupan :)


whatever happen just smile ok :)


Konklusi

Hai, mood kurang stabil sikit. maybe sebab penat. huu. Tapi tetap semangat nak cerita kesudahan novel kalau ada jodoh. hehe. Nak tau apa kesudahannya? siapa yang dia pilih? agak-agak? eh banyak songel pulak kan.hehe.

Pendek, ringkas dan padat, si bekas isteri akhirnya berkahwin dengan si jejaka yang betul-betul mencintainya setulus hati walau pada mulanya si wanita itu tiada perasaan pada si jejaka yang meminati vespa dan hobinya bermain gitar sambil menyanyi lagu 60-an.hehe. Cintanya masih pada sang suami sehingga dia menyedari hatinya telah jatuh cinta pada si mamat vespa tu. Setelah memikirkan baik buruk hubungan dengan si bekas suami dia telah memutuskan untuk memilih si mamat vespa. Mereka berkahwin akhirnya. Ending yang bahagia.

Bagi akula, pilihan dia tepat. Mungkin jodohnya dengan bekas suami sampai situ je. Kebahagiaan hakiki yang kita cari kan :)

Maaf lmbt update sebab busy kerja. Kerja apa? nanti cerita. hehe.

Tuesday, November 30, 2010

Pantun :)

Pakaian yang kotor boleh dicuci..
Hati yang bersih sukar dicari..

hanya short entry before tidur..
pantun dua kerat.hehe.

p/s : kesudahan cerita kalau ada jodoh esok jela.just wait :)


Saturday, November 27, 2010

Menarik

Ehem, short entry je nie ok :). Just nak bgtau nvel yg dibaca semakin menarik.huhu. Rasa tak sabar nak tau kesudahan cerita. Tapi dah tak larat nak terus membaca, sebab dah mengantuk.

Esok, to be continued.....


p/s : selamat malam :)

Kalau ada jodoh...

Yeah cuti sem. Memandangkan plan utk kerja di Shah Alam tak menjadi so akupun pulang ke rumah tercinta. Duduk saja-saja, makan, tidur, tengok tv. Seronok jugak, tak payah bersusah payah memeras otak utk study kn.hehe. Tapi seronok tu rasa sekejap jelakan. Kalau dah hari-hari buat benda yang sama bosan jugak kn?

Selalunya time cuti nie aku suka baca novel jela kerjanya. Tapi nie nak pergi beli novel baru duit tak berapa nak adakan.hehe. Kebetulan pulak semalam adik aku bagi novel ' kalau ada jodoh'. Tajuk macam bestkan. Macam orang mengantuk disorongkan bantal je.hehe. Memang tengah mencari-cari novel untuk dibaca.


Cover novel yang comel :)

Malam tadi jugak aku start membaca. Hemm setakat nie bagi aku menarikla jalan cerita novel nie. Penuh penghayatan dan penjiwaan watak.huhu. Nak cerita sikitla novel nie berkisar tentang hubungan suami isteri yang tak mendapat restu daripada emak si suami. Masalahnya pulak si suami nie anak mak, ikut je permintaan mak dia sampai hati si isteri sentiasa terluka. The worst part is bila si suami dengan bodohnya menceraikan si isteri apabila diprovok oleh maknya.Kesiankan.Padahal si isteri langsung tak bersalah. Setelah hampir setengah tahun bercerai si isteri telah memulakan hidup baru dan dalam masa yang sama sbekas suaminya derita menanggung rindu akibat perbuatan sendiri. Padan muka jugakla.hehe. Muncul pulak seorang jejaka yang telah jatuh cinta pada wanita yang ditinggal suami itu. Sejarah perkenalan mereka sangat menarik. Comel:). Perwatakan si jejaka digambarkan pada cover novel nie. Haa menarik tak? Cukup dulu kot. Bagi suprise sikit. hehe.

 Dah sampai separuh cerita jugak aku baca tapi belum sampai klimaks lagi. Dah menangis dan dah gelak sorang-sorang baca. Yang paling best aku suka cover novel nie.

Kalau ada jodoh tak kemana kan :)


Kesudahannya tunggu entry yang akan datang ok :)

Friday, November 26, 2010

Marsha-Yang Terbaik



Jom layan lagu nie. Aku baru rasa suka lagu nie, padahal dah lama dah lagu nie.huu.

Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh

Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku

Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih

sakit gigi bukan, tapi sakit gusi.

Hai semua, apa khabar? hampir seminggu jugak aku tak update blog. Nak tau kenapa? jawapannya pada entry kt atas nie.Aku sakit gusi beb, gusi kat hujung sekali kat gigi geraham. Habis bengkak sebelah pipi. Dah macam kena begok jugak.huhu. Sakit sampai rasa nak demam. huu. Mula-mula aku ingatkan mata ikan. Korang tau tak mata ikan tu apa? alah bahasa saintifik orang panggil ulcer. tau dah? bagus ;)

Masa first day rasa sakit biasa-biasa je, cuma macam tak boleh nak nganga sangat. Tapi aku melantak makan sampai 3 pinggan jugak.hehe. Yela, mama masak asam pedas sapa boleh tahan. Sakitpun paksa jugak makan, aku telan jela.hehe. Malam tu, dah rasa makin sakit sampai tak boleh nak tidur. Air mata dah meleleh dah.hee. Sakit sangat. Aku kumur dengan air garam, okla sekejap but then sakit balik.

Hari kedua rasa makin teruk, sampai rasa nak demam. pipi dah makin bengkak, dah xleh nak nganga terus.huu. Berdenyut-denyut beb. Mama ajak pergi klinik tapi tak sempat sebab hari tu aku dah nak balik Shah Alam. Aku makan pain killer harap kurang sikit sakit tapi tak menjadi jugak.

Hari ketiga baru pergi klinik. Yang paling seksa tunggu turn nak dekat sejam. Aku dah menangis kat luar.hehe. Yela dah tak tahan sangat. Turn aku lambat lagi, ku ambil nombor giliran budak sebelah aku sebab dia dah bla dulu maybe bosan jugak tunggu turn tak sampai-sampai. Aku selamba jela ambil sebab aku dah tak tahan sangat. Mula-mula dr. tak nak terima tapi bila dia tengok pipi aku dah macam belon terus dia suruh baring.Huu. Tapi dr. tu pun tak boleh nak buat apa sebab aku tak boleh nak nganga kan. Dia cek jugakla tapi macam susahla jugak. Dia cakap bukan masalah gigi tapi gusi. Maybe infection kot. Yela pelik jugak padahal gigi aku tak berlubang pun. Dr just boleh bagi antibiotik jela.

Eh rasa macam dah panjang je pulak kan. Cerita pasal gusi je pun. Hehe. Sekarang dah ok, tapi still rasa kebas bila nak nganga. Nanah pun dah pecah, aku rasa ada aku tertelan nanah hari tu.woo masin.hehe. Hasilnya gusi aku pulak yang berlubang sekarang, bekas nanah yang dah pecah tu. Tapi alhamdulillah dah baik :)


nampak tak pipi ku besar sebelah.hihi.



p/s : Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil aku, mana tau b4 nie ada tergumpat orang, cakap benda-benda yang tak baik kan.